Wednesday, February 28, 2007

Me

"Great things are done when human meet mountain" tema 2007 untuk Ekspedisi Pendakian syarikat aku yang aku ambil dari Notebook tulisan William Blake.

Dalam masa dua minggu aku mendaki 4 buah gunung - Berinchang, Irau, Berembun dan Korbu. Aktiviti pendakian gunung ni dah jadi darah daging aku terutama sekitar tahun 2003-2004. Aku ingat masa tu aku ni boleh dikatakan Hardcore Climbers gakla kalau dah dalam 2 tahun naik Gunung Tahan sampai 4 kali, Trans Titiwangsa lagi..tak termasuk gunung-gunung kecil sekitar semenanjung ni.

Aktiviti mendaki ni bukan semua orang suka..sape suka nak pikul beg sekurang2nya 20 paun (kalau aku 50 paun tu dah mcm rutin). Aku yang banyak kali mendaki ni selalu ingatkan kawan2 bahawa pengalaman bukanlah kerana kita daki gunung tertentu 10-20 kali tapi bila kita libatkan diri dalam perancangan, praktis dan semua berkaitan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Alhamdulillah, dalam semua gunung2 yang terkini aku naik kali ni, aku dapat tengok dengan nyata bagaimana adik-adik aku belajar macam2 perkara. Itulah uniknya kegiatan rekreasi luar ni, banyak perkara boleh diajar secara langsung. Dalam kaedah interpretasi, teachable moment ni memang selalu jadi silence key point untuk aku sampaikan pengetahuan aku.

Hmm, alhamdulillah, dalam perjalanan menempuh 4 buah gunung ni aku sedar banyak perkara dan aku dapat kumpul sedikit kekuatan untuk menghadapi hidup aku yang kian rumit..aku adaptasikan semua masalah aku ni dalam sebuah lagu yang selalu jadi siulan aku zaman sekolah menengah dulu..sebuah karya Butterfingers..

I've reasons why it sour
I've time to make it sharper
Don't you make me feel no longer
I've time to read the answer

If I take it all for granted
I would spread word through the pieces
Do you think it all screwed up
I don't think so, BECAUSE I'M FREE NOW

Where's the things called beautiful
I don't think it wonderful
Just to fake it ain't so sweet
Ain't so numb and it's not because of me...

Why don't you asked me where's my sound from?
Why don't you said to me "It's not because of me"..

Dan aku sedar..peristiwa besar berlaku semasa manusia berhadapan dengan gunung..Semoga ekspedisi Tahan Julai ini akan memberi lebih kekuatan makna pada erti hidup untuk memberi.