Sunday, April 01, 2007

Probitas ed Fides

"...hanya untuk mereka yang mempunyai semangat Pencerahan, berani untuk tahu" kata akhir dalam pengantar Jeneral Jose Almonte, buku Towards One South East Asean.

Semalam aku kemas bilik. Makin lama semakin pening kerana bilangan buku semakin banyak dan aku tidak punya cukup ruang untuk menyimpan.

Walaupun keghairahan membeli buku tidak seperti dulu atas faktor kewangan yang membatasi, aku masih tidak dapat membuang rasa ketagih untuk mencari, singgah di kedai buku dan sekurang-kurangnya meminjam.

Sebenarnya kerajinan aku semalam didorong oleh kemahuan untuk mengelak daripada memikirkan rasa sedih yang bersulam (dalam hati) di sebalik kejayaan demi kejayaan yang aku capai (dilihat di mata umum).

Dalam mengemas tu, aku terjumpa satu buku yang taglinenya pernah dan masih lagi kuat menghantui aku. Kebetulan tagline tu sangat berkait rapat dengan kehidupan aku sejak akhir-akhir ini.

Buku itu? Sebuah novel tulisan Faizal Tehrani (ejaan terkini ialah Faisal Tehrani yang kian kontroversi dan sebahagian teman tidak pun mahu mempedulikan :)= ) tajuknya Cinta Hari-Hari Rusuhan dan taglinenya kejujuran kadangkala menakutkan.

Cuma dari hidup aku ini adalah kejujuran dan keberanian atau Latinnya disebut Probitas ed Fides. Maka, aku nyatakan kejujuran dan keberanian kadangkala menakutkan..tapi jika kejujuran dan keberanian itu akan menghancurkan aku, biarlah aku hancur..

Labels:

2 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

salaam,

mungkin dalam hidup aku pula memerlukan; deus ex machina! hahaha :-)

11:53 PM  
Blogger Editor said...

Kepada:
anda, kawan-kawan anda, semua orang muda dan orang yang pernah muda.

tahun lepas [2006] buku bernama Goblog telah diterbitkan. tahun ni kami di Papakerma nak teruskan kesinambungan untuk menerbitkan Goblog edisi kedua [Goblog#2] pulak. jadi, anda dijemput untuk sama-sama menjayakan projek buku Goblog#2 ini.

hantarkan apa jua bentuk tulisan kepada kami untuk disemak dan kemudiannya dibukukan. takde tema yang spesifik untuk Goblog#2 ni. jadi, anda bebas nak tulis tentang apa pun. tapi sila pastikan tulisan anda tu mempunyai mesej yang berguna untuk orang ramai. tulisan yang takde mesej akan direject tanpa belas kasihan. tulisan yang rasis, fasis, seksis, nazis, prejudis dan segala unsur yang bertentangan dengan hak asasi manusia jugak akan direject.

setiap seorang dibenarkan menghantar maksimum 10 artikel dan minimum 5 artikel. hantarkan artikel dalam bahasa malaysia ok.

takde deadline [deadline ke dateline?] yang ditetapkan. cukup je bilangan artikel yang dikehendaki, kami akan siapkan buku Goblog#2 ni. cepat lambat buku ni dikeluarkan bergantung sepenuhnya kepada keterlibatan anda [dan juga keadaan kewangan kami.:p].

kepada yang berminat, hantarkan kontribusi anda kepada saya di alamat email berikut: merahdanhitam@yahoo.com


daripada:
Dhani Ahmad
b/p: Papakerma Press
www.papakerma.com

12:09 AM  

Post a Comment

<< Home