Friday, November 10, 2006

Universiti Islam

"Setahu saya, hanya negara yang tidak maju yang memaksa atau terpaksa mengamalkan dasar kolonial, iaitu mengajar sains dalam bahasa asing" sindiran Dato' Dr. Hassan Ahmad, pejuang bahasa yang disegani.

Walaupun aku pelajar Ijazah Sains Perhutanan dengan pengkhususan Pengurusan Taman dan Rekreasi, aku sempat mengambil peluang menduduki kuliah Falsafah Pendidikan Islam pada semester 1 pengajian. Dan ini adalah sebahagian rahsia jika ada yang bertanya “Kenapa kau (Amin-aku le tu) tak grad lagi?”.

Kenapa aku mesti habiskan masa untuk ini? Jawab aku mudah – kerana aku ada cita-cita sosial.

Meski aku hanya dapat B+ (waktu itu tak ada lagi A-), aku terima dengan sedikit dukacita kerana daripada jumlah mata terkumpul aku kedua tertinggi, dan aku telah berkira-kira jika untuk peperiksaan akhir aku dapat 25/40 sudah cukup untuk dapatkan A. Mungkin ada silap aku semasa menjawab soalan peperiksaan akhir yang aku akui kurang bersedia.

Bukan itu yang nak diceritakan.

Soalnya kursus ini memberi peluang untuk melihat sedikit susur galur apa yang dinamakan Islamisme Ilmu dan juga kewujudan apa yang dinamakan Universiti Islam.

Ya, kita (umat Islam) obses dengan kedua-dua agenda tersebut sejak zaman hujung 60-an dan 70-an (tanpa menafikan bahawa ada yang perihatin sebelum dan selepasnya). Sayang sekali aku tidak cuba mendalami perkembangan UIAM dengan baik selain terlalu gembira mengetahui wujudnya ISTAC.

Dan hari ini kita melihat ‘Universiti Islam’ di banyak tempat – tempatan dan luar negara’. Di tengah-tengah umat Islam dihimpit dengan pelbagai mehnah, mungkin dalam sebuah negara di mana pemimpin Melayunya sibuk dengan agenda menjuarai isu Islam dan menunjukkan mereka yang paling ideal mewakili suara Islam dalam realiti majmuk Malaysia, mungkin kita dapat lihat sedikit tentang universiti.

Aku memang obses dengan universiti kerana sekian banyak ayat Al-Quran dan hadis serta petunjuk sirah/sejarah malah pengalaman praktis menunjukkan kepentingan ilmu. Hingga akhirnya aku membuat keputusan untuk tinggalkan obses aku kepada politik dan berenang di lautan ilmu (tanpa menafikan kepentingan politik. mungkin jiwa aku yang tidak suka realiti hitam-putih politik yang banyak memangsakan institusi ilmu sebagai pagar tamadun).

Soalannya apakah cita-cita sosial kewujudan sebuah universiti. Jika kita tengok cita-cita politik yang menjadikan universiti sebagai janji politik, ia nyata sungguh menakutkan, sama seperti ungkapan ‘tunggu sehingga 2008 untuk ubah dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu). Bagi aku soalan ini penting kerana dalam realiti runtuhnya sistem khilafah dan munculnya negara bangsa, universiti turut terheret antara perang makna – universiti : lokal atau global. Jika kita renung, nyata sebuah universiti yang mempelopori ilmu sepatutnya, dari hemat aku, menelurkan sebuah pandangan universal (yang mungkin ini adalah dasar dalam merangka apa yang kita kenal hari ini sebagai Hak Asasi Manusia). Dalam tingkat lain, faktor sejarah yang dekat juga jadi sandaran untuk menerapkan elemen nasional. Dan ini adalah simpang penting untuk kita perhatikan. Kerana sudah tentu agenda nasional tidak kurang penting dalam agenda pembentukan sebuah dasar perjalanan universiti. Iran dengan Syiahnya barangkali, US dengan liberalnya, China mungkin dengan komunisnya, Malaysia dengan Sunni mazhab Syafienya (?) dan lain-lain negara. Ini pada tingkat tertentu mungkin bertindih, dan pada tingkat lain mungkin jauh bertentangan. Untuk menyatukan bahasa adalah satu agenda yang hampir mustahil meski bahasa Inggeris seperti memaksa dunia menerimanya sebagai bahasa nombor wahid di peringkat antarabangsa.

Maka, sebagaimana seruan Melayu yang aku nilai secara kritis di BTN dulu (hingga jadi sebab awal nyawa politik aku di kampus disentap), agenda Islam hanya mungkin disatukan dengan kalimah ‘La Ilaha Illallah, Muhammad Ar-Rasulullah’. Dan hari ini aku kian mengerti, meski aku percaya dalam realiti kini mungkin berbeza, bila Dr. Asri Zainul Abidin (yang sebahagian daripada kita menyangkalnya keras dan sebahagiannya menerima kehadirannya dengan kritis sedang sebahagian menerima bulat) “Islam mesti dinilai dari pintu Tauhid” (dan aku sendiri tertanya keadilan yang patut kita beri untuk menilai Barat dan jama’ kepercayaan yang sedia wujud di muka bumi dalam agenda menyantuni hak warga).

Maka, bagaimana kita menyikapi pembentukan insan secara menyeluruh, bukan hanya aspek akal fikiran semata-mata kepada mereka yang melangkah ke dunia pendidikan kita? Maka, perang budaya yang sering dilontarkan sebagai wacana oleh sdr. Faisal Tehrani (saya tidak mahu terperangkap dengan tuduhan sebahagian kita tentang beliau menebarkan agenda Syi’ah secara halus tetapi lebih gemar menyantuni kepelbagaian ini dengan hati terbuka), untuk saya relevan dalam konteks kita pada hari ini di mana beribu-ribu umat di hantar ke serata dunia atas maksud ilmu, tempias budayanya memang sukar ditampung.

Namun, kita perlu mendidik umat ini dengan jelas – bahawa kesatuan kita adalah atas asas tauhid di mana umat Islam, biar dari ceruk mana sekalipun datangnya, adalah satu atas dasar tauhid meski budaya luaran kita sedikit sebanyak menonjolkan ciri nasional masing-masing. Memahami aqidah sebagai aqdun (dari kata Arab) nyata lebih memberi makna. Beruntung benar mereka yang dikurniakan kesempatan belajar Bahasa Arab dalam konteks memahami dakwah Rasulullah s.a.w. dari matannya. Ikatan spiritual yang tidak kelihatan nyata satu aset yang sering kita abaikan.

Berikut sedikit sedutan ucapan Dr. Roderick French di Cambridge satu tika dulu. (Jika ada yang tahu bagaimana boleh aku uploadkan video di blogspot, sila bantu)

By western standards, Cambridge is one of the oldest universities among the half dozen that survives. If we look back 8 centuries ago when Cambridge began, we find ourselves at the end of Roman Empire; the soldiers withdraw from England in that year. There is little or no connection between our university and the classical Greek or Rome. More plausible scholars say that it was the legacy of the Islamic schools of learning.
It was the changing philosophy, natural science, and mathematics, Medicine that far outshines anything that was found in Europe. It has been argued that modern university is an Arab invention. For instance, the Islamic institutions of learning gave the source of the idea of calling together student from many lands… more important still is the universal validity of qualifications as an Arab concept. Equally certain is that Mathematics derives from Arabic roots. Anyone who tries to solve arithmetic using Roman numeral will see what I mean. The great tradition of natural science founded on Mathematic on which Cambridge is pre-eminently known in Science and technology would not have been possible without the Arabic tradition.
From Mathematics, the Arabs gained expertise in Astronomy and navigation, which laid the foundation of systematic sea travel. From the study of medicine, the Arabs were centuries ahead of Europe. The buildings we see around today which have been carefully crafted by His Highness enshrine the idea of those memorable centuries of skill and tradition.


Semoga kita sedia belajar, mengajar dan diajar. Dalam seruan kita kepada Bahasa Melayu atas hujah “setiap nabi diturunkan dengan bahasa kaum mereka”, kita harus jelas di mana ciri nasional dan cita-cita sosial masyarakat Islam.

18 Comments:

Blogger Elhakim said...

a'kum
mmmmmm.... bagus sekali blog ini ya?
hebat sekali..

regards.

5:05 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

thanks sdr elhakim..

penilaian atas orang ramai. sy rasa mcm takde umphh je..

tp insyaAllah sy akan terus menulis. meski ada beberapa hal yg sy tidak bersetuju dgn sdr faisal tehrani, sdr fathi aris dan sdr khalid jaafar..mereka bertiga adalah 3 orang pertama yg menggalakkan sy menulis..iaitu sejak 3 tahun lepas..namun hanya tidak sampai setahun ini sy mencuba..

terima kasih singgah..kalau ada yg nak tegur,sila silakan..

5:46 PM  
Blogger Azer Mantessa said...

salam,

entry yang sgt baik.

saya pernah ke india untuk lawatan kerja. saya dapati, walaupun bahasa pengantaraan pusat2 pengajian tinggi mereka di dalam bahasa inggeris, namun mereka tetap menyanjungi budaya mereka.

6:51 PM  
Blogger Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

emm..not bad buah fikiran saudara..namun, sbg seorg gadis yg serba kurang ilmu...i wonder what do u really mean by saying"melayu cuba utk jd lebiih dr islam" spt yg u tulis dlm komen elhakim.. kalu saudara x kisah,reply kat blog sy k...slmt menulis..

7:06 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Pawana..insyaAllah sy akan buat satu entry tentang itu. Tapi sbnrnya entry itu relevan atau tak tidak dapat dipastikan..

Jika sdri baca semula entry-entry saya sebelum ini dalam arkib, insyaAllah sdri akan faham apa yg saya maksudkan..

Wallahu'alam.

8:14 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

slamat hari raya...maaf zahir dan batin.

ikut perkembangan blog saudara but juz baca sepintas lalu-kekangan masa.

juz curious pendirian saudara,perlu berbahasa inggeris or kekal bhs melayu?

p/s: tgk sy sendiri keliru mana satu word melayu or inggeris,hehe...

1:16 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

tulisan sy bukan soal nak pilih bahasa inggeris atau melayu. soal ilmu ini tak ada ketetapan dengan bahasa apa.

soal yg saya utarakan ialah soal pemikiran dan budaya. tambahan lagi kita dalam era tanpa sempadan di mana interaksi wujud dengan lebih luas malah saling mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung. ini seakan memaksa apa yang disebut Amerikanisasi dan bukan globalisasi.

Amerika hanyalah sebuah negara yang sejarahnya panjang sampai penduduk asalnya pun entah ke mana.

Dan kita orang Islam, bukan menawarkan Arabisasi (adakah istilah ni?), tapi kita juga punya ciri waqi' (setempat) di mana ciri ini saya sebut sbg ciri nasional yang kita bawa di samping ciri Islam yang syumul..maka sikap hati2 perlu dalam menyampaikan Islam - antara nasional dan internasional.

2:09 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

ttp bukankah tamadun budaya(dan pemikiran juga??) itu berpasakkan kpd bahasa, hilang bahasa hilanglah budaya....jika kita trpengaruh dgn apa yg saudara katakan Amerikanisasi,maka tentulah budaya kita akan mengalami tranformasi(budaya baru)..mungkin juga baik,mungkin juga tidak...?

ttp sy tidaklah bersikap pesimis dlm soal pemindahan budaya,kerana ia sendiri akan memperkayakan budaya.

tetapi pd sy soal bahasa adalah soal yg besar. lebih besar drpd soal budaya itu sendri kerana bahasa adalah dasar budaya,utk memahami budaya tidak dpt tidak harus memahami bahasa. org boleh memakai t-shirt,sut atau baju melayu, tetapi lidah yg menuturnya ttp berbahasa melayu.

p/s:tak silap sy arab juga mengambil angka(yg ditulis dlm bhs arab kini)drpd tulisan india.

10:14 AM  
Blogger Memorable Love said...

salam hormat

12:19 PM  
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraqhatuh

Tumpang lalu..sajer ajer stop by setelah penat berjalan...

5:29 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

salam shen,

terima kasih sebab singgah.

ariff ahmad? aik, mcm kenal jer..?

ok, soal bahasa memang besar tapi untuk menyandarkannya sebagai pasak budaya untuk saya terbuka kepada perbincangan..

saya memahami soal budaya sebagai mana yg pernah disebut oleh sultan ta'dir alisjahbana (tak ingat pula ejaannya)..dalam polemik kebudayaan awal abad lepas beliau mendefiniskan budaya sebagai 'penjelmaan nilai-nilai'..dan nilai ini datang dari agama..

maka, bagi saya..soal bahasa datang kemudian. dan menjadi penting setelah itu..

kita masih boleh hidup aman dengan keadilan dalam bahasa yang berbeza-beza..bunyi macam tidak patriotik..tetapi sy hanya mahu tegaskan bahawa jgn kita tertipu dengan dengan seruan nasionalisme yang akarnya telah dicabut dari cita-cita islam..

itu pegangan saya, minta dibaiki jika ada yang saya terlepas pandang. sy bimbang petikan lunak hadis 'cintai tanah air adalah sebahagian drpd iman' adalah seruan palsu org2 tertentu yang menjadikan hadis nabi s.a.w. sbg silap mata.

8:06 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

saya membaca komentar anda kpd sdr faisal tehrani..

sy ingat sy seorang sahaja sedar.

komentar sy di situ juga tak disiarkan dan dijawab dengan apa yang anda quote semula..

9:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

Amin Ahmad? macam pernah ku lihat...last sekali jumpa kat mana eh...tumpang amik wuduk jap sini yeah..deq

9:39 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

sy kurang bersetuju pendapat yg mengatakan budaya ini dtgnya dr nilai2 agama. tp sy tidak tahu bagaimana utk mengungkapnya....

pada sy budaya cambahnya dr perbuatan yg berulang2 sesuatu bangsa atau kaum.lantas terus distrukturkan menjadi apa yg dikatakan sbg adat.makanya,budaya akan sering berlakunya tranformisasi dr masa ke semasa.

bahasa pula adalah mediumnya.
mungkin utk mendasarkan bahasa sbg pasak budaya kurg tepat kiranya.ttp medium ini yg perlu kita jaga.

dan minta penjelasan "budaya" apa yg saudara maksudkan,dari segi essential atau pun prinsip?

12:05 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr ada hak utk tidak bersetuju dan sy sentiasa akan membela hak sdr utk itu selagi ia tidak keterlaluan..

sdr,

budaya seperti yg sy kutip drpd pendapat prof sultan ta'dir alisjhahbana adalah 'penjelmaan nilai-nilai'..dalam sejarah, agama yg menyebabkan wujudnya nilai..

agama ini seperti yg kita fahami sebagai 'the way of life'..

transformasi budaya wujud berkadar dgn masa..tp mungkin itu adalah budaya dr pengertian simbol spt berpakaian dan sbgnya..tp budaya seperti mencintai ilmu, menegakkan keadilan, menentang kezaliman dsbnya sbg prinsip budaya terus berjalan sejak zaman dulu hingga insyaAllah hari kiamat. bukankah imam Mahdi dan Isa Al-Masih yang dinantikan akan menegakkan keadilan di muka bumi selaras dengan kehendak Rab?

perlakuan dan perbuatan berulang yang berlaku dlm sisi hidup kita bukan saja akibat tingkat ilmu tetapi juga nilai dan prinsip yang dipegang..dan ini adalah proses.

mengutip contoh sdr, bukan shj org boleh berpakaian macam ragam, malah org boleh berbahasa itu ini..tetapi di seluruh bumi Allah s.w.t. ini manusia dahagakan keadilan - dan keadilan adalah jelmaan nilai..membudayakan keadilan tidak mungkin wujud jika nilai keadilan itu tidak ada dalam kotak fikiran atau hati nurani prinsip masyarakat..

proses-proses yg berjalan seiring masa adalah tingkat pengalaman hidup beragama. nilai wujud dalam hidup masyarakat..malah nihilisme atau bebas nilai itu juga adalah satu nilai!

12:52 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

jika budaya itu cambahnya dr nilai(yg disandarkan kpd agama).dan nihilisme itu juga satu nilai.adakah nihilisme itu juga satu budaya? nampak kontra maksud "budaya" tersebut

1:46 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya..sudah tentu.

nihilisme juga satu budaya. habis, utk kelakuan mereka yg menganut nihilisme, apa kita mahu panggil?

tapi darjat budaya itu mungkin dibezakan atas nilai yang dipegang masing2..

sy tidak melihat budaya itu sbg satu perkara ideal secara mutlak..sy percaya ada budaya rendah dan budaya tinggi.

2:07 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

maksud saya..

kita sbg org beragama mesti melihat budaya dari nilai yg kita pegang (yang disandarkan kpd agama sebagai cara hidup)

mereka yg bebas nilai memegang kpd nilai bebas itu..dan nilai bebas itu adalah 'agama' atau cara hidup mereka..

2:10 AM  

Post a Comment

<< Home