Tuesday, October 17, 2006

Bebas

"Sahlah kau dah jadi produk sistem yang tidak bebas ini" lebih kurang kata Fathi kepada aku.

Bebas.

Bebas sudah tentu kata yang menguja. Bebas cukup dekat dengan orang muda kerana sering yang muda itu rasa terkongkong dan menunjukkan protes dengan banyak cara.

Bebas boleh mengundang interpretasi yang banyak. Yang pasti bebas selalu mengundang wacana besar. Dari kebebasan pasaran hingga kepada kebebasan individu.

Ada satu ayat semasa sahur inklusif tempoh hari yang aku selalu ingat.."Burung tidak akan lupa di mana sarangnya meski terbang bebas di jagat raya.."

Bebas, bebaskanlah..bebas, bebaskanlah..

3 Comments:

Blogger Sapere Avde said...

amin,

mahu bebas kemana? bukankah dunia ini sendiri tak berpusing bebas, tetapi melalui paksinya...bagi saya bebaskan dulu dunia ini dari paksinya barulah kita berbicara tentang kebebasan kita..

palsu! semua itu palsu!

4:34 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

haha..

saya tidak pernah pun memaksa sdr utk bebas..

sdr, jika saya lambakkan sejumlah banyak nasi dengan lauk pauk seperti di pasar ramadhan itu dan beri kebebasan kpd sdr utk makan. saya masih percaya sdr tidak mampu makan semua, kerana sifat biologi sdr sendiri tahu utk berhenti..

dogma bahawa kebebasan tidak mutlak itu hanya omong orang yang takut dengan kebebasan..seolah2 manusia tidak ada akal..

3:33 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

sebenarnya tak perlu bebaskan dunia..tapi buang perkataan kongkongan dan paksaan tak munasabah dalam kamus je..

3:37 PM  

Post a Comment

<< Home