Tuesday, October 10, 2006

Hilang

"Anwar Ibrahim tu siapa" soalan yang mengejutkan aku..

Entah aku yang berada di dunia lain atau dia.

Pagi ini aku berborak di Yahoo! Messenger. Tiba-tiba ada seorang yang tidak aku kenali datang menyapa. Sampai satu peringkat ditanya pada aku pernah datang Damansara? Jawab aku pernah, hanya atas 2 sebab.

1. Ke PTPTN
2. Ke rumah Anwar Ibrahim

Lalu terpacul soalan "Anwar Ibrahim tu siapa?"

Hah! Ini masalah serius. Budak ni dari gua mana aku tak pasti. Tapi selepas borak-borak baru aku tahu dia ni fanatik Tun Dr. Mahathir. Maka, aku faham kenapa soalan tadi muncul.

Selepas seketika berborak. Nasihat aku kepada diri sendiri dan dia - Kita generasi muda jangan fanatik kerana fikiran terbuka penting untuk masa depan. Setiap manusia ada sisi baik dan kurang baik untuk kita teladani dan baiki.

Semoga kita akan jadi generasi muda yang berguna untuk agama dan masyarakat.

7 Comments:

Blogger Sapere Avde said...

Ya dengan terbuka lah kita mengiktiraf Tun Mahathir negarawan..juga Pak Lah PM...

12:03 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

negarawan istilah muluk yang kita boleh berikan kepada sesiapa pun..secara individu..

dalam sistem diktator, negarawan hanya istilah yang kita beri kepada mereka yang 'sekufu' dgn kita..

dalam neraca akhirat..kita dah tidak bertanya siapa negarawan..

meski siapa juga jadi pemimpin, negarawan atau apa juga istilah muluk ini, ia tidak terlepas dari jadi bahan penilaian lebih lagi ia menggalas hak awam..

sudah tentu bodoh siapa yang tidak mengiktiraf sumbangan mahathir dalam banyak segi, begitu juga sumbangan anwar, begitu juga sumbangan perdana menteri sekarang..

tapi kita generasi muda juga tidak harus terleka dengan cerita-cerita silam, melainkan mengambil yang baik dan mengasir yang buruk..masa depan yang bagaimana kita akan corakkan?

5:26 AM  
Blogger Sapere Avde said...

Amin saya ada citer untuk awak;

Anak ini baru belajar dalam tahun pertama di sebuah universiti. Tetapi apabila dia balik untuk bercuti panjang,ibubapanya sudah hampir tidak kenal padanya lagi. Dia bukan sahaja kelihatan segak dengan jambang dan misainya tetapi juga bercakap dengan falsafah yang tinggi, diselangseli dengan hadis dan Al-quran. Tentulah sesuai dengan semangat sesetengah anak muda sekarang dan sesuai dengan pendidikannya yang semakin meningkat.

"Apa yang kamu pelajari di universiti?" tanya si bapa

"Itu bukan universiti, tetapi penjara. Kerajaan sengaja memenjara anak-anak muda yang boleh berfikir di tempat yang dinamakan universiti supaya kami tidak menentangnya. Pensyarah-pensyarah yang menjadi anjing kerajaan kerana mengisi otak kami dengan perkara-perkara yang menghalang kami daripada berfikir secara bebas dan luas."

Sibapa menggeleng-gelangkan kepala. "Tidakkah kamu belajar bahawa kita mesti menghormati orang tua, murid mesti menghormati guru dan rakyat mesti menghormati pemerintah?"

"Itu dulu. Bapak dan mak bersekolah penjajah. Penjajah memang mahu rakyat menjadi hamba,pengecut,penjilat dan pengampu. Jangan samakan kami dengan zaman emak dan bapak dahulu. Kami berfikiran tinggi."

si bapa bertanya lagi . "Apa yang kamu pelajari sekarang?"

"Kami belajar bagaimana hendak memusnahkan warisan durjana.Kalau terpaksa menggunakan kekerasan,kami akan menggunakan kekerasan. Kalau kerajaan menjadi penghalang, kami akan menghancurkannya. Akan kami hapuskan segala-galanya.Sesudah itu kami akan mendirikan sistem yang sempurna."

"kalau begitu.tentu kerajaan akan menarik balik biasiswa kamu."

"Mana boleh! Itu tidak adil namanya. Itu tanggungjawab kerajaan seperti tanggungjawab ibubapa terhadap anaknya."

sekian ceritanya....

3:41 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Sdr Zarul,

Saya kira dialog yang sdr paparkan jika berlaku sekalipun hanya kes terpencil dan cerminan mereka yang tidak menjadikan gagasan martabat ilmu dan karamah insan sebagai landasan.

Kita terlalu cepat bersentimen pada orang tua atau orang muda..pokoknya kita harus bercakap tentang kita..bukan kau dan aku..

Ya, telah saya katakan anak muda yang bercita-cita menerajui semangat zaman harus bersedia, bukan dengan cara menafikan sumbangan orang tua..dan bukan juga dengan cara mengiakan secara tidak waras..

Hal ini tidak kira tua dan muda sebenarnya..tapi selagi mereka bernama insan..

2:26 PM  
Blogger Orang Biasa said...

Tidak sependapat tak semestinya bermaksud tidak hormat.

weh..apa yg "Hilang"?

9:49 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Hilang tu aku maksudkan budak tu..mungkin dia hilang semasa peristiwa Reformasi 1998!Ingat reformasi dengan R kapital!

8:06 PM  
Blogger Najwan Halimi said...

m. nasir pun pernah cakap.."siapa mahathir?"... :p

5:14 PM  

Post a Comment

<< Home