Thursday, October 05, 2006

Adu

"Tentang, marilah tentang, marilah tentang..bersama-sama" sebahagian lirik protes Butterfingers dalam lagu Tentang-tentang (melodi Geylang si paku geylang)

Bila ada cawangan UMNO di Kubang Pasu buat aduan soal kepincangan pemilihan bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO, maka ada komen dari orang besar di sana. Bunyinya lebih kurang begini "Mereka sepatutnya rujuk/bagitau/maklumkan kepada UMNO bahagian/negeri dulu" (maaflah, aku malas nak copy paste). Namun akhirnya mereka pasrah bahawa segalanya atas keputusan MT. Di sini MT UMNO, yang dipengerusikan Presidennya yang juga PM kita yang penuh gagasan-gagasan Islamik, akan teruji - kata dikota atau retorika belaka.

Bila berlaku hal ni aku ingat banyak hal di kampus. Dulu banyak kali, bila mana cara diplomasi dipakai, aku cuba runding, dengan fakta dan sebagainya dalam banyak isu kolej dan universiti, tapi gagal..aku pun langkah birokrasi. Kerana hal ni, ramai yang panas punggung terutama Pengetua atau mudahnya mereka yang berjawatan. Mulalah yang guna kuasa untuk burukkan aku dalam banyak pertemuan dengan student, kenyataan rasmi yang diedar di semua kolej. Dan ia tidak terhenti di situ..kini ditambah dengan BTN dan sebagainya.

Aku sebenarnya tidaklah ambil hati sangat. Aku yakin aku buat semua ni dengan jujur. Cuma aku bimbang, pembohongan dan ketakutan yang diterjemahkan dengan kezaliman kepada mahasiswa jadi budaya..dan ia dipropagandakan sampai kepada aparat negara!

Dalam kes ni, aku memang layan birokrasi..tapi kalau birokrasi tu jadi alat untuk menutup salah laku, maka birokrasi bukan jawab kepada masalah. Dan memang dalam banyak hal, aspek-aspek teknikal digunapakai untuk menghalalkan kepincangan, misalnya AUKU.

Sebab tu, dalam banyak pertemuan dengan mahasiswa aku minta mereka berfikir kerana dalam hidup ini memang perlu undang-undang, tetapi roh undang-undang ini apa? Yang selalu disebut hanya teknikal..malah ada satu ketika aku terpaksa tempelak seorang Pengetua yang mengatakan MPP tidak perlu campur hal kolej. Kataku, antara 4 perkara dalam AUKU berkaitan tugas MPP adalah untuk 'representasi masalah/isu/perkara berkaitan kediaman pelajar'..lebih kurang macam tu (malas lagi nak rujuk betul-betul).

Ini yang disebut "Procedurally right, morally wrong!"..kita mahukan kedua-duanya betul. Dan selalu aku sebut, prosedur ini hanya buatan manusia..kita boleh mudahkan jika kita betul punya azam yang kuat untuk membaiki/merubah/membawa agenda yang lebih baik. Sayangnya banyak tenaga disalurkan untuk meneruskan kebebalan dalam sistem. Akhirnya kerjaya sebagai ahli akademik jadi "Low morale profession"..

Berjuta wang negara habis untuk taja pelajar, pensyarah..rupanya hanya balik untuk 'toe the line and shut up!". Terima kasih (kerajaan) Malaysia..maafkan aku kerana aku tidak pernah bertemu di dalam kitab suci Al-Quran bahawa adanya insan yang lebih mulia di sisi Allah SELAIN taqwa..

6 Comments:

Blogger irman_rahs said...

hmmm aku rasa aku bukan bekas MPP...heheheheh

9:09 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..sebab apa tu? Aku bleh jawab..hehe

9:52 PM  
Blogger HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey said...

MPP? siapa MPP? siapa yang kenal dgn MPP? siapa yang tahu fungsi MPP?siapa yang peduli kewujudan MPP? berfungsikah MPP?

-berdasarkan situasi semasa kampus_

11:33 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

suka betul aku dgn idealisme org muda ni..

maka sdr hafiz, inilah masa sdr memilih pendirian..ia bukan soal mpp.. :)=

1:34 AM  
Blogger irman_rahs said...

mpp badan yg ditubuhkan utk menunjukkan wujudnya demokrasi di kampus...
kononnya utk melatih siswa supya berpolitik...
tapi dgn telunjuk hantu!
hehehehehe...
semuanya soalan encik hafidz tu sila ajukan dgn hep univ....
diorang ada jwapan paling tepat dan bernas!

9:11 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

haha..irman..

telunjuk hantu ya? telunjuk ke jari hantu? haha..kalau jari hantu dah kira lain maksudnya tu..

tapi yang nyata - kualiti kepimpinan pelajar (termasuk kita yang satu ketikanya) boleh dipertikaikan dari sudut kualitinya jika tak pun paling mendesak ialah prinsipnya.

tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi nyata bak kata afdlin shauki :)=

12:56 AM  

Post a Comment

<< Home