Wednesday, September 13, 2006

Kenangan

"Kenangan umpama anjing, yang menyalak menggangu tidurku" kata Din kepadaku..

Ya, kenangan boleh jadi anjing..boleh juga jadi yang lain!

Sejak awal semester ini (insyaAllah semester akhir bagiku untuk Ijazah), aku fikir terlalu banyak kenanganku berputar sekitar kampus kesayangan. Bagaimana rasanya dari hanya emosi dan rasa cinta bergelora, aku jadi aktivis (jika layak dipanggil begitu).

Menarik juga, hingga ada yang tak percaya, malah ada yang mempertikaikannya. Dulu dalam satu tamrin badan Islam yang agak dihormati - ada yang mempertikaikan kenapa aktivis dakwah tabligh sepertiku sering duduk dalam majlis anjuran UBU (yang tidak Islamik, malah Sosialis!). Yang menarik pertikaian ini berlaku ketika mereka makan berjemaah, umpat ini kebetulan sampai ke telingaku ketika aku baru hendak duduk di belakangnya makan. Lantas mereka diam. (Aktivis Islam juga mengumpat, ya? Begitu detik hati).

Maka, aku sampai kepada kesimpulan - Sistem tidak bergerak sendiri, manusia yang menggerakkan sistem. Benarlah ingatan Allah s.w.t. bahawa jadinya segala kebinasaan di muka bumi ini adalah dari tangan manusia. Malah telah dikhuatirkan malaikat tentangnya lalu Allah s.w.t. menjawab - Aku lebih tahu.

Apa mimpi Saidina Hussein akan pesan Rasul s.a.w. untuk berjumpa Allah s.w.t. dalam keadaan terbunuh akan juga jadi mimpi kita? Maksudku, adakah rakyat terbanyak yang kita sering sebut berdosa ini akan juga mudah mendapat pesan yang sama dari Rasul s.a.w.? Jika semudah itu, aku tak fikir umat Islam punya masalah banyak dalam hidup berbaki ini..

Dalam ranjau berdepan dengan tekanan, menjadi aktivis(?) bukan satu kerja mudah. Di mana-mana launganku kembali kepada Islam. Islam (Hadhari? Madani? Fundamental? Liberal? Wahabi? Sunni? Syiah?), label apa lagi kita mahu palitkan? Untuk aku ia hanya label kepada jenis fikiran umat, bukan ajaran..

Dalam tempoh itu aku tercabar bila Lee Ban Chen, dalam satu bual tidak sengaja kami di meja makan, beliau rancak menghujahkan pandangannya sambil diselit pandangan Islam. Begitu juga dalam banyak bual bersama teman aktivis lain..mereka tidak sunyi daripada pengetahuan tentang Islam, dan kadangkala bertanya.

Kita, bagi aku cukup angkuh..hanya kerana kita dilahirkan dan diIslamkan dengan proses itu. Syukur juga..tapi aku rasa syukur aku tidak memadai, kerana tidak aku sertakan dengan faham dan amal yang cukup.

Kita memisahkan hakikat dengan rasional..bagaimana ya untuk dakwahkan ini kepada yang bukan Islam? Islam hanya satu jalan yang rigid? Aku rasa faham aku tidak begitu..masih Islamkah aku di mata mereka bila ada salam seorang Islam lain dijawab seperti jawab salam kepada bukan Islam? Oh Islamnya sahabat Islamku..

Moga aku juga mampu menjawab seperti seorang sahabat bahawa "Bukan aku masuk Islam, tetapi Islam yang masuk dalam diriku..". Indahnya..kenangan..

2 Comments:

Blogger ida_zy said...

salam

i like to way u express ur thoughts
x reti sy nk kupas isu2 mcm dlm blog ni
rasanya byk betul bende yg sy tatau

anyway, sy setuju agama islam tu jgn diekslusifkan
dulu sy x penah langsung nk sebut psl islam bila interact dgn non-muslims
macam la sy ni alim sgt
sedangkan kalo kita cerita psl islam
dia org ok je, malah tau byk

keep up the good work

9:04 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Terima kasih kerana sudi berkunjung.

Banyak hal dalam praktis hidup ini, kita sering sebut bahawa Islam begitu dan begini. Tapi tidak sedikit juga yang kita temui yang begitu begini, seperti yang kita faham tidak terjelma dalam praktis hidup yang kita katakan tadi.

Saya simpulkan sistem tidak bergerak sendiri..manusia yang menggerakkan sistem. Jadi, ada persoalan dalam diri bagaimana manusia yang kita kata tidak sempurna ini menggerakkan sistem Islam yang kita akui sempurna?

Saya memang seorang idealis dalam memperkata soal Islam (sebelum ini), tapi sedikit pengalaman yang ada buat saya lebih berhati-hati..kerana saya fikir keghairahan saya sebelum ini tidak banyak membantu..

Kata akhir yang saya selitkan dalam artikel ini 'Islam masuk dalam diri' itu adalah kata sahabat r.a. selepas sekian waktu dia 'berdegil' memeluk Islam, akhirnya cantiknya amalan orang Islam ini dengan sendiri telah menjemput beliau mengenal Islam.

Saya tidak fikir ramai orang Islam di Barat masuk Islam kerana buta..
Jika Faisal Tehrani mengatakan bahawa Saidina Hussein mendapat pesan Rasulullah s.a.w. dalam mimpinya, maka ia bagi saya bukan satu yang buta! Cuma saya fikir, akan adakah pesan Rasulullah s.a.w. dalam mimpi seluruh rakyat untuk keluar daripada semua hasutan syaitan yang ada ini?

Ya, sudah tentu teks Al-Quran, Sunnah dan Sirah boleh jadi pedoman. Sebab itu saya sering ujarkan bagaimana teks ini kita dapat pindahkan ke dalam konteks?

Ya, di situ berbalik kepada bagaimana konsep sempurna insan tadi..moga Allah s.w.t. buka pintu hati kita.

10:41 AM  

Post a Comment

<< Home