Wednesday, August 30, 2006

Merdeka

"Apa yang kamu faham tentang merdeka?" Soalan ini adalah soalan lazim bila tiba waktu yang begini.

Merdeka datang lagi. Sebenarnya aku ada satu tulisan serius (bagi aku la) tentang merdeka. Harapnya sempat aku paparkan pada 31 Ogos 2006.

Aku ada keinginan lama yang kembali segar. Segarnya kerana aku tandus rujukan dalam Bahasa Melayu untuk projek aku. Bukan kerana tidak mampu merujuk kepada buku-buku bukan Bahasa Melayu, cuma terfikir tentang pengembangan bahasa.

Keinginan yang datang selepas meratapi nasib bidang pengajianku yang sering sesak nafas. Bidang aku Perhutanan..tidak, tidak, maksud aku yang sesak nafas ialah pengkhususan pengajianku - Pengurusan Rekreasi Luar. Hampir tidak ada rujukan di Malaysia. Jika ada pun ia bukan dari mereka yang lahir dalam bidang ini.

Tidak pasti adakah ia kerana kita tidak mahu menulis. Aku mahu! Dan moga aku akan sedia menulis tentang itu. Sekurang-kurangnya untuk simpanan sendiri..

4 Comments:

Blogger irman_rahs said...

benda ni xpayah cakap min, mmg dah lama..aku pun dah boring dgn senario ni...
suruh martabat BM tapi satu buku pun xda...indon ada lah...aku mana paham...
pastu salah kan kita malas membaca...
apapun gud lak mencipta/menulis buku2 rujukan dlm BM...jgn kena band suda..

10:40 PM  
Blogger Rie said...

merdeka. mereka berkorek-korekan hahaha. itulah ertinya kini

4:52 PM  
Blogger adibah abdullah said...

salam.

saya baru selesai dua tahun persediaan di sebuah kolej MARA. belajar biologi, kimia, matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, pengurusan perniagaan, agama islam dan subjek falsafah 'theory of knowledge'.

mencari buku rujukan bahasa melayu untuk kesemua subjek (kecuali bahasa melayu dan agama islam) adalah kurang relevan. bahan yang ada sudahlah sedikit dan payah dicari, kurang up-to-date @ buruk @ 'prasejarah', dan pengajian pun dalam medium bahasa inggeris, maka seolah-olah langsung tidak ada pentingnya mempunyai atau membaca rujukan dalam bahasa melayu.

penggunaan bahasa inggeris dalam pendidikan rendah dan menengah tambah mengesampingkan bahasa melayu.

dan saya tidak fikir mana-mana individu atau institusi kependidikan di malaysia akan, atau mampu, melaksanakan
'revolusi' dengan memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa pendidikan. semuanya retorik.

saya fikir kita fokuskan sahaja kemuliaan dan kesejatian bahasa melayu dalam lapangan-lapangan lain. seni dan sastera contohnya. media arus perdana misalnya. atau pendidikan yang masih belum didominasi bahasa inggeris, seperti agama islam dan bahasa (kesusasteraan) melayu. dalam lapangan-lapangan yang mana bahasa melayu masih boleh ditolong.

tak perlu buang masa untuk menyelamatkan ikan yang sudah lemas di daratan, ikan yang masih berenang di laut itu kita jaga jangan sampai dicampak keluar juga.

salam.. meow~

2:03 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Terima kasih atas komentar.

Saya kira pandangan sdri pandangan yg wajar..tapi bukan jadi kesalahan menyelamatkan yang lemas..

Untuk saya, buat sahaja apa yang dipercayai..kerana itu kan dipanggil oleh kita (yang percaya) itu perjuangan

7:57 PM  

Post a Comment

<< Home