Tuesday, August 22, 2006

Teologi (Ada tajuk yang lebih baik?)

"Kegiatan intelektual umat Islam telah mati" begitu kata ramai orientalis, tetapi dari pengalaman aku..aku hampir mahu berkata ya! Mujur aku ketemu sebilangan teman yang menyebabkan ya itu tidak ada titik..

(Terpulang la jika ada yang nak kata kita (orang Islam) tidak iktiraf kewujudan agama lain) Tiap agama punya dimensi intelektual, yang disebut teologi, falsafah dan genosis (jika terma ini dapat mewakili pengertian berhubung pengetahuan yang sifatnya memancar dan membebaskan). Islam, bagi aku tidak terkecuali dari prinsip ini malah bagi aku telah memainkan peranan yang cukup besar dalam proses mengembangkannya.

Dalam dunia intelektual Islam, kita tentu biasa bertemu perkataan makrifat, kemudian seterusnya kita bertemu perkataan falsafah yang dibawa dari tradisi Yunani -philo-sophia (kecintaan kepada pengetahuan. Seterusnya, pada abad-abad kemudian kita kenal pula istilah al-hikmah al-Ilahiyah atau theo-sophia, atau apa yang aku suka sebut pada kawan-kawan sebagai Ilmu Rabbani yang aku faham sebagai ilmu yang disertai ketundukan kepada Ilahi. Dan kita juga pernah mendengar istilah kalam.

Yang aku faham, semuanya digerakkan dan terbukti memainkan peranan yang cukup penting dalam perjalanan hidup manusia cuma aku juga faham bahawa penilaian kita tidak semestinya sama, justeru nasib falsafah di dunia Islam tidaklah begitu baik sama seperti teologi dalam dunia Barat.

Khabarnya dalam agama Kristian, teologi tidak hanya berusaha memberikan suatu pertahanan rasional untuk keyakinan, tetapi ia juga berusaha memberikan suatu 'pintu masuk' kepada penghidupan roh. Kalam, dalam Islam yang beerti 'kata' pula telah berkembang menjadi ilmu yang menjadi tunjang tanggungjawab kepercayaan agama secara kukuh, dengan bukti dan mengasir keraguan.

Saidina Ali k.w. dipercayai sebagai antara pelopor kelahiran kalam bila karyanya Nahj al-Balaghah memuatkan bukti-bukti rasional pertama tentang keEsaan Tuhan selepas Al-Quran dan Hadis. Hal ini mencerminkan bahawa sejak generasi pertama sahabat, meeka sudah dihadapkan dengan pelbagai persoalan tentang kepercayaan dan perlakuan, keaslian Al-Quran dan sebagainya. Lebih dari itu, perdebatan yang banyak terutama di Iraq dan Syria telah mengembangkan teks bersifat falsafah dan teologi semata-mata untuk mempertahankan pandangan masing-masing sehingga orang Islam membuat satu bentuk pengembangan rasional dari apa yang telah dimiliki untuk melindungi dan mempertahankan Islam.

Reaksi bersifat teologi ini bagi agama-agama lain dianggap sebahagian daripada usaha mencari kebenaran. Penyebaran Islam secara jelasnya dibawa oleh kelompok yang pelbagai, hingga kepercayaan tertentu jadi berbeza apatah lagi dengan bertambahnya masyarakat Muslim sehingga satu definisi yang jelas tentang pernyataan keimanan diperlukan.

Kerana tekanan yang berlebihan pada Hukum Islam dan perlaksanaannya, maka pernyataan keimanan yang asas jadi tidak sepenting credo dalam tradisi Kristian. Maka, ia jadi kesan kepada pengembangan faham Islam kepada masyarakat lain. Pernyataan iman umat Islam ini dinyatakan dalam Fiqh al-Akbar dan Wasiyyah, salah satu karya yang disandarkan kepada ajaran Imam Abu Haniffah.

Dengan teolog, maka kita mencabar..dan tercabar. Kerana percaya Tuhan yang satu..tapi manusia berbelah bagi, seakan lebih tahu.

2 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

Min,

masa enta kecik2 dulu, persoalan apa yang enta selalu fikirkan, yang akhirnya bila enta dewasa, baru enta sedari bahawa persoalan yang difikir2kan itu rupa2nya adalah persoalan filsafat?

10:46 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Banyak sangat..tapi yang pasti ana tak rasa ana terfikir pasal fizik kuantum masa tu..hehe

Tapi apa yang terlalu mendekam di hati ialah soal miskin. Sampai sekarang kalau cakap sungguh-sungguh soal ni ana boleh keluar air mata..cuma lagi yang sayangnya ana tak cuba mahu kuasai hal ekonomi ni, sama seperti kebanyakan aktivis siswa.

Hmm..ana tulis pasal miskin kat sini pun dah buat ana sedih.. :(=

12:53 AM  

Post a Comment

<< Home