Saturday, August 05, 2006

Blog

"Goblog!", itu tajuk himpunan tulisan blog yang sedang diusahakan teman-teman di IKD.

Ada cerita bila Perdana Menteri memberi kenyataan sinis tentang pengaruh maya. Umum maklum kenyataan Perdana Menteri itu. Dan bagi aku, kenyataan itu adalah satu langkah ke belakang oleh Perdana Menteri. Apatah lagi Zam yang aku tak berapa pernah berminat, meski aku hormat dia atas sebab-sebab tertentu.

Umum melihat ada usaha mendiamkan blog kerana pengaruh dan sebarannya yang jelas serta menyeluruh. Sebenarnya usaha mengawal pengaruh maya ini bukan baru berlaku malah seawal usaha memunculkan idea ini. Sebab itu aku sentiasa, tanpa gagal, memuji Tun Mahathir sewaktu dia masih seorang Perdana Menteri tentang usaha menubuhkan MSC. Kerana sebagai aku yang percaya tentang kebebasan bersuara dan macam-macam jenis kebebasan lagi, projek ini akan mengajar kita tentang makna hidup bernegara dalam erti kata yang sebenar - berpijak di bumi yang nyata.

Aku sentiasa percaya bahawa ada langkah-langkah yang merugikan dalam perjalanan sistem negara bila suara dibungkam (hatta suara mereka di menara gading!itu yang paling kukesalkan..apatah lagi seorang Prof. yang bertindak begitu..). Justeru, adanya ruang maya ini akan mengajar mereka-meraka yang 'pandai' ini tentang makna hidup dalam konteks sekarang. Baik Prof., ustaz, pegawai BTN, siswa, pekerja dan sebagainya.

Aku sudah jadi tak peduli bila orang sibuk dengan simbol dan pertanyaan bodoh "dia ni orang siapa". Aku tahu aku rakyat dan aku ada peluang belajar ke peringkat universiti. Biar aku dianggap tidak bijak atau sebaliknya..aku tetap warga yang punya hak. Ya, itu selalu aku sebuh semasa zaman awal di kampus..kerana kita jarang bercakap tentang 'menunaikan hak, menjaga hak dan tidak menuntut hak..'. Terima kasih kepada dunia Tabligh yang mendidik hati.

Semoga kita sedar bahawa mematahkan hujah dengan kuasa bukan hadharah tetapi jahiliyah! Waima yang melakukannya bertarag mursyid. Saat itu ilmu jadi penting..betulkah selama ini kita katakan ilmu penting, sedang kita takut pada hujah?

Ah..persetankan! Maaf aku tidak senang..

8 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Mudang hanya datang sekali. (Tua, mati, hidup, pun gitu kan?) Tetapi marah akan datang berulang-kali.

3:10 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Ya..kalaulah marah hanya datang sekali saja..tak ada la kot namanya UMNO, PAS, keADILan..atau entah ada apa nama itu syaitan?

"Aku lebih tahu.." itu jawab Allah s.w.t. kepada Malaikat..

3:22 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam~

sebab itu Min kita perlukan ruang publik! kita kena belajar dengan Habermas. dan, lebih baik lagi, kita cuba membawa masuk peranan agama dalam ruang publik --> tanpa perlu menjejaskan ide2 sekular :-)

7:40 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Ruang publik ditemukan Habermas..kebetulan dia seorang bukan Islam. Tapi Aqil, untuk aku tidak ada masalah..tetapi mungkin saja jadi masalah bagi mereka yang hanya percaya idea ruang awam ini akan lebih baik lagi jika ada orang yang namanya Zahinudiin Mahidin yang mengungkapnya berbanding Habermas..Islamik sikit katanya..kuang kuang kuang..

Banyak sekali sms dan email yang jadi alasan untuk mengabsahkan perlunya IFC diharamkan, apa yang jadi di UPM dan sebagainya..Alahai..

7:52 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

mungkin apa yang ditemukan Habermas ini tak dipeduli kerana dia seorang bukan Islam. Mungkin ada pemikir Islam yang sedang cuba menemukan syurga.

Mungkin..mungkin..

(Orang) Islam kan selalu percaya bahawa kita superior..

7:55 PM  
Blogger irman_rahs said...

ceritakan dgn aku pasal habermas ni...
aku suda buka web tapi xpaham la...
aku kan melayu....

12:01 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

man..tu la aku ajak keluar minum2 x nak..

habermas ni ada jer dlm web. aku pun bukan pakar sgt..dia seorg pemikir jerman yg masih hidup..sudah tua..82 tak silap..tahun lalu calon intelektual dunia..

habermas kenalkan teori ruang awam dan ruang peribadi..actually menemui apa yg Allah s.w.t. suruh manusia fikir tu..

12:08 AM  
Blogger irman_rahs said...

klu ko ajak aku minum dan bayar utk aku, confim aku xtolak punya la...
ni asyik2 aku yg kuar duit sendiri...ahaks!

6:47 PM  

Post a Comment

<< Home