Thursday, July 13, 2006

Belum Habis Lagi!?

"Glamour la kau!" kata pensyarah aku masa kami duduk minum bersama.

Minggu Orientasi Universiti atau di UPM disebut Minggu Putra Perkasa baru tamat minggu lepas. Alih-alih ada kawan datang memberitahu bahawa nama dan gambar aku dipamerkan dalam satu slot ceramah BTN sebagai antara pelajar yang disenarai hitam oleh BTN. Yang dikhabarkan kepada aku ialah gambar semasa demo SMM di UPM dan juga gambar dalam satu program..aku tak pasti yang mana, mungkin semasa aku jadi panel Forum Muda Malaysia atau gambar dulu semasa aku hadir dalam satu program bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sayang sekali aku tak pernah bergambar dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kalau tak sudah tentu gambar itu akan aku poskan ke BTN. Mungkin Pak Khalid dapat bantu aku bergambar dengan Dato' Seri..haha..

4 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

ko bergambar dengan pak khalid aje. senang! hehehe

1:52 PM  
Blogger irman_rahs said...

abisla nko pas ni...
mesti suma budak2 junior nak autograf ko dgn poster kalau ada...
jgn lupa bagila business card mpp ko dgn budak2 tu ya....

1:33 PM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Edit gambar sdr dan DSAI gunakan photoshop, hantar kepada BTN. Orang BTN bukan kenal mana satu gambar ori dengan mana satu gambar palsu!

11:33 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..Puan Ainon, idea yang bernas tu. Cuma saya bimbang BTN akan menutup kes saya kerana mereka fikir saya bersyukur dengan projek MSC yang dianjurkan Mahathir. Ya, itu antara yang saya puji..meski saya tahu ada duri.

3:41 PM  

Post a Comment

<< Home