Tokoh-tokoh itu...
Lewat beberapa hari ini cerita-cerita tokoh menjadi-jadi. Tentang kemunculan, tentang kembali semula..tentang pemergian. Kalau dalam tulisan sebelum ini aku menghimbau beberapa tokoh yang pergi meninggalkan kita, kali ini sengaja aku nak ajak korang semua jengok pula tokoh-tokoh yang muncul terapung dalam debat umum.
1. Tun Dr. Mahathir - mantan Perdana Menteri ini muncul kembali dengan kenyataan beliau mengkritik kerajaan berikutan isu jambatan 'bengkok tetapi indah'
2. DS Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia yang kian merudum imejnya sejak isu kenaikan harga minyak.
3. DS Anwar Ibrahim - mantan Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan untuk pulang Mei ini, terlibat dalam PR Negeri Sarawak, dan menggerakkan Barisan Alternatif.
4. DS Najib Tun Razak - Timbalan Perdana Menteri yang seolah tidak bekerja sebagai satu pasukan kabinet bila Perdana Menteri diserang bertubi-tubi sejak akhir-akhir ini.
5. Dato' Shahrir Samad - Ketua BBC ini baru meletak jawatan!! Ini antara yang aku terkejur kali ini..dan tindakan beliau aku boleh tabik la.
Hari ini aku memerhati..dan berkira-kira untung nasib generasi. Tokoh-tokoh ini telah meminjam masa dan peristiwa hari ini yang akan diwarisi kami.
Tak lupa tahniah kepada Pak Raja (Aziz Addruse) yang diangkat menjadi pesuruhjaya ICJ. Aku mula mengenali nama Pak Raja bila membaca Singa Di Bawah Takhta Dijerat..terjemahan May Day For Justice. Kisah kepetualangan Mahathir terhadap institusi kehakiman. Sebab itu biar ramai mendakwa Mahathir jauh lebih baik daripada Pak Lah, untuk aku cukupla..kita masih punya ramai lagi generasi baru yang punya potensi besar untuk menjadi yang terbaik.
19 Comments:
Mahathir revolusioner bangsa! dari satu sudut dia berjaya.
memang dia mencuba..lalu gelap mata
Itu semua cerita orang tua bangka! Mana suara orang muda? Masih merengek dan menyapu hingus?
yang muda (baca:segar) itu idea..bukan usia..
This comment has been removed by a blog administrator.
Kura-kura dalam semak
Dalam semak ada ubi
Orang muda jangan tamak
Orang takam selalu rugi.
Silap taip ....."tamak" bukan "takam".
semak-semak jd belukar
di dlm belukar tak tumbuh ubi
sy budak sedang belajar
untung dan rugi pun belum pasti
Jangan masuk dalam belukar
Kalau takut semut api
Apa sekalipun kita belajar
Sudah pasti ada isi
berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi..
???
dalam semak ada ular
ular suka makan katak
bagaimana mahu belajar
bila akal tidak di otak?
Tangkal sakti ilmu pencak
Diambil dari kulit gaharu
Akal sentiasa di dalam otak
Guru kepada segala guru
Dah malas le ni. Blog tak diupdate lagi!
Bukan tak nak update Pak Khalid. Saya dalam hutan dan malam ni akan bertolak ke Jepun.
Balik nanti pasti update. Janji! Hehe..tapi untuk 2,3 hari saja kerana selepas itu sebulan di dalam hutan lagi.
Sudikah saudara bersama-sama saya mewujudkan satu laman blog bertemakan darah muda? Kita akan menggabungkan beberapa blogger yang berbakat dan mempunyai gaya dan kemahiran tersendiri untuk bergabung dan memblog dalam blog tersebut?
Setiap blogger bebas memblog apa-apa sahaja tanpa sekatan. Lebih baik kalau kita boleh cari ada yang mahir dalam bidang sukan , pendidikan , sastera , hiburan , politik dan sebagainya.
Muda datang sekali. Jangan kita bazir zaman muda kita? apa kata darah muda mula bangkit dan berjuang? Berpaksi pada pemikiran terbuka dan kebebasan media?
Plz drop by a message at shenyeeaun.blogsome.com to let me knwo whether u agree or disagree with it.
Hidup ke lagi blog ini. Kalau tidak kita talkinkan saja!
jgn talkin pak khalid..nanti kita dibidaahkan. kita kambus shj....
Wah, keras bunyinya tu.
Blog ini masih hidup..cuma pasang surutnya tak menentu.
haha...berbunyi juga blog ni. ingatkan dah mati.
akhi amin,
blog pak khalid menjadi tumpuan ramai~(dlm nada memuji)
Ana tau..
Dari Jepun pun ana ada tinggal mesej
Post a Comment
<< Home