Friday, April 14, 2006

Islam dan Barat 4c (Siri Akhir) : Warisan Intelektual Peradaban Islam

"Curiosity has its own reason(s) for existing" - Albert Einstein (1879-1955)

Ibnu Haitham (Al-Hazen) (965-1039) adalah antara tokoh Islam yang dikatakan turut menyumbang kepada pencerahan tradisi pemikiran ilmiah Barat. Tokoh yang lahir di Kota Basrah dan meninggal di Cairo ini adalah seorang ahli matematik, astronomi dan ilmu optik. Pengetahuannya dikatakan merintis sains eksperimental untuk Barat. Roger Bacon, tokoh dari dunia Barat yang dikatakan perintis method eksperimental di Barat telah belajar daripada karya-karya Haitham semasa menuntut di universiti Islam di Sepanyol. Karyanya yang terkenal, Magnum Opus banyak mengutip pandangan Haitham terutama yang berkait dengan falsafah.

J.B. Bury, dalam penyelidikannya, History of Freedom of Thought menyatakan Barat terhutang budi kepada Islam dalam bidang falsafah Rasionalisme. Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, gelombang pengaruh intelektual yang memperkenalkan Islam pada akhir abad ke-12 ini dipelopori oleh Ibnu Rusyd (Averrose). Ajaran Ibnu Rusyd telah diperkenalkan di kalangan terpelajar di Western Christendom. Bagi dunia Barat Kristian, Ibnu Rusyd dikatakan tokoh awal pengembang pemikiran falsafah dalam Islam sedangkan bagi kelompok Islam tokoh tersebut mungkin yang terakhir (??).

Siapa Ibnu Rusyd? Aku pasti tulisan di sini tidak bertujuan memperkenalkan Ibnu Rusyd dengan lebih terperinci. Sekadar menyentuh beberapa bahagian yang aku tahu, beliau ialah seorang rasionalis pengikut aliran Muktazilah yang gagasannya sangat kuat dikatakan mempunyai pengaruh Aristotle. Melalui Ibnu Rusyd, dunia Barat dikatakan mula menganut kebebasan berfikir dan berupaya menyerap kekayaan intelektual Yunani-Kuno.

Ajaran Ibnu Rusyd tentang kekekalan benda (eternity of master) dan kefanaan jiwa (immortality of the soul) telah banyak melahirkan pemikir bebas (free thinker) dan dikatakan sangat mempengaruhi para pemikir Eropah seperti Alberto Magnus dan Thomas Aquinas. Aquinas misalnya dikatakan telah meniru secara sistematik tradisi keilmuan Islam menjadi sebahagian perkata penting dalam teologi ortodoks Kristian yang dikembangkan pada abad pertengahan.

Para murid Kristian yang selesai belajar ilmu pengetahuan dari filasuf muslim arab di Andalusia, Sepanyol kemudian kembali ke Eropah dianggap sebagai kelompok revolusioner oleh pendeta-pendeta Kristian kerana kembalinya mereka telah membawa banyak perubahan besar dan radikal kepada Eropah.
____________________________

Aku rasa penulisan aku tentang Islam dan Barat secara asasnya telah selesai. Aku percaya wujudnya lompong-lompong yang boleh dibetulkan oleh kalian, pembaca yang budiman.

Aku masih mahu menangguhkan hasrat meneruskan penulisan Islam Intelektual seperti yang pernah diajukan oleh seorang sahabat, Aqil Fithri, editor di UmmahOnline. Bagi aku, meminjam kata-kata Imam Al-Ghazali..falsafah..lebih banyak hanyut dari sampai ke seberang. Sebenarnya mengambil tahu fikiran-fikiran asli banyak pemikir di kedua belahan dunia ini (maksud aku Islam dan Barat) sangat menuntut ketinggian stamina mental dan fizikal selain ketabahan jiwa untuk sabar menekuni, membandingkan, menilai dan sebagainya.

Terima kasih kepada En. Khalid Jaafar yang selalu mendorong anak muda membuktikan ketinggian cita keilmuan.

Jadi, apa akan aku tulis selepas ini? Aku mungkin kembali kepada penulisan berbentuk respon kepada isu selain daripada projek ke-2 aku iaitu pergi ke temasya intelektual pemikir Barat, meninjau pandangan mereka tentang masyarakat, negara dan kuasa..hehe..ayat macam gempak je..hasil belum tentu!

Tokoh Islam bila lagi? Sebenarnya aku punya keinginan menulis tentang mereka, biar masa menentukan. Biar aku melayan kecenderungan semasa..tentang oksidental..sebelum aku jemu..haha..jemu apa ntah!?

22 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Ramai sangat yang nak tulis tentang Barat. Inilah kesilapan gerakan Islam, obsessi dengan Barat. Kenapa tidak buka tabir untuk melihat ke Cina yang senang bangun menjadi kuasa besar.

11:24 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Saya tahu dan faham tentang apa yang Pak Khalid maksudkan. Cuma buat masa ini China belum benar2 menunjukkan kuku dan taringnya dgn nyata. Maksud saya China belum mahu menunjukkan kekuatannya yang nyata untuk mempengaruhi 'dasar2 global' meskipun umum maklum China punya kekuatannya tersendiri dan semua sedar China adalah 'bahaya kuning' yang mampu muncul.

3:41 PM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Kita juga berlu berhenti menggunakan ungkapan "kuku dan taring," "bahaya" dan sebagainya. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi rasa takut, tidak selamat, prasangka dan negatif. Kita perlu lebih positif dan yakin. Mungkin kita gunakan istilah "cabaran."

8:22 PM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Kita juga berlu berhenti menggunakan ungkapan "kuku dan taring," "bahaya" dan sebagainya. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi rasa takut, tidak selamat, prasangka dan negatif. Kita perlu lebih positif dan yakin. Mungkin kita gunakan istilah "cabaran."

8:23 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya..setuju!

tapi apakah ungkapan manis ini bisa menyembunyikan hakikat takutnya barat (USA la senang cakap) terhadap China?

Amerika..saya fikir adakalanya kelembutan bukan alat untuk mereka. Tapi belum sampai saya mahu praktiskan.

11:34 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

"cabaran"? cam na pula dengan "mehnah"? bukankah istilah ini yang digegerkan oleh geng2 haraki :-) tentunya etimologi dua istilah ini membawa terminologi yang berbeda2...!

12:43 AM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Mihna boleh bermakna inquisition. "Mihna" merupakan nama yang diberikan oleh sejahrawan Islam kepada dasar al-Ma'mum untuk menzalimi golongan yang tidak bersetuju dengan Mu'tazilah. Ahmad bin Hambal adalah mangsa paling terkenal kepada dasar Mihna al-Ma'mum

6:39 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

oh ya begitu... terima kaseh Pak Khalid:-) rupa2nya istilah itu sudah lama digunakan :-) dan, nampaknya buku Fathi Yakan tak menyelesaikan masalah, hahaha :-)

terima kaseh sekali lagi!

11:38 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

aduh jemunya, bila nak kemaskini nie :-) ahaks...

1:28 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

Agak berat utk sy menghadamkan segala info mengenai pemikir islam dan barat dalam Islam dan Barat: Warisan Intelektual Peradaban Islam tulisan saudara utk beberapa posting yg kebelakangan ini. Mungkin sy bukan "ahli", jadi agak susah utk sy. Tambahan pula ia melibatkan ilmu falsafah.

tak silap sy Imam Ghazali mmg mengutuk ilmu falsafah atau ilmu kalam ini tetapi kutukan beliau utk perkara yg melibatkan perkara tauhid shj kerana mendahulukan dalil akli berbanding naqli,dpt dilihat melalui buku karangannya Tahafut al-Falasifah (sy hanya mendengar dr kuliah serta pembacaan sedikit krn utk membacanya belum mampu lg kerana sedar akan kedhaifan dan kekurangan diri sy ini) mungkin saudara boleh ulas buku ini,mungkin bermanfaat kpd kita semua =)

Sekadar pertanyaan utk menambahkan pengetahuan sy
1.Adakah ahli2 falsafah ini yg membentuk dunia hari ini secara langsung?

2. ilmu falsafah ini lebih byk berputar2 shj, tidak berkembang. lagi satu ia lebih byk merumitkan benda2 yg nampak mudah, sbg contoh mengenai tauhid. ia mudah tetapi "disusahkan" oleh ahli falsafah. benarkah begitu?

saudara aqil kalo nak jawap pon silakanlah.
mungkin boleh beri sedikit tipz buku2 yg elok di baca.

cadangan yg bagus, mengapa tidak melihat ke Cina skrg. walaupun belum menunjukkan taring tetapi kajian dan penelitian lebih awal membuatkan kita lebih bersedia utk menghadapi apa yg akan dibawa oleh cina nanti.

8:31 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

jika sdr telah membaca tahafut al falasifah, bagus juga membaca jawab balik ibnu rusyd dalam tahafut al-tahafut..

cina mmg prospek kajian yang baik..sy tidak pernah menafikannya.

tentang persolan sdr..sy juga punya persoalan yg sama..mmg ada satu tanda tanya besar dlm diri tentang bagaimana hal2 yg kita mungkin sifatkan rumit - atau kata sdr menyukarkan yg mudah tp telah mencerahkan kehidupan di barat.

mungkin kita suka yang ringan2 saja? bukankah yg berat itu lebih enak (sepatutnya?),hehe..

5:43 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

aqil..tulisan pertama tentang barat nanti..akan menyusul

5:52 PM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Falsafah itu susah? Engineering lagi susah. Matematik lagi susah. Fizik kwantum lagi susah. Misalkan kita dengan pc. Kita yang biasa apa nak pening-pening, guna sahaja. Atau kita dengan kereta, apa susah belajar driving dan pandu aja. Tetapi kalau tak ada engineer, saintis yang macam-macam tak akan ada pc atau kereta. Jadi filasuf yang mula-mula membuat macam-macam spekulasi yang kemudian menghasilkan teori, teori menghasilkan penciptaan dll. Falsafah mungkin susah, tetapi banyak berahinya. Macam juga matematik. Atau fizik kwantum. Tanya Aqil Fitri macam mana dia boleh bersyahwat dengan fizik kwantum?

8:04 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

jadi pak khalid, org yg "mereka" cipta adalah ahli falsafah, begitu?jadi bolehkah sy katakan begini setiap org yg mempunyai keinginan ingin tahu/inkuiri/meneroka sesuatu itu lalu apabila sampai satu tahap mula membuat spekulasi seterusnya menghasilkan teori-di gelar ahli falsafah. yg berjaya di gelar ahli falsafah yg kecundang di gelar sbg gila "issim"...

2:02 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

ya amin, sy juga dpt tahu yg ibnu rusyd menjawab dgn kitab tahafut al-tahafut. tp kedua2nya sy tak baca lg, hanya mendengar shj..=P


selalunya begitulah yg berat itulah yg paling enak dihadam tetapi mee segera juga yg dicari,hehe

2:17 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

This comment has been removed by a blog administrator.

2:20 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

This comment has been removed by a blog administrator.

2:20 AM  
Blogger Khalid Jaafar said...

"Gila isim" maksudnya "gila nama" ism adalah bahasa Arab yang bermaksud nama. Nama dalam konteks itu adalah nama Tuhan, iaitu itu Allah. Mereka yang gila isim adalah mereka yang jadi gila kerana berzikirkan nama Allah. Kemudian masyarakt salah faham dan menyebutkan semua macam gila dengan nama gila isim. Tetapi bukankah genius itu sukar dibedakan dengan gila? Ingat filem "Beautiful Mind"?

7:48 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

bukankah gila itu ttp dipanggil gila. org gila ism adalah org yg tewas dlm pencariannya. cuba mencari nama ke-100 bg tuhan.

justeru perlu ada tingkat dlm mencari hakikat dlm ilmu.

1. syariat (asas ilmu)
2. tarekat (jalan atau kaedah)
3. makrifat (kenal)
4. hakikat (spekulasi dan teori)

siapa yg miss satu tingkat trsbt itu yg jadi silap langkah dan pemahaman(misconception).mungkinkah darwin adalah salah seorg drpdnya??

p/s: amin minta maaf,terpost 3 kali aritu, internet problem~

9:43 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Hmm..bila sdr menulis syariat, tarekat, makrifat dan hakikat itu..saya teringat pula pendapat sdr tentang kompleksiti falsafah.

Hmm..sdr fikir orang kampung dan bandar peduli dan tidak akan menganggap hal ini kompleks?

10:32 PM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Jadi syariat itu paling rendahlah. Tapi kenapa semua orang hari ini sebok sangat cakap fasal syariat, sikit-sikit syariat. Tak pernah cuba nak naik atas sedikit, ke tarikat misalnya?

10:58 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

itu sbb sy menanyakan adakah ciri2 seorg filusufi ini seorg yg mempunyai semangat inkuiri/meneroka yg amat tinggi. kalo ini antara ciri2nya,org awam termasuklah sy tidak mempunyai ciri2 tersebut.bukan semua org mempunyai semangat ingin meneroka yg amat tinggi. jadi boleh sahaja dikatakan minda org biasa tidak dpt memahaminya.

bukan xnak pak khalid, meminjam kata2 sdr amin, ia memerlukan stamina yg tinggi.Syariat,walaupon plg rendah tetapi itulah dasarnya, itulah akarnya, itulah pagarnya.

p/s: amin aritu sy ade silap tulis sbb terlupa, kitab bidayatul hidayah oleh imam Ghazali sepatutnya. tafaqu' fiddeen tu kelas pengajian sy yg membincangkan kitab tersebut.

hadis nabi marhum:
diangkat dari ummatku (hukum) jika mereka dipaksa, LUPA atau tidak sengaja.

hehe...

4:53 PM  

Post a Comment

<< Home