Tuesday, March 21, 2006

Terrorisme

"Apakah dakwaan Bush benar?" - ayat terakhir Fathi Aris Omar (FAO) dalam sms kepada aku lewat petang 21 Mac 2006.

Pagi ini aku mahu menulis. Baru tadi aku baca apa yang FAO hantarkan melalui pesan ringkas. Dan sebentar tadi, lewat malam sebaik habis kuliah Pengucapan Awam aku dan dua orang teman yang lebih berusia bergegas ke kedai makan sambil berborak beberapa hal tentang hidup sebagai mahasiswa. Dan isu yang tidak terlepas dari perbualan kami ialah Islam. Puncanya bila 'A' semacam sengaja memulakan provokasi "Islam ni ada banyak ke?". "Kenapa?" jawab aku. Yerla, ada Islam Hadhari, Liberal dan sebagainya.

Hmm..mulanya aku malas menjawab kerana isu ini isu lama. Tapi aku fikir bahawa ini mungkin jadi satu peluang untuk aku mendengar pandangan baru (yang akhirnya tiada).

Islam tetap Islam pada aku. Hadhari dan Liberal adalah bentuk Islam dalam kotak fikiran umat. Kenapa aku berani berhujah begitu? Kerana jelas dan nyata umat ini memilih simpang-simpang yang berbeza dalam menuju apa yang kita percaya sebagai redha Ilahi, Aliran Sunnah Wal-Jamaah dan lain-lain (namakan apa yang kita suka!).

Dan terrorisme. Pernah dulu aku menggunakan istilah 'terrorisme minda'. Kerana aku yakin kegagalan minda berfungsi akan menghumban manusia ke lembah hina. Dan manusia ini bukan orang lain semata tetapi termasuk aku!

Dengan berita seperti yang dipaparkan di mstar, aku percaya kita harus mula berfikir - 1) di mana air muka Islam bila umatnya yang konon membela agama dikesan pendokong terror? 2) dan pendokong kempen anti-terror seperti Bush akan menunjukkan lagi keangkuhannya dengan dakwaan ini sambil memuji kecekapan agen risikannya. Ada lagi jika mahu diungkapkan.

Dialog, meski itu yang terbaik, tidak cukup kerana masa terus berlalu dan kita telah bermula jauh lama sebelum ini. Jika kita mengharapkan keajaiban semalam, lupakan dan kita seharusnya percaya bahawa masa depan untuk dicorakkan..bukan dilalui kerana masa itu bergerak.

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Kita yang perlukan Islam, Islam tidak perlukan kita (secara idealnya). Dan Islam tidak mungkin tertegak dengan pedang semata kerana percaya itu satu bentuk kemahuan internal yang tidak dipaksa-paksa.

20 Comments:

Blogger fathi aris omar said...

Salam, terima kasih kerana telah membacanya, Min!

Menonton Osama Laden di 'sarang pengganas' (mStar Online, 20 Mac 2006)

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_165a0797-c0a85062-101f2870-316ba104

Tetapi apakah kau yakin bahawa USA atau Bush semata-mata pembohong dalam perangnya "menentang terorisme"?

Atau, sememangnya ada sel-sel pengganas tertentu di kalangan umat Islam, misalnya seperti yang kita saksikan sendiri di Indonesia?

7:36 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Fathi, aku secara peribadi percaya memang ada kelompok Islam yang 'putus harap' untuk melihat kebangkitan Islam dari perspektif lain.

Akhirnya mereka (kelompok ini) percaya, kuasa itu harus diperoleh dengan cara lain (perang!). Kuasa..sebagaimana aku percaya..alat paling ampuh untuk digunakan (kena pula rakyat yang tak merdeka jiwanya - tanpa mahu menuduh sesiapa).

Cuma dalam hal ini, terlanjur aku sendiri tidak pernah mendengar sendiri apatah lagi melihat maka aku memilih untuk diam.

Perang ke atas terror oleh Bush aku percaya punya asas tapi sering disalahguna untuk maksud yang pelbagai.

4:09 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

amin,

kenapa asyik guna perkataan 'aku percaya". sama juga dalam wawancara tu. itu stail enta, ek?

tukar2lah sket, aku fikir ke, barangkali ke, mungkin ke. kalu gini, baru nampak enta juga sedang berfikir. otak dinamik kata orang. nanti, kalau asyik sangat guna perkataan "aku percaya", lama2 orang jadi "tak percaya" pula. sucah juga tu :-)

hehehe, tak ada benda nak kritik. itu aje yang ana jumpa untuk dikritik, hehehe.

Aqil

1:01 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Sdr. Aqil,

Saya percaya bahawa tiap laku manusia itu datang dari apa yang dia percaya 'betul'.

contohnya merampas kapal terbang untuk langgar WTC. itu bukan perbuatan olok2 melainkan satu perbuatan yang lahir dari satu sistem kepercayaan dalam diri.

soal percaya ini boleh jadi dengan berfikir atau tidak. cuma bagi ana yang percaya itu adalah lebih dekat dengan apa yang kita amal berbanding fikir :)

2:19 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

askum..

pertama kali tahniah kerana webblog ini dlm BAHASA MELAYU.org kata BAHASA MELAYU ni BAHASA KAKI LIMA...hint,hint....

sebenarnya sy tidak faham dgn artikel saudara ini. sebenarnya mengenai ape?? saudara juga tidak menjelaskan keprcayaan saudara secara langsung mengenai terrorist ini.

perspektif sy dlm hal ini, kita saling memerlukan. maksud sy terrorist ini pada sy amat perlu utk menunjukkan bahawa betapa umat islam dlm satu segi tak mempersetujui Barat(kafir). kita mengutuk serangan yg dilakukan ke atas kepentingan barat tetapi dlm pada masa yg sama kita masih membeli di KFC(sbg contoh shj).

betul, kita sebenarnya dlm DILEMA samada ingin percaya samaada terrorist ini mmg ada atau sengaja diadakan oleh pihak barat(yahudi dan nasara) melalui pertubuhan2 sulitnya. ttg WTC-kapal terbang itu sendiri terdpt byk teori mengenainya. ada yg mengaitkan dgn pergerakan yahudi(bangsa ini mmg kuat percaya sgt ttg ramalan).

pernah tonton filem syiriana(oscar nominee flm). filem tu menceritakan mengenai propaganda CIA terhadap negara umat islam(syiria,iran,pergerakkan Hizbullah di lebanon). betul atau tidak wallahua'lam. samada betul2 ada propaganda atau filem itu yg membuat propaganda.

sy pernah tiggal disebelah bilik seorg ustaz yg pernah blaja di pakistan yg kini masih di thn di bawah ISA kerana dipercayai ahli gerakan JI malaysia. sy tidak pernah pun mendengar ustaz ini menyebut mengenai atau perkara yg bersangkut paut dgn jihad.


p/s:ala apsal anonymous xbley komen.bkn suma ada blogspot, ada yg guna mende lain atau ader yg xde personal site..

7:57 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Salam semua.

Saya sebenarnya tidak begitu mahir dlm mengungkapkan idea melalui penulisan. Tapi isu terrorisme ini saya tulis ringkas di sini bukan kerana saya punya pandangan menyeluruh tentangnya tp lebih kpd respon kpd sdr. FAO.

Cuma saya cuit-cuit sikit memandangkan saya tak punya banyak waktu sekarang berikutan 'siri beban kerja'.

Hampir semua tulisan saya begitu. Cuma dalam blog ini saya mahu lebih menumpukan tema Islam dan Barat serta Islam Intelektual. Isu2 lain itu hanya selingan sahaja.

Saya tak bersetuju menjadikan Barat sebagai model kuffar tetapi lebih senang mencari model Islam sebenar. Barat sepatutnya kita anggap sebagai rakan, teman atau apa saja yg tidak bersifat musuh.

4:25 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

BARAT suatu yg amat luas maknanya...saudara lebih senang menganggap barat sbg rakan atau teman. perkataan "teman" atau "rakan" itu ditujukan utk rakyat, komuniti perniagaan atau kerajaan mereka??

kalo utk kerajaan mereka sy rasa xsesuai utk kita labelkan sbg teman atau rakan kerna mereka terang2 menyatakan ketidaksukaan mereka terhadap islam,mereka BENCI islam.itu mmg telah nyata. dan telah menjadi kenyataan negara2 umat islam amat lemah utk mengambil langkah2 diplomasi dlm menangani masalah ini.

tetapi utk komuniti perniagaan atau rakyat mereka sepatutnya mmg ada toleran. dan dlm konteks islam pun sememangnya gol.ini mmg kita xbley usik.

yahudi dan nasara mmg selama2nya menjadi musuh islam. itu mmg kenyataan!!! mereka xpernah lupa sejarah perang salib. kita yg selalu terlupa. minta maaf kenyataan sy ini agak keras dan mungkin terdapat sedikit unsur negetif.

11:27 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

terima kasih atas respon sdr.

saya katakan semuanya kita perlu anggap teman dan sahabat. ringkas dan mudah jawapan saya.

jika sdr cenderung menganggap yahudi dan nasara itu adalah musuh islam selamanya..terpulang.

Rasulullah s.a.w. tidak memilih sasaran dakwah sebalik baginda gemar memilih kata 'ummatku' :)=

tak tahulah pula jika sdr berasa diri sdr terlalu istimewa untuk menganggap ummat itu dalam tafsir literal sdr sbg kelompok Islam.

sy memilih sikap berbeza

3:51 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

sy hormat pandangan sdr.Pandangan sy boleh saja di tolak atau diterima.pandangan setiap org boleh shj diterima dan di tolak kecuali nabi SAW yg maksum(prinsip ke-6,20 rukun faham hassan al-bana)


sy tidak menganggap yahudi dan nasara itu semuanya musuh. tetapi apabila kita melihat dlm konteks skrg israel di palestin dan tentera US di iraq dan afghan, mereka ini membunuh org2 islam. lihat keharusan utk bersikap KERAS terhadap kaum kuffar dlm surah taubah.

Islam TIDAK MEMERANGI golongan KUFFAR melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan.

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)


Sabda Nabi s.a.w Maksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad.

note:jihad di atas bermaksud PERANG bkn jihad ekonomi atau lain2nya.

jihad ni pun byk syaratnya:
baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.(Riwayat Ahmad)


setuju nabi tidak memilih sasaran dakwahnya tetapi kita kena lihat keseluruhan konteks dakwah nabi.pernah terjadi semasa rundingan uthman bin affan di tawan oleh kafir musyrikin dan pada masa itu Rasul mengistiharkan perang terhadap kaum muyrik sbg tindakan balas.

demikian juga dewasa ini nabi amat teruk di hina oleh puak2 ini..

sabda nabi:
"Demi DiriKu ditanganNya, Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintaiKu lebih dari Bapa, Anaknya dan keseluruhan manusia." au-qamaqal(mintak maaf sy xdpt cari/terlupa perawi utk hadis ini)

adakah kita boleh menanganggap mereka ini KAWAN??

tetang kaum yahudi dan nasara ini rasul menyatakan dlm hadis marhumnya:
terdapat satu golongan yg mereka ini tidak redha kpd kamu(islam)sehingga kamu mengikut mereka walaupon sehingga ke lubang biawak. sahabat bertanya: adakah mereka gol yahudi dan nasara, nabi menjawap:siapa lagi.

namun di sini ingin sy jelaskan bukan pendekatan kita terhadap kaum kuffar ini secara membuta tuli. perlu ada strategi dan pendekatan yg BIJAK.namun terus terang sy mmg xsuka dan menyatakan KETIDAKSUKAAN sy terhadap puak2 kuffar ini(kerajaan yg memerangi umat islam).

sy tidak istimewa. tetapi mmg ada beza antara org islam dgn bukan islam. sy menghormati yahudi dan nasara kerana mrk ini adalah ahlul kitab. wanita ngn sembelihan (kosyer)diorg pun kita bley kawin ngn makan.

p/s: sy dgn rendah diri menarik balik setiap perkataan di atas jika terdapat phrase yg bertentangan dgn Al-Quran n Sunnah.

10:44 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

saya kira kenyataan sdr sudah jelas. moga sdr sendiri tidak terkeliru. cuma saya harap kita sedar barat yang mana kita tentang..justifikasi dan rasional kebijakan sikap yg kita ambil.

Rasulullah s.a.w. dalam membina kubu juga meminta pandangan sahabat dan dijelaskan bahawa 'kamu lebih tahu urusan dunia kamu'.

siapa yang sdr fikir punya autoriti utk menafsir 'dunia' dari kata-kata Baginda?

5:14 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

terima kasih atas respon saudara. dan apa yg sy harap ini bukanlah satu debat(pertelingkahan)ianya mungkin lebih tepat dikatakan perbincangan antara sdr (abg) dgn sy (adik) krn selalunya debat antara org awam akan mengundang kebencian sesama sendiri(umat islam). ini dgn jelas apa yg dinasihatkan oleh Hujjatul Islam imam Ghazali RH dlm kitab Tafaqu'fiddin supaya kita mengurangkan perdebatan.

"saya kira kenyataan sdr sudah jelas. moga sdr sendiri tidak terkeliru. cuma saya harap kita sedar barat yang mana kita tentang..justifikasi dan rasional kebijakan sikap yg kita ambil."
pandangan sy sudah jelas. saudara pula bagaimana? siapa "barat" yg sdr tentang?atau semuanya sdr anggap sbg sahabat?

"siapa yang sdr fikir punya autoriti utk menafsir 'dunia' dari kata-kata Baginda?"

sdr tujukan soalan itu kpd sy atau sekadar pertanyaan utk meninggalkan persoalan kpd umum. kalo saudara tanya sy, terus terang sy tak tahu jawapannya.

8:01 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

Wah, makin hangat blog Tumpang Muda nie :-)

8:05 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Saya menganggap semua dari Barat itu sbg sahabat - kerana mereka tetap jadi sbhgn sasaran dakwah.

Kita perlu jelas benci itu pada sikap bukan pada tubuh. Saya percaya sdr yang menekuni kitab pasti pernah tahu Baginda s.a.w. pernah berdiri menghormati jenazah seorang kafir - atas alasan dia juga manusia!

Sudah tentu jelas dalam persoalan mempertahankan hak yang diceroboh itu satu tuntutan jihad. Cuma saya suka katakan kepada sdr..dalam doktrin yang dipercayai Barat juga ia saling tak tumpah. Tidak ada di mana-mana belahan dunia orang percaya kepada kezaliman!

Soalnya..percaya dan tindakan praktis - konteksnya berbeza!

Debat atau apa juga katanya - terpulang kpd sdr.

3:27 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

"Sudah tentu jelas dalam persoalan mempertahankan hak yang diceroboh itu satu tuntutan jihad. Cuma saya suka katakan kepada sdr..dalam doktrin yang dipercayai Barat juga ia saling tak tumpah. Tidak ada di mana-mana belahan dunia orang percaya kepada kezaliman!"

tetapi itu doktrin barat,xsilap sy doktrin bush(US presiden)2002 iaitu melakukan serangan awal tanpa amaran (pre-emptive strike) ke atas mana-mana negara yang dia rasa menjadi ancaman walau tanpa bukti yang kukuh spt terjadi di iraq.Doktrinnya yang kedua ialah mengekspot demokrasi mengikut cara Amerika di negara yg dilanggarnya.(betulkan jika sy salah).

pope(vartican) sendiri menentang kezaliman spt ini.

pertanyataan/pendapat anda benar.

11:38 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

sudah saya nyatakan bahawa anda sudah jelas. maka kenapa perlu dimusuhi Barat?

sebab itu saya pernah nyatakan bahawa usaha kerajaan mengadakan dialog 'siapa mewakili suara Islam dan siapa mewakili suara Barat' adalah dialog penting. Sayang sekali dialog ini tidak diwar-warkan sebagaimana layaknya.

masyarakat kita pada hari ini masih lagi tidak dapat menjawab persoalan ini hatta saya sekalipun!

Bush..jika sdr menganggap dia mewakili suara Barat saya kira sdr silap. Mungkin Bush adalah contoh terbaik jika saya katakan politik itu penting kerana pada satu tingkat akhirnya politik itu juga jadi sebab penentu ruang demokrasi itu sendiri!

5:43 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

jika kita blk kepada sejarah dr 40-an hingga skg actually semua Presiden US membawa/berpegang kpd doktrin yg sama. sy tak mengatakan bahawa bush mewakili suara barat. tetapi sdr kena sedar bahawa bush yg memimpin barat.bukan barat yg kita tentang tetapi hanya sesetangah "barat" jek yg kita tentang.

sy kira pendapat masing2 sudah jelas.

ttg politik plak sy zero,xtau ape2,hehe...xsangka jemaah tabligh mempunyai ahli yg terror bab politik ek??hehe...jgn salah sangka sy gak turut serta majlis2 yg dianjurkan JT ini,malah sesi bayan pun sy pernah ikuti di markas mengelembu. cuba utk "keluar" tu blom mampu rasanya...


salam perkenalan(citer panjang lebar,baru masuk bab perkenalan,huhu)

7:38 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya, hampir semua presiden US punya sikap yg berdolak dalik. namun tak semudah itu kita generalisasikan semuanya. sebab itu saya harap sdr jelas 'bukan semua barat' yang sdr mahu maksudkan itu yang mana?

politik atau apa saja kita mahu namakan terpulang. jangan kotakkan penglibatan dalam jemaah tabligh sebagai satu lagi generalisasi.

bagi saya keperihatinan memahami masalah ummat yang kompleks itu penting.

10:31 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

barat yg sy maksudkan??
jawapan sy

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. surah al-Baqarah ayat 190

bukan barat sahaja tetapi siapa shj yg memerangi umat islam(atas dasar kezaliman)sama ada dia india,cina,korea,jepun atau melayu sekalipon. tetapi ingat jgn sampai kita melampaui batas.

lihat juga Surah al-Mumtahanah ayat 8-9.


“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bagunan, kuat menguatkan antara satu sama lain.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

seorg umat islam tercalar luka akibat kezaliman yg dilakukan oleh manusia yg zalim. seluruh umat islam terasa kepedihannya.

jemaah tabligh(JT)adalah salah satu antara jemaah yg bersedia dr segi fizikal dan mental. sy xberniat pon utk memperkotakkan penglibatan dlm JT ini. sy bukanlah seorg yg ditakuk pemikiran jemaah centric. samada seseorg itu JT,UMNO,PAS,keadilan, ABIM tidak penting selagi dia berpegang kpd kalimah tauhid.

perbincangan ni cam berpusing2 jek.so sy rasa pendapat sy dan pendapat saudara,sy kira sudah jelas.

setuju pendapat anda.

p/s: sdr bagus la dlm bidang penulisan ni,idea dan word2 yg sdr guna pon mmg bombastic,apsal xsalu update blog ni.mungkin sdr bley bercerita ttg pengalaman/ilmu/idea yg sdr dpt dlm menghadari seminar/perbincangan/mesyuarat/
diskusi yg sdr hadir. sekadar cadangan saje.

1:14 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr..sy mmg bcadang utk update. cuma sy tak punya byk masa utk ke sini.

sy tidak suka menulis dan berhenti sblm puas. ini akan menganggu nada fikiran saya.

terus-terang sbnarnya ada beberapa tulisan telah saya draf..sangkut di tengah jalan. untuk menulis semula sy perlukan mood yang sama.

saya hanya mahu memfokuskan kpd beberapa tema yg saya tentukan. cuma saya cuba membanyakkan rujukan supaya perspektif yang ada bercapah dan boleh dibincangkan.

1:20 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

yelah amin, updatelah cepat sket, lembablah macam blog selak/enaksembang juga! :-)

9:34 AM  

Post a Comment

<< Home