Tuesday, February 28, 2006

(Harga) Minyak Naik!

"It's dangerous to be right when the government is wrong" - Voltaire (1694-1778)

Harga minyak naik lagi! Secara mengejut aku dapat berita ini jam 12 tengah malam tadi. Waktu ini aku teringat kata seorang teman di UBU dulu - Din Petai - "Soal (negara Islam) ni tak akan dianggap penting oleh rakyat lebih daripada kenaikan harga minyak!". Dan hari ini aku mahu katakan ya, meskipun saat Din mengungkap kata-kata itu aku hanya diam.

kenaikan tersebut khabarnya adalah bertujuan untuk menangani kesan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia serta membendung pertambahan subsidi yang perlu ditanggung. kerajaan dalam kenyataan tambahan memberi jaminan harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Hmm..dalam tempoh tak sampai 365 hari, 2 kali harga minyak naik dengan kadar yang bagi aku sangat tinggi. Sebagai pembawa kenderaan, memang aku sangat rasakan kesan kenaikan harga minyak ini.

Berikut adalah jadual kenaikan harga minyak di Malaysia sejak dulu..
sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
Hari ini: 28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

Dan ini satu lagi bukti bagi ramai pihak bahawa Pak Lah masih gagal menunjukkan kekuatan dari perspektif ekonomi. Aku (meskipun percaya Pak Lah memerlukan ruang untuk menterjemahkan negara hasratnya) memang tak berapa nampak gambaran kekuatan ekonomi pada Pak Lah. Rombakan kabinet yang terbaru, yang dapat aku kesan ialah cubaan menguatkan ekonomi negara dengan meletakkan mereka-mereka yang 'diharapkan' dapat membantu beliau dari aspek ini.

Dari aspek ini, mereka yang berharap akan kejatuhan Pak Lah mungkin sedang bertepuk tangan..tapi kita rakyat, seperti yang telah aku kutip dalam artikel Parlimen..bahawa kerajaan adalah terlalu besar dan penting untuk ditinggalkan kepada ahli politik.

Kerana..negara itu adalah kita! Rakyat! dan bukan perkataan Malaysia. Malaysia hanya nama lain bagi kita!

3 Comments:

Blogger irman_rahs said...

bersabarlah dengan dugaan kenaikan minyak bagi yg berkenderaan...dan tempias nya akan kena dengan kita juga yang menumpang kenderaan member...hahahahah

8:05 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

uiks..
tu la pasal!

12:38 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

pak lah cakap kena naik harga minyak sebab nak guna utk jana ekonomi negara, tapi jumlah rm 4.4 billion cukup ke? patutnya kena naik 200%, barulah terasa kenaikannya :-(

11:05 PM  

Post a Comment

<< Home