Islam (Dimensi) Intelektual
"I won't take my religion from any man who never works except with his mouth" - Carl Sandburg (1878-1967)
Suka atau tidak, orientalis telah berjaya menanam satu penyataan yang tidak perlu dibuktikan mereka - bahawa aktiviti intelektual umat Islam telah mati! Aku katakan bahawa mereka tidak perlu bersusah untuk membuktikan kerana umat Islam itu sendiri, meski sedar, tetapi sering tercari-cari di mana mahu bermula. Maka bergema pelbagai tema - Negara Islam, Islam Hadhari, Masyarakat Madani, Islam Liberal dan pelbagai lagi istilah yang 'sarat berbau gagasan'. Cuma yang nyata bagi aku adalah satu - bahawa umat ini memang percaya bahawa Islam itu sebuah ajaran sempurna dan mampu jadi petunjuk untuk keluar daripada kegelapan yang ada.
Sebab itu aku tidak kisah bergelut dalam dunia politik yang pelbagai. Sehingga pada satu tingkat aku dianggap 'bahaya'..kerana tidak jelas pendirian politiknya.
Aku cenderung percaya bahawa ilmu adalah jalan keluar untuk umat ini selamat. Kerana Islam itu tertegak dengan hujah..hujah dalam konteks idea dan hujah non verbal (praktis). Sebab itu ilmu ini perlu betul-betul difahami maknanya. Pernah aku bertanya kepada sebilangan pensyarah daripada yang bertaraf Profesor penuh hingga kepada Encik (pensyarah tanpa gelaran) "Apa yang membezakan ilmu, maklumat dan fakta?". Jawabnya nyata dalam keadaan yang sangat tidak bersedia, tidak konsisten dan lebih malang lagi ada yang mengamuk padaku!
Aku bukan mahu menguji, tapi ada desakan ingin tahu yang sangat dalam kerana sering kita bicara manis "ilmu itu penting, ilmu suluh hidup dan banyak lagi..", soalnya apa itu ilmu? Yang aku pernah tahu dan aku terima hingga kini ialah pandangan Prof Syed Naquib Al-Attas bahawa "ilmu itu bermaksud ketibaan makna dalam diri individu".
Cukup dulu sehingga itu..balik kepada bicara asal..tulisan ini sebetulnya cuba meneroka dimensi intelektual dalam Islam.
Sekurang-kurangnya ada 3 dalih yang sering digunakan orientalis untuk meyakinkan atau dengan kata lain menunjukkan kepada kita bahawa dimensi intelektual umat Islam telah mati dan umat Islam akan terus terkebelakang (dalam bahasa lain menunggu Imam Mahdi sahaja untuk menyelamatkan - itu pun jika benar-benar dapat bertahan!). Dalih-dalih ini pada hemat aku saling bersangkutan.
Dalih 1 - tertutupnya pintu ijtihad , Dalih 2 - serangan Imam Al-Ghazali kepada falsafah dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifat (Kesesatan Ahli Falsafah) dan meninggalnya simbol rasionalisme umat Islam, seperti yang didakwa Ernest Renan - Ibnu Rusyd.
Aku bercita-cita jika tidak ada orang lain, maka aku perlu membongkar hegemoni intelektual yang cuba menutup pengaruh Islam (wahyu) dalam kehidupan umat. Moga kekuatan itu dianugerahkan kepadaku kerana sedar jurang intelektual dalam diri sangat jauh..sayup dari cita-citaku. Dan aku sedar, kata-kata Carl Sandburg seperti yang dipetik di atas sangat perlu diberi perhatian.
Tidak cukup mendakwa negara Islam jika rasuah dan kebejatan bermaharajalela. Mana mungkin kita mendakwa Serambi Mekah model pentadbiran Islam kerana tempangnya nampak nyata. Kita - kau dan aku - harus ke depan dalam soal ini.
Mahukah, dan lebih penting bersediakan kita untuk ini?
3 Comments:
Amin,
aku berkira2 bahawa, setelah Al-Ghazzali menyerang para failasuf yang sezamannya, sebenarnya masih ramai lagi failsuf yang tampil selepasnya. Ini termasuklah Suhrawadi yang dibunuh oleh kumpulan Salehudin Al-Ayyubi, juga Mulla Shadra yang diminati oleh Pak Khalid itu, dll. Itu antara nama2 yang terkenal dalam belahan dunia shi'ite. Tapi, dalam belahan dunia sunni, kita kena akui, bahawa memang wujud sedikit kekurangan apabila dilakukan kajian rasional, maksudnya perbandingan antara dua aliran ini. saya yakin, pandangan ini turut diakui oleh ramai intelektual muslim dari belahan dunia kita sekalipun.
keduanya, saya juga cuba untuk berfikir lebih jujur dan mencermati maksud tulen Al-Ghazzali yang sebenarnya. saya berandai, secara adilnya, Al-Ghazzali tidaklah menolak falsafah 100% seperti yang dinukilkan pertama kali oleh Ignaz Goldziher itu, tetapi tindakan Al-Ghazzali ini barangkali bertujuan untuk membendung satu arus falsafah yang melampaui batas kelaziman pada waktu itu.
apapun, hingga takat ini, saya tidak berani nak mempersalahkan sesiapa, Al-Ghazzali mahupun Ibn Rusyd, melainkan saya sangat2 berminat untuk belajar dengan semua aliran.
itu saja, sekadar coret-moret saja, hehehe :_)
oh ya, terima kaseh byk2 kerana buat capaian pada blog aku kat sini. promosi free, hehehe :-)
Terima kasih Aqil kerana sudi kunjung ke sini. Harapnya satu permulaan dari aku yang dapat diteruskan.
Aku mungkin tak punya kesempatan yang byk utk merujuk kepada segala sumber, maka ruang bicara itu biar terbuka. Sekadar berminat menelah jalan keluar dari kepincangan umat ini.
Aku juga punya kecenderungan pendapat yg sama - bahawa Al-Ghazali cuba control damage sebab umat tak semuanya mampu faham falsafah..seperti faham agama..
Bagi aku baik al-Ghazali atau Ibnu Rusyd..bukan tugas kita nak kata siapa haq siapa batil..tapi kita perlu mendalami bukan saja hujah mereka tapi konteks zaman. Dari hal di atas..kita menjurus kepada konteks zaman.
Aqil, ada atau tidak jawab balas Ibnu Rusyd pada teks Al-Ghazali atau jawab balas daripada mana-mana tokoh?
Post a Comment
<< Home