Saturday, February 25, 2006

Islam (Dimensi) Intelektual 3

"Believe those who are seeking the truth. Doubt those who find it" - Andre Gide (1869-1951)

Perhubungan umat Islam dengan falsafah dikatakan melalui usaha menterjemahkan karya falsafah Yunani oleh sebilangan pemikir Islam. Dikatakan bahawa tokoh yang memainkan peranan ini ialah Abu Ya'qub Al-Kindi. Namun yang lebih dikenali dan disegani adalah Ibn Rusyd.

Perhatian utama (seperti yang selalu aku hujahkan kepada teman-teman) ialah mencari kebenaran. Hujah ideal ini aku pegang berdasarkan hadis "Ilmu itu adalah hak seorang muslim, di mana sahaja kamu temui kamulah yang paling berhak memilikinya" (Dalam risalah Jumaat Pusat Islam UPM satu ketika dulu pernah memetik daripada Saidina Ali k.w. a.s. dengan ayat yang sama dan ditambah walaupun daripada seorang kafir atau munafik sekalipun).

Atas maksud di atas Al-Kindi bergerak dan menemukan sejumlah sintesis daripada falsafah Yunani dan ajaran wahyu.
_____________________________

Nampaknya perjalanan sejarah panjang konflik Islam (wahyu) dan falsafah (atau konflik kita yang tak faham dengan yang faham (?) atau faham sikit sikit) ini akan mengheret kita ke perjalanan sejarah yang panjang! Wah..

Kita anak muda, rata-rata mungkin tidak bersedia..malah aku dapat rasakan selepas menulis hal ini bahawa ada missing link yang nyata dalam diri aku untuk memahami perjalanan sejarah (dengan maksud bahawa ilmu itu juga perlu difaham dari sudut konteks zaman).

Anehnya! (seperti yang pernah aku tertanya bila Kelab Al-Biruni ditubuhkan di UPM). Apakah mereka yang beria-ia menubuhkan badan-badan seperti ini benar-benar mahu memahami atau sekadar berlindung di sebalik nama (dengan harapan bahawa 'aku telah melaksanakan Islam') untuk menjustifikasikan tindakan politik (yang sebenarnya ditentang oleh tokoh tersebut!). Ia sama seperti nasib Ernesto Che Guevara! (bila namanya dikomersilkan walhal dia adalah penentang no 1 kapitalisme moden dalam erti kata menindas rakyat!)

Ilmu kita untuk apa sebenarnya?

5 Comments:

Blogger Zinnia Rum said...

Anehnya! (seperti yang pernah aku tertanya bila Kelab Al-Biruni ditubuhkan di UPM). Apakah mereka yang beria-ia menubuhkan badan-badan seperti ini benar-benar mahu memahami atau sekadar berlindung di sebalik nama (dengan harapan bahawa 'aku telah melaksanakan Islam') untuk menjustifikasikan tindakan politik (yang sebenarnya ditentang oleh tokoh tersebut!). Ia sama seperti nasib Ernesto Che Guevara! (bila namanya dikomersilkan walhal dia adalah penentang no 1 kapitalisme moden dalam erti kata menindas rakyat!)

aku tak tahu nak cakap ape..tapi.. aku macam rasa nak berkata sesuatu.. mungkin sekali ilmu aku belum cukup lagi.. jadi lebih baik aku senyap..

tapikan, baik mpp ke atau apa2 aje kelab yang ade kat upm tu kan.. aku tak rasa yang diorg tu betul2 buat secara jujur....kalau diorg buat secara jujur...aku pasti orang yang katak bawah tempurung ni akan sedar tentang perubahan diorang bawak...tak gitu amin?

5:14 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Wah..cepat betul kau jengok blog aku ye.

Hmm..ni dinamakan konflik struktur. Sama macam birokrasi..asalnya nak men'jelas'kan..atau bagi nampak tak kalut..tapi akhirnya?

Sebab sistem tu tak bergerak sendiri..tapi digerakkan manusia..
Bagi la nama apa pun..negara Islam ke Hadhari ke Madani ke..

Sebab tu martabat insan perlu diangkat dan ilmu itu perlu dihormati.

Soal mpp dan kelab2 lain tu aku tak rasa semua dibuat dengan tidak jujur..cuma kejujuran yang mungkin ada itu hanyut kerana suasana (ni bahaya satu sisi demokrasi - bila majoriti bersuara tapi majoriti tu bengap..hehe..ayat kasar sikit aa)

5:25 PM  
Blogger Zinnia Rum said...

majoriti memang bengap dan minoriti yang sering kali mempunyai idea radikal akan dianggap murtad,sesat, heretic oleh golongan majoriti yang bebal.

aku golongan yang tengah-tengah.

1:44 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

macam play safe jer bunyi? aku bersikap..bukan pada minoriti dan bukan pada majoriti.

kebenaran mesti dicari..dan aku bersikap atas upaya ilmu yang aku ada..sehinggalah ada yang sudi membetuli..atau menemukan kebenaran lain :)=

1:45 AM  
Blogger Zinnia Rum said...

yupp...kebenaran memang sentiasa harus dicari...begitu juga dengan ilmu. seperti tadi... aku baca al-islam, baru lah aku tau saint valentino tu ahli kitab... sebab masa dia kena bunuh dulu tu agama islam belum diturunkan lagi....dan aku tak pasti sama ada fakta dalam al-islam tu betul atau tidak.

ko sambut valentine?

2:36 AM  

Post a Comment

<< Home