AUKU
Dua hari lepas aku telah ditemuramah oleh seorang rakan berketurunan Cina yang kini bekerja di The Star. Temuramahnya tentang pindaan AUKU (singkatan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti) untuk membolehkan mahasiswa terlibat dalam pergerakan belia.
Menariknya cadangan ini datang dari Presiden MBM (Majlis Belia Malaysia) iaitu Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo!
Aku jawab kepada teman itu bahawa AUKU dari sudut semangatnya jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan jika mengambil takrif kebebasan dan keadilannya.
Soalan ini pernah aku tanya pada Dato' Zaid Ibrahim dalam satu forum. Dan beliau mengakui tentang itu sambil pada yang sama menerangkan exception yang memang ada pada AUKU.
Pada aku untuk meminda AUKU tidak boleh hanya merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu melainkan perlu dirujuk keseluruhannya.
Aku sangat tak bersetuju bila Dato' Seri Dr. Khir Toyo mengatakan mahasiswa dilarang menyertai pertubuhan belia sebelum ini kerana banyak pengaruh politik. Dalam erti kata yang lain adakah beliau berpendirian bahawa mahasiswa tidak boleh berpolitik?
Sebab itu aku katakan soal AUKU ini perlu dilihat secara keseluruhannya. MPP tahun ini pernah membuat kenyataan mengatakan AUKU tidak perlu dipinda dan jika perlu dipinda ialah dengan cara mengetatkannya lagi. Sangat malang mahasiswa Malaysia!
Tentang AUKU, aku kira ini hanya permulaan. Aku akan menulis tentangnya kerana aku mahu memberi perspektif lebih jelas dengan tulisan yang lebih padat pada masa akan datang. Sebahagian besar garis dasar pandangan aku pernah aku suarakan di UmmahOnline pada satu ketika dulu melalui forum maya (sayang forum terbengkalai di pertengahan jalan).
Pokok pangkalnya, AUKU tetap punya pro dan kontra. Dan kita jangan cepat melatah tentang ini. Dato' Mustapha Mohamed, Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi cukup sedar tentang tuntutan ini, namun belum ada tanda yang jelas bahawa beliau punya kemungkinan untuk memindanya.
Telah banyak Menteri, sejak (Tun) Dr. Mahathir, Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini..terlalu banyak harapan diberikan kepada mahasiswa, dan mahasiswa sebenarnya tidak boleh mengharapkan siapa lagi melainkan terus berjuang dengan cara yang paling baik agar AUKU digubal dan lebih penting diimplementasikan dengan cara yang lebih baik.
Nampaknya kesimpulan awal telah aku beri. Sudah tentu aku punya rasional untuk itu. Nantikan!
3 Comments:
salaam,
ya dah terbengkalai Min, sayang!
malah, aku dah cadang nak buat forum macam tu lagi, dengan ajak aktivis mahasiswa (latar pengajian agama) dari ragam ceruk; yaman, mesir, jordan, qum dan lokal, tapi tidak ramai yang sanggup. tak ada respons!
kini tengah tunggu jawapan mozahiri utk wawancara via emel dengannya. kalau dia hantar nanti, boleh tengok bacaan minda dia pula.
Aqil
p/s 1: min, forumnet ko aku dah muatkan kembali dalam ummahonline. tengokle...
p/s 2: abis belajar ke semester nie? apa rancangan ko?
min,
maaf, nak celah ttg falsafah islam yg ko minat sket,
aku ada baca tentang henry corbin, dia cakap falsafah Islam hanya bermula setelah kematian Ibn Rusyd, dan mencapai kemuncak di waktu Mulla Shadra. cam na?
Terima kasih Aqil,
Ana percaya falsafah Islam sebenarnya telah bermula di zaman Rasulullah s.a.w.. Cuma pada zaman itu kemajuan material tidak seperti sekarang yang lebih kompleks. Namun isu pokok tentang insan tetap sama.
Ya, mungkin dari sudut pengluasan kita boleh katakan lahir pada zaman yang kemudian. Ana masih di peringkat pembacaan. Jika boleh ana telah - Mulla Sadra pada tingkat tertentu telah meneropong lebih dekat dengan konteks zamannya dan Ibn Rusyd mungkin boleh kita katakan pioneer kepada kelompok pemikir Islam yang menentang dominasi ilmu para fuqaha.
Hehe..ana ni dah tak adil pula buat assumption macam tu.
Post a Comment
<< Home