Tuesday, March 14, 2006

Islam dan Barat (Selingan)

"The empires of the future are the empires of the mind" - Sir Winston Churchill (1874-1965), speech at Harvard University, September 6, 1943

Ada yang menarik dipaparkan di Malaysia-Today pada hari ini. Masih dalam ruang lingkup kecenderungan aku di sini. Dan seperti aku nyatakan dalam beberapa artikel sebelum ini, tokoh yang konsisten tentang isu ini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau dalam banyak kenyataannya telah menjawab pelbagai persoalan Prof Jorgen Nielsen sebagaimana yang tertera dalam petikan berita di Malaysia-Today.

Dan apa yang Prof Jorgen Nielsen ini telah katakan menuntut pemikiran yang mendalam dari kita tentang simpang-simpang Islam dan Barat ini. Tahniah kepada UIAM atas inisiatif tersebut, moga dicontohi oleh IPTA dan IPTS yang lain.

(Hari ini aku sedar bahawa banyaknya 'tuduhan' bahawa aku fanatik Dato' Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana pada banyak tingkat fikiran aku bersetuju dengannya dan pada tingkat tertentu sama (cewah, bukanlah kata aku setara dengan dia!). Dan aku jadi tersenyum lagi kerana di situ jelas orang kita tebal feudalismenya (kerana cenderung bicara soal siapa) dan bicara soal maju orang kita bicara yang aku tak pasti di mana (idea, gagasan, tapak dan prosesnya), apa? Hidup mesti terus!)

1 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

Min, jika kita mendukung seseorang, itu tidak kukuh. Yang selamat, ialah bila kita memetik idea-idea seseorang itu, sebelum fikiran kita terbentuk.

bila dah terbentuk, barangkali kita boleh katakan era Anwar itu sudah berakhir. sama juga dengan Ustadh Hadi dkk ...

mereka ini, untuk jadi "orang tua" bolehlah ...

11:25 PM  

Post a Comment

<< Home