Monday, April 10, 2006

Islam dan Barat 4 : Warisan Intelektual Peradaban Islam

"(Sebahagian kegagalan itu) kerana tidak ada kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," kata Profesor Dr Murat Cizakca kepada wartawan selepas menyampaikan ceramahnya 'The Correlation between Democracy and Economic Development' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Cendekiawan gagal memainkan peranan menjelaskan inti pati utama agama sehingga masyarakat lebih cenderung melihat Islam sebagai amalan ibadat dan kurang menghargai tradisi intelektual, jelas pemikir Turki tersebut.

"Mereka (orang Eropah) dulu juga meminjam (idea dan institusi) daripada tamadun Islam, misalnya (institusi) waqaf," jelasnya lagi.
___________________________

Warisan intelektual peradaban Islam adalah tiang ketiga seperti yang aku telah nyatakan sebelum ini - penyumbang kewujudan peradaban Barat yang tidak disengajakan itu.

Bagaimanapun, sebelum pergi lebih jauh, elok kita merenung pendapat sebahagian pemikir yang menganggap Islam hanyalah saduran fikiran Yunani-Romawi (yang sudah tentu diwakili oleh Aristotles dan Plato) cuma ditambah dengan kepercayaan kepada Tuhan! Begitu berpengaruhnya Yunani-Romawi!

Ziya Gokalp misalnya menganggap bangsa Arab Muslim menyerap pengetahuan seni, falsafah, logik, matematik, kedoktoran dan lain-lain melalui terjemahan karya pemikir Yunani kuno. Dikatakan pengaruh ini terpampang pada kerja intelektual dalam dunia Islam. Para pengikut aliran periphetik dikatakan pengikut Aristotles dan aliran illuminasi pula pengikut Plato. Kaum mutakallimun (teolog) dipengaruhi ajaran falsafah atomistik Demokritus dan Epicurus!

Gokalp dalam penulisan yang sama, Turkish Nationalism and Western Civilization, menambah bahawa kelompok Mistik dipengaruhi ajaran Neo-Platonisme yang dikembangkan di Alexandriah dan Plotinus. Dinyatakan juga wujud pengikut Phytagoras dan Zeno di dunia Islam, iaitu Riwakiyyun (harap ada sesiapa yang tahu dapat jelaskan kepada aku apa jenis kelompok ini! Pertama kali aku membaca tentang ini).

Ibnu Arabi..haha..aku yakin Aqil atau Pak Khalid mungkin nak respon..tokoh mistik Andalusia itu dikatakan sangat terpengaruh dengan Plato! Tapi Gokalp juga menyebut bahawa karya Ibnu Arabi, Akhlaq-i-Nasiri, Akhlaq-i-Jalali dan Akhlaq-i-Ala'ihanyalah saduran pemikiran Aristotles!

Hmm..sudah tentu kita boleh mempersoalkan pandangan Gokalp yang dah semacam satu propaganda berlebihan. Aku, yang tak pernah baca buku-buku di atas tu tak boleh la nak respon lebih-lebih. Harapnya ada antara pembaca yang boleh lakukan bahagian itu sambil berkongsi maudhuk bicara buku tu. Yang penting jangan kita pun ikut sama nak buat propaganda di pihak Islam dah la. Ilmu ni tak payah sembunyi. Sembunyi ilmu ni kira korup juga!

Cuma ada satu hal yang suka aku nyatakan. Nampak sangat jelas bagi aku bagaimana kelompok pemikir zaman Yunani-Romawi ni hebat..dirasai. Sebenarnya bila aku menonton The Emperor's Club dekat Institut Integriti Malaysia aku dah dapat rasakan bagaimana hebatnya kelompok pemikir Yunani-Romawi ni.

Pandangan Gokalp, meski kita harus punya hak untuk mempersoalkannya, bagi aku tidak mudah ditolak begitu sahaja. Aku yang sangat dhaif dalam hal-hal membaca teks Arab ni (nihil!) tak boleh la nak buat komentar apa pun..apatah lagi teks klasik Yunani-Romawi ni pun aku tak pernah habiskan! Sekarang aku betul-betul harap dapat terus hadir diskusi kelompok seminggu sekali tu..dah lama tak berusrah yang tinggi macam tu!

Berbalik kepada cerita kita, mungkin soal yang boleh kita ajukan ialah bagaimana rupa bentuk penerimaan Islam pada waktu itu? Adakah penerimaan ini melalui satu proses pertembungan intelektual yang panjang dan setanding?

Bagi aku bukanlah sesuatu yang asing pemikir Islam menerima pengaruh luar. Ini kerana Islam adalah agama inklusif, bersikap terbuka dan toleran terhadap apa juga pengaruh selagi ia tidak bercanggah dengan tauhid selain memperkaya tradisi keilmuan Islam. Dengan cara ini juga pada aku Islam keluar daripada sikap rendah diri bila berhadapan atau berinteraksi dengan mana-mana bahagian dunia. Watak Islam yang begini untuk aku adalah punca utama kenapa 'perluasan wilayah' atau kata lainnya penaklukan Islam itu tidak diiring bersama proses penghancuran peradaban setempat sebagaimana yang sering berlaku! Islam membiarkan malah memperkaya peradaban yang sedia ada di tempat yang ditakluk. Bernard Lewis dalam The Arabs in History memperakui watak Islam yang berhasil menemukan Eropah dengan jayanya.

Ok, aku rasa cukup panjang dah. Nanti Aqil kata jemu pula..haha. Nampaknya kita baru bermula..lepas ni aku akan cuba perincikan apakah warisan intelektual peradaban Islam yang ada pada Barat. Cuma aku pasti sebahagian kalian sudah tahu sebahagian besar apa yang nak aku tulis..untuk aku, pengetahuan korang itu boleh merancakkan apa yang boleh disifatkan kekeliruan, kesilapan malah memperkaya fakta dan maklumat di sini. Sedia?

3 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

wah, dua kali nama aku disentuh dalam tulisan ini. fuh, tak sangka, glemer betul :-)

amin, sila link-kan blog ko dalam ummahonline.com. aku dah taruk menu web links kat ummahonline.com. silakan... jika sudi...

Aqil

5:25 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

camne nak buat tu aqil?

aqil, ana rasa kurang manis la bila nta bahasakan 'aku' dalam komen di blog pak khalid :)=

7:37 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam,

ala amin, pak khalid pun boleh buat, takkan orang muda macam enta tak boleh :-> ish...

***

yerlah amin, lepas sent baru perasan ana copy paste aje ayat tu dari blog enta, cuma tukar nama. tapi nasib baiklah, pak khalid orang melaka :-) harap2 dia tak perasan, atau dia maafkan :-)

pengajaran untuk ana, sebelum sent, pikir baik2 dulu, nak edit dah tak boleh dah...

Aqil

8:45 PM  

Post a Comment

<< Home