Wednesday, March 29, 2006

Dialog

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk - Al-Quran, An-Nahlu ayat 125

Aku ingin berterima kasih kepada seorang sahabat, Aqil Fithri yang mengendalikan laman web UmmahOnline kerana menyiarkan semula wawancara yang terbengkalai sebelum ini. Dengan sedikit promosi yang beliau lakukan, aku menerima beberapa tetamu di blog ini dan email peribadi. Terima kasih. Kesan daripada itu, sebagaimana yang boleh dibaca di ruangan komen, gesaan 'update' perlu aku penuhi. Memang aku punya keinginan tersebut cuma tak punya kesempatan yang cukup. Memang banyak isu sejak akhir-akhir ini yang mahu aku katakan sesuatu.. :(=
___________________________________________________

Dialog mungkin kata yang lunak dalam proses revolusi atau reformasi. Kerana dialog itu umumnya difahami sebagai satu tindakan diplomasi, iaitu tanpa kekerasan. Kita di Malaysia sudah lama mengenal kata ini, lebih-lebih lagi kita merdeka dengan rundingan!

Dialog bagi aku cukup penting dan menentukan. Meski pada satu tingkat usaha dialog hanya jadi teks yang dibukukan, diingati atau 'terpagar' dalam ruang dewan seminar dan sebagainya, namun usaha ini perlu diteruskan kerana praktis adalah usaha lain yang perlu kita bersama lakukan. Dialog meski pada tingkat tertentu dipandang sinis oleh sesetengah pihak (kerana cakap saja tidak cukup), sebenarnya lebih daripada apa yang difahami oleh mereka yang konon buat kerja (tapi tak faham apa pun!). Akal pada satu tingkat adalah ciri khas yang membezakan manusia dengan haiwan! Maka, sejak bila dialog itu tidak relevan?

Berhubung dengan penegasan aku (boleh baca dalam komen tulisan sebelum ini), isu Islam dan Barat sudah tentu menuntut kemahuan dialog yang tinggi. Dialog tidak wujud statik tapi datang dengan satu pakej intelektual yang rumit. Tidak semua mampu bersedia untuknya.

Islam sejak perkembangan awalnya tidak wujud sendiri melainkan berinteraksi dengan kepelbagaian kepercayaan. Pernah aku persoalkan warisan intelektual Islam yang bagi aku 'kusut' kerana yang sering kita dengar adalah khabar-khabar indah konteks zaman Rasulullah s.a.w., para Anbia' a.s. yang terdahulu dan juga sirah sahabat. Jarang ada antara kita yang mahu mendepankan realiti konteks zaman tersebut (entahkan ada atau tidak). Realiti konteks zaman tersebut bagi aku penting kerana hanya dengan itu kita berpeluang beroleh kefahaman yang lebih dalam tentang segala keputusan yang diambil oleh tokoh-tokoh Islam yang kita hormati (tanpa benar memahami). Usaha sdr. Khalid Jaafar menulis dengan lebih jelas sejarah konflik politik dalam Islam melalui siri Jasad Umat dan Darah Khulafa' sangat aku hargai.

Gesaan Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 13 untuk manusia yang terbeza meski asal daripada Bani Adam agar saling kenal mengenal. Dan Islam tidak pernah mengenal perbezaan ras bangsa dan warna kulit melainkan ketaqwaan. Dasar ini yang perlu kita pandang dengan jelas.

Pernah seorang sahabat di kampus, seorang aktivis PMIUPM seakan menyindir aku bila aku melontarkan sebahagian ayat daripada surah Al-Hujurat ayat 13 ini. Dia, dengan sedikit tinggi suaranya daripada biasa menegaskan bahawa yang membezakan manusia itu adalah taqwa. Bola tanggung ini aku jawab "Bagaimana kau tentukan taqwa seseorang? Dan bagaimana taqwa ini kau dapat tunjukkan pada masyarakat bukan Islam terutama dalam realiti Malaysia?"

Aku secara peribadi bukan seorang yang anti-Islam. Bahkan aku mahu memperjuangkannya!Mungkin cara berbeza. Islam, pada hemat aku, dari teks yang aku petik sebelum ini jelas memandang manusia dan kemanusiaan secara optimis dan positif. Pada tingkat ini firman Allah s.w.t. "Telah aku muliakan Bani Adam.." jadi peluru hidup untuk kelompok Islam yang percaya akan dialog berbanding tindakan memerangi 'musuh Islam'. Jika ditanya pada FAO, aku percaya FAO akan sinis menganggap kelompok yang tidak gemar akan dialog adalah kelompok malas! Jika tidak setuju aku gemar juga mahu mendengar jawapan..sudah tentu ia akan jadi debat panjang :)=

Aku belum habis. Dalam komen-komen panjang yang tercatat dalam artikel sebelum ini, aku kira sahabat tersebut mesti mengambil kira akar penghujahan aku yang mahu dinyatakan di sini. Islam dari sabda Rasulullah s.a.w. jauh lebih awal telah menyatakan dengan jelas bahawa manusia lahir dalam suci (fitrah). Dengan fitrah inilah manusia mencari, menganalisa dan memahami kebenaran hidup..sehingga pada tingkat mengakui dari hati yang dalam bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Esa. Menyebut hal ini, aku teringat satu perbincangan dengan seorang pensyarah muda di UPM, bila aku sengaja mencungkil keseronokan zaman mudanya di luar negara dan cuba untuk tahu cabaran hidup sebagai seorang Islam di negara orang, dia menjelaskan bahawa wujudnya kekeliruan tentang Islam ialah kerana ada orang bukan Islam dari belahan dunia Arab juga memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah!

Dalam hubungan dengan agama lain, yang menariknya bagi aku ialah Islam dari teks Al-Quran jelas mengakui keistimewaan malah mengesahkan kebenaran agama Yahudi dan Kristian! Nanti dulu, aku tahu soalan pertama yang mungkin muncul ialah "Tapi kitab mereka telah diseleweng!" Justeru, jadi tugas kita, sebagaimana yang diusahakan keras oleh Almarhum Sheikh Ahmad Deedat untuk memperkasa suara Islam dalam dialog yang tinggi dan dalam. Pokoknya, aku melihat uniknya Islam kerana tidak ada satu agama pun di dunia ini yang memberi pengiktirafan sebagaimana Islam mengenakan syarat keimanan agama sendiri dengan mengakui kebenaran agama lain!

Keyakinan kepada misi Profetis (meminjam istilah Dato' Dr. Siddiq Fadzil) sebelum Muhammad s.a.w. adalah sebahagian tuntutan keimanan seorang Muslim kerana tanpanya kita telah menafikan garis penghubung sejak Adam a.s. hingga kepada Rasulullah s.a.w..

Suka atau tidak, sebagaimana yang mahu aku kupaskan dalam siri Islam dan Barat, ketiga agama ini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam sejarah kemanusiaan. Waima apa juga kepercayaan pilihan manusia, aku percaya bahawa semua kepercayaan punya tugas membina dan memajukan urusan umat kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.

Peradaban - Hadhari, Madani, Negara Islam - waima apa juga istilah berbaur politik yang mahu kita persembahkan akan mengheret kita kepada pertentang terhadap feudalisme dan segala kebobrokan jahiliyah. Dialog, sebagaimana pernah aku suarakan kepada SU Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Adham Baba dan TNC HEP UPM, malah siapa juga bahawa ia punya kaitan rapat dengan universiti. Bahasa aku cukup terang dan jelas bahawa hujah itu lawannya hujah, itu universiti. Apabila hujah dipatahkan dengan kuasa, itu jahiliyah!

Tidak ada seorang pun suka digelar Jahiliyah. Tapi pengamal Jahiliyah sering tidak malu dengan amalan mereka.

Kenyataan hari ini telah berubah berbanding masa lampau. Namun, akar kepada soal kemanusiaan tidak pernah berganjak daripada apa yang dicirikan Islam. Datanglah isu apa juga - perang? globalisasi? pengangguran? - pokoknya umat Islam perlu bersedia sepanjang masa untuk mendepani cabaran ini dengan tindakan strategik. Globalisasi tidak datang dengan satu wajah tetapi misi kerasulan yang tidak bersempadan juga jelas menunjukkan teks Islam sedia menanganinya. Soalnya di mana teks dalam konteks?

Kematangan dituntut daripada kita. Bukan sahaja kau, termasuk aku!

18 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

salaam,

ye.. ye.. tumpang muda dah update. tapi tulis blog panjang2 bukan saja org lain malas nak baca, yang tukang tulis pun malas nak baca balek :-) betul tak Pak Khalid ;-)

9:31 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam,

ya Pak Khalid, pendekatan falsafah perennial banyak dikembangkan dalam tulisan Nasr. Namun, seingat saya Rene Guenon adalah dikatakan individu yang pertama mempolopori pendekatan ini. dalam pendekatan ini, antaranya mereka mendakwa bahawa semua agama akhirnya menuju titik temu yang sama, cuma menerusi perspektif yang berbeza. justeru, pendekatan Deedat lebih cenderung ke arah konfrontasi, bukannya dialog yang memang menjadi inti falsafah perennial. benarkah begitu kefahaman saya ini, Pak Khalid ?

9:41 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

lagi satu,

blog Pak Khalid boleh pergi jauh, lebih2 lagi kalau kawan2 lain buat sedikit promosi, serta harus juga blog tersebut tampak lebih kemas dan interaktif. tidak pernah saya jumpa blog yang melakukan pendekatan sebegini :-) satu pendekatan yang ingin sekali saya tiru :-) tapi kena ngaji basa Arab dululah :-)

9:48 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

terima kasih atas komen kalian. moga saya akan menemui lebih banyak perspektif untuk mengemaskan lagi kefahaman saya.

deedat, ya, mungkin pada tingkat tertentu boleh dianggap cenderung kontroversi. tapi inti yang saya mahu maksudkan ialah bagaimana ketekunan beliau pada usaha 'debat' atau dialog.

5:05 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

aqil, maaf sebab tak perasan pun panjang tulisan ni. mungkin sebab ada kesempatan maka menulis terus.

rasanya tulisan ni aku dah baca berkali-kali juga.

kalau kita baca sekali, adakah penghujahan kita akan lebih kemas?

hehe

5:43 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

maaf jua..tak biasa dengan terma philosophia parennis ni..pernah la dulu terdengar pak khalid sebut2.

tak apa..nanti cari masa untuk memahaminya.

5:44 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

membaca komen2 dr saudara2 sekalian jelas anda semua mmg "otai" la tentang falsafah politik dan arus perdana politik terkini.harap boleh beri tunjuk ajar sket. maaf juga jika komen/ayat yg sy gunakan bahasanya tidak tinggi,hehe..apa2 pun bersyukur ke hadratNya kerana umat Islam masih lg dikurniakan dgn manusia2 spt anda yg mempunyai pengetahuan luas. apa2 pun moga umat islam kini tergolong di dlm umat yg dinyatakan oleh Allah.

Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah
(Ali-Imran:110)

byk gak ilmu yg sy dpt dr blog Pak(ustaz) Khalid. mula2 baca secara scanning kisah khulafa kat blog itu ingatkan berdasarkan riwayat dr ibnu ishaq,takut jugak. tetapi bila di baca secara teliti rupanya berdasarkan riwayat al-Tarabi. terima kasih pd Amin coz kenalkan blog Pak(Ustaz)Khalid ini.

utk mengatakan ahmad deedat(1918- 2001) contoh yg plg tidak baik sy rasa amat tidak tepat. mungkin terdapat sedikit kekurangan/kesilapan dlm method beliau,tetapi utk mengatakn contoh plg tidak baik sy rasa kurang tepat.mungkin kerana beliau ini apa yg dikatakan spt "menjolok sarang tebuan". beliau berpegang(method dakwah) dgn ayat surah Ah-Nahl:120 dan diikuti surah Nahl: 123,manakala kebanyakkan org(Da'e) berpegang kpd surah Ah-Nahl: 125 (bersikap toleran)

"Dalam hubungan dengan agama lain, yang menariknya bagi aku ialah Islam dari teks Al-Quran jelas mengakui keistimewaan malah mengesahkan kebenaran agama Yahudi dan Kristian"
setuju kerana ada disebutkan ttg pengiitirafan Al-quran ke atas kitab2 terdahulu.
lihat Surah Al-Maa-idah ayat 48

setuju pendapat sdr amin perlu diadakan dialog,kata org xkenal maka xcinta ye tak? ini juga sesuai dgn firman Allah
"Wahai sekalian manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal - kenalan"
(surah Al-Hujurat:13)

setuju juga pendapat sdr kita mesti berkerja ke arah penyatuan dgn mengadakan/mengusahakan dialog drpd kita duduk bermalas2an.

sy ingin menimbulkan pertanyaan di sini,minta sape2 lah bley jawap.

1. antara siapakah diolog ini diadakan. antara pemimpin barat dan islam? atau perbincangan akedemik oleh ahli akedemik? atau juga dialog antara pemimpin agama? atau juga dialog antara org awam.

2. siapa barat di dlm konteks ini, adakah yahudi atau nasrani. kalo nasrani mungkin boleh. tetapi kalo yahudi (mungkin ada yahudi yg baik,oleh itu kita gelarkan saja zionis bg yahudi yg kejam) mungkin susah. kerana mereka ini(bangsa zionis) mmg degil dan terlampau berbangga dgn keturununnya,maklumlah bangsa mereka plg byk diturunkan rasul dan juga hanya bangsa mereka yg dpt merasa makanan dr langit(manna wa salwa- al-baqarah:57).

3. jadi minta pendapat bagaimana kita ingin mengadakan dialog dgn bangsa ini(dr segi teori mmg nampak mudah ttp untuk secara praktikal mmg susah)

11:43 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

mengenai dialog/conference/rundingan ini apa yg ingin dibincangkan? pandangan sy soal yg pertama sekali ialah masalah Palestin. yg lain2 spt pandangan barat ke atas negara umat islam,demokrasi yg diimpikan, hubungan diplomasi hanyalah persoalan cabang.

mmg bangsa(zionis) ini selalu berputar belit, sejak dr dulu lg xpernah ada kemajuan hubungan dgn bangsa ini. kita dpt lihat berkali2 rundingan dan genjatan senjata diadakan tetapi merekalah yg seringkali memungkirnya. HAMAS(diwaktu itu xterlibat dlm politik) mmg tidak mempercayai segala rundingan dgn zionis tetapi atas dasar hormat Syeikh Ahmad Yasin terhadap Yassir Arafat maka Hamas masih bersikap berlembut.

P/S: amat risau bilamana HAMAS terlibat dlm politik, takut byk perinsipnya akan tergadai krn akibat tekanan politik dan ekonomi oleh Israel n US ke atas rakyat palestine.

soalan sy lg yg mungkin boleh dibincangkan disini. atas dasar apa ingin di adakan dialog terhadap Barat? jikalau diakhir dialog(di samping membawa mesej dakwah) kedua2 pihak (islam n kuffar) setuju utk berdamai dan bersikap adil. maka boleh shj kita mengatakan "utk kamu agama kamu dan utk aku agama aku". tetapi jika gagal bagaimana? perlukah diadakan dialog sehingga se 100 thn lg. kenyataan/kesimpulan awal ini mungkin sedikit negetif krn kerja(dialog) masih belum dilakukan tp sy dah memandai membuat andaian ttp ini lah pendapat sy selagi isu palestine tidak selesai selagi itu dialog/conference/rundingan/perbincangan dilihat gagal. lantas berapa byk kali dialog lg??

mengapa isu palestin sy kata penting kerana di situlah terletaknya segala simpul2 pertentangan dan perbalahan antara islam dan barat. mmg bush(US) sbg "front man" nya tetapi dibelakangnya adalah di atas pengaruh zionis.

sy mmg bersikap bias sket ngn zionis ini atas dasar sejarah2 yg dahulu.kisah pengusiran dan penghianatan bangsa yahudi(bani nadhir,bani quraizhah,bani qainuqa') di zaman Nabi (saw)sbg contoh. ini juga kerana peringatan Allah supaya berhati2 ke atas bangsa ini.

surah Al-Baqarah ayt 109.


"Dialog tidak wujud statik tapi datang dengan satu pakej intelektual yang rumit. Tidak semua mampu bersedia untuknya."- sgt setuju pendapat saudara.

"Bahasa aku cukup terang dan jelas bahawa hujah itu lawannya hujah, itu universiti. Apabila hujah dipatahkan dengan kuasa, itu jahiliyah!"-sgt setuju
konsep yg sgt penting ini disebut sebagai “islam terbina di atas dasar hujjah(evidence-centered) dan bukannya di atas syakhsiah
(figure-centered) ”.

12:35 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

buat pengunjung,

kami (jika boleh dimasukkan saya sekali), adalah antara kelompok biasa dari masyarakat. doktrin kami adalah kebebasan dan keadilan. sebab itu kami sedia duduk dengan siapa sahaja, di mana juga..kerana soal hubungan kemanusiaan tidak sama dengan soal berpendapat. ini yang jarang manusia dapat pisahkan. malah kami tidak cukup berani mendakwa bahawa seluruhnya mampu kami hadapi.

soalan-soalan yang sahabat buka di sini bukan tugas saya seorang untuk menjawab bahkan menjadi tanggungjawab yang tahu untuk memberitahu.

soal palestin bagi saya sudah cukup jelas. cuma kita perlu sedar bahawa membina islam bukan semudah menyingkirkan israel dari bumi palestin. bagasi sejarah yang kita terpaksa tanggung hari ini mesti kita santuni dengan teliti.

dialog - dengan siapa saja, di mana saja, apa saja. ringkas dan padat.

2:24 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

ringkas dan padat tetapi masih tidak menjawap konteks soalan,hehe...

boleh jelaskan tak dgn siapa? di mana? tentang ape?? sdr suka menjawap secara UMUM(mungkin cara sdr),apsal tak spesifikkan...

bukan ape takut dok dialog, lagu tu je la, org penang ckp pi mai pi mai tang tu la..

bahasa org sekarang "ckp2 retorik"

perlu adanya objektif/visi/misi (hadaf) dan fokus..


bagaimana kita ingin mendapat objektif/misi/visi yg tepat
1.doa
2. bukti yg kukuh dr Al-quran n Hadis
3.memahami maksud sebenar Al-Quran n Hadis
4. istikharah
5.Mashalah
6.contoh2 yg ada (samada dr sejarah atau kontemperari)

bukan setakat melaungkan "perlu adanya dialog antara islam dan barat"

takut bila diadakan dialog nanti tersasar dr matlamat

p/s: persolan/soalan di atas di tujukan kpd semua(termasuk sy)

3:35 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

terima kasih.

saya telah tulis dalam tulisan sebelum ini bahawa kita tak akan mampu merencana semuanya!

memang gesaan saya umum. kerana jika saya memaksa dialog pada tertib tertentu, beerti saya cuba mendominasi perbincangan.

soal asas sekarang ialah kita setuju dialog atau tidak?

jika setuju barulah kita tentukan asasnya secara bersama. saya tidak menspesifikasikan dgn siapa, di mana dan tentang apa kerana bagi saya dialog diperingkat permulaan tidak perlu dikotakkan. biar saja seluruh masyarakat perihatin..pada tingkat yang lebih tinggi semua akan lebih berhati2 dalam berpendapat.

jika sdr mahu sy menjawab siapa..telah sy persoalkan lebih awal siapa punya autoriti menafsir teks kepada konteks?

4:45 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr,

jika sdr mahu menyelesaikan semua persoalan sekelip mata, dunia ini telah lama dilimpahi keadilan dan rahmat.

pi mai pi mai tang tu..saya nak tanya sdr yang pi mai pi mai tang tu ni aktivis islam atau bukan islam?

4:47 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

yg pi mai pi mai tang tu bkn aktivis islam atau bkn islam. yg pi mai2 tang tu tu ialah darah umat islam yg sentiasa mengalir...

boleh shj diadakan dialog tetapi dlm masa yg sama jgn kamu(kuffar)membunuh umat islam.

boleh shj diadakan dialog tetapi dlm masa yg sama jgn kamu(kuffar)jajah negara kami.

boleh shj dialog tetapi dlm masa yg sama kamu pulangkan hak kami.

pandangan ini adalah sejajar dgn pendapat Imam Hassan Albana, syeikh Yassin dan Dr Yusof al-Qardawi.

ya kita mmg boleh mengadakan sesi dialog yg disertai jamuan makan yg enak2,sdgkan dlm masa yg sama adik2 kita 7-12thn di tembak bertubi. ya kita mmg boleh mengadakan sesi dialog di tempat yg berhawa dingin dlm masa yg sama ibu2 kita dihentak dan diseret dr rumah mrk sendiri.

mmg susah utk menyelesaikan semua masalah dlm sekelip mata tetapi bknkah lebih mudah..

jgn kamu(kuffar)angkat senjata ke arah kami,itu lebih mudah dr mengangkat senjata,byk tenaga kena guna woo..

jgn kamu(kuffar)jajah kami itu lebih mudah dr menghabiskan bajet negara kamu utk menjajah kami.

ia mmg mudah kita mengatakan mari kita bersikap SEDERHANA, krn yg ditembak dan dirogol itu bkn adik,ibu dan kakak2 kita.

penting utk kita mengetahui dgn siapa kita ingin berdialog,kalo setakat dgn ahli akedemik ngn pemimpin agama drg sy rasa xsampai ke mana. BUSH(US)dan zionis nak ke ikut pendapat drg ni.BUSH akan jawap pope kamu jaga urusan gereja kamu, ini hal dunia tak kena mengena dgn kamu.

pendapat sy telah jelas rasanya, nak dialog boleh, tp pulangkanlah hak kami dulu.

bg tamsil sket.
ada 2 org(A n B), si B merampas kambing A ni di depan2 org ramai, A ckp apsal ambik kambing aku, org2 ramai pun ckp ko(B) xpatut ambik kambing A. lepas tu A ngn B pun setuju nak adakan dialog,tp tajuk ape eh??mereka mula la bincang pasal perkara ringan2 dulu,mrk ckp kita bincang sket2 dulu. tp tgh2 berbincang tu si B ni minum susu kambing A ni depan A. si A angguk jek la,maklumlah dlm perbincangan. last2 masuk perkara yg tertinggi sekali, bincang2 punya bincang B ni setuju yg dia salah dan kambing tu mmg hak A, tp macam mana nak bg blk sbb kambing tu B dah buat BBQ. A nak ckp camne lg. esoknye B ambik lembu A lg. dan kitaran spt atas terus terjadi lg.

nampak simple cerita tu, tp tu la realitinya...

7:17 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr,

kita bukan sebodoh itu..

12:15 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

mungkin kita mmg tidak sebodoh itu...

tp sy mengaku sy mmg sebodoh itu...


p/s: nak komen psl auku dan dr.M tu tp xtau sgt peristiwa baling tu...hehe. ala biasa la Dr. M tu dia mmg ultra-melayu skit(org cina dulu2 ckp la). ape2 pun sy ni lebih pro-Dr.M,hehe....

9:55 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr..

jika nak komen ttg artikel mana-mana sekalipun itu adalah hak sdr.
jika dia ultra melayu-jgn sdr angguk kerana org cina kata begitu..sdr kata mcm mana pula?

jika sdr fikir sdr sebodoh itu, itu terpulang..diri sdr adalah milik sdr (sementara diizinkan).

sy melihat mmg perlu penegasan dr kelompok islam..cuma sy tekankan di sini bahawa TIDAK CUKUP krn isu kebangkitan islam ini rumit dan rencam.

tidak semua perlu keluar berjihad, harus ada yg menuntut ilmu

2:42 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

pandangan sy ttg Dr.M...pemerintahan dia penuh warna-warni,colourful(meminjam kata2 Musa Hitam), dr satu sisi dia mmg di lihat sbg ultra-melayu, di sisi yg lain dia semacam ingin menidakkan/mengurangkan keistemewaan melayu(meritokrasi).ntah la, tp sy suka sesetengah pendekatan yg beliau lakukan, satu sisi yg sy suka ttg Dr.M juga,sikap terus terang beliau. pandangan/pendapat beliau mengenai islam sy amat jahil utk mengungkapnya.

p/s;mungkin sdr bley menulis mengenai Dr.M nanti.


mmg sy sebodoh itu,hehe...

sy akui mmg RUMIT

itulah point sy,kita semua(umat islam kembali kpd al-quran n sunnah). betul tidak semua diwajibkan keluar brjihad saudara.kena ada yg menuntut ilmu

dalil lihat surah taubah:122

jihad bkn fardhu ain,ia hanyalah fardhu kifayah(jumhur para fuqaha). utk kita di Malaysia skg mungkin lebih kpd fardu kifayah krn telah ada saudara2 kita(negara lain) telah melangsaikan kewajipan itu.

namun pd keadaan tertentu kifayah boleh bertukar menjadi fardhu ain atas beberapa sbb.

pendapat ibnu taimiyyah:
Jihad itu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asas diperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikad tentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadi fardu `ain kepadanya.

namun sy juga spt sdr sedang berada di medan ilmu(walaupon sy sering ponteng class,hehe)

5:12 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

bagi kelompok syiah sefaham saya jihad adalah rukun islam ke-6!

tentang dr m saya sebenarnya malas nak ulas. memang dari beberapa sisi saya menerima pandangan beliau sbg brilliant tetapi pada satu tingkat saya SANGAT tidak gembira dengan cara beliau.

sdr,

mengajak orang kepada Islam dengan Al-Quran dan As-sunnah memang mudah. sekali lagi siapa punya autoriti untuk menterjemahkan teks kepada konteks? meski dalam banyak hal kita boleh beroleh kesepakatan, tetapi tidak semuanya boleh kita serahkan bulat-bulat kepada mereka yang kita panggil ulama'!

10:22 PM  

Post a Comment

<< Home