Negara Kota 1
Mengapa sebuah negara kota lahir dalam sejarah? Soalan ini mula aku cari bila debat tentang Negara Islam tajaan PAS jadi modal politik kerajaan dan pembangkang. Mula saat itu proses dan kekuatan sejarah yang melahirkannya mula aku perhatikan. Sebahagiannya boleh didapati dalam Kembara Seorang Reformis - Rashid Redha, buku terjemahan teks tulisan tokoh Islam itu dalam majalah Al-Manar. Maksud aku bagaimana ada ulama' Islam cuba terlibat dalam realiti wujudnya negara kota setelah runtuhnya Khilafah (dan Upaya Membangunkannya..hehe..ni saja tambah je..Pak Khalid mesti tahu apa aku maksudkan).
Max Weber, tokoh sosiologi Jerman pernah menyatakan bahawa perkembangan Kapitalisme adalah punca kepada lahirnya sebuah kota. Nilai-nilai rasional, perkembangan perdagangan, kerja keras dan efisien serta penghargaan terhadap waktu merupakan etika kapitalisme yang menjadi pemangkin kepada wujudnya suatu kota. Ada juga sejarawan dan pemikir yang menyatakan bahawa adanya interaksi perdagangan antara kota, perluasan wilayah melalui penaklukan dan wujudnya minoriti kreatif sebagai kekuatan sejarah yang mendorong kelahiran sebuah kota.
Berbeza dengan mereka, Lewis Mumford dalam City in History memilih jawapan lain. Katanya "Tidak ada jawapan sebenar kepada semua pertanyaan yang dikemukakan kerana tidak ada jawapan penjelasan tunggal yang mencakupi seluruh transformasi sebuah kota. Mumford percaya misteri sebuah negara kota tetap masih tak terpecahkan.
Sekitar abad ke 5 sebelum Masehi, jauh sebelum kelahiran Jesus dari Nazareth, timbul kota-kota di Yunani yang dalam sejarah pemikiran politik Barat (Yunani menyebut kota sebagai Polis, Inggeris sebagai city states). Kelahiran negara-negara kota itu terikat pula oleh hukum sosial dan sejarah. Kewujudan negara kota pada zaman itu dikatakan kerana berlakunya interaksi intensif antara peradaban kuno yang memiliki, meminjam Robert Redfield 'Tradisi besar' dengan minoriti sosial kreatif Yunani kuno yang memiliki 'Tradisi kecil'.
6 Comments:
Manusia mencipta bandar kerana dah penat meloncat dari pokok ke pokok!
Apasal sunyi sangat ni. Tak ada orang lain nak komen ke? Mungkin sedih sangat Tun Ghafar meninggal. Al-Fatihah.
innalillah..
saya baru keluar dari hutan pak khalid..
ada kemungkinan juga teori pak khalid ni..hehe
cuma satu perkara yang pak khalid perlu tahu..selepas orang asli di hutan yang saya masuki baru-baru ini dipindahkan ke luar..mereka kembali semula kerana lebih selesa di hutan katanya!
jadi teori pak khalid mungkin tidak relevan pada mereka..hehe
Itu biasa. Sama macam Red Indian Amerika. Tetapi sekarang reservation (tanah simpanan khusus untuk mereka) dan jadi bandar. Dan ada casino pulak.
Malaysia belum sampai ke situ..entah akan sampai atau tidak (?)..atau perlu sampai atau tidak (?)
Kadang-kadang yang buruk tu di sini lebih advance.
Post a Comment
<< Home