Tuesday, May 02, 2006

Tribute

"Kiri itu rakyat.." antara kata-kata Pramoedya yang dapat aku ingat.

Aku baru balik dari Ekspedisi akhir kursus FHR 3616 - Kemahiran Rekreasi Luar. Sebetulnya aku hanyalah demo dalam kursus ini..maka aku perlu memastikan kelancaran urusan junior aku berkaitan kuliah ini. Berakhirnya ekspedisi ini beerti hampir selesai urusan aku dengan mereka..cuma pemarkahan akhir belum dibuat.

Bukan..itu bukan cerita yang nak aku tulis di sini.

Tribute..aku tujukan khas kepada Allahyarham Ghafar Baba dan yang terbaru kepada Pramoedya Ananta Toer. Terkejut sebaik membuka blog Fathi dan mendapat berita ini. Ia mungkin satu kehilangan besar dalam dunia pemikiran serantau.

Kedua tokoh di atas bukan tokoh yang benar-benar aku ikuti. Cuma ada beberapa sisi dalam hidup mereka yang sangat penting untuk kita ikuti. Antara yang boleh aku ingat ialah bila Ghafar Baba kekal dengan gelaran Encik meski menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Gelaran ini bagi aku cukup rapat dengan rakyat.

Pram..yang aku tahu cukup terkenal dengan Keluarga Gerila dan banyak lagi karya besar, pendokong kiri yang konsisten dan pernah disebut sebagai calon besar rantau ini untuk anugerah Nobel.

Mereka ini, dan sebenarnya ramai lagi..tokoh yang menggerakkan sesuatu..biar ada yang tidak bersetuju. Soal pendapat dan soal hubungan kemanusiaan harus dibezakan. Namun itu yang sering gagal dilaksanakan.

Ada seorang lagi..MGG Pillai..yang aku tahu sejak berlakunya Reformasi 1998 (ingat R tu besar!)..

Moga yang hidup akan terus memberi erti kepada kehidupan.

7 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Kiri itu rakyat? Jadi orang kanan bukan rakyat? Padanlah kira itu selalu kalah. Dan bila berkuasa menindas, seperti Pram mengendali LEKRA.

9:30 AM  
Blogger Khalid Jaafar said...

opps... kiri, bukan kira!

9:32 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

hehe..saya tak nak terperangkap dengan istilah Pak Khalid. Saya tahu sejak mengenali Hayek, Pak Khalid memang pro kanan. tapi bagi saya kanan atau kiri tanggungjawabnya masih sama. dan kita tak menentang kanan atau kiri kerana ia kanan atau kiri tetapi kerana ... ?

3:11 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

imam ali bilang dalam nahjul, ikut jalan tengah. jadik, kiri atau kanan dua2 salah! hahaha

3:51 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

tanpa kiri,kdg2 berjalan boleh jadi tempang...hehe

2:32 AM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Aqil, al-Qur'an sebut "ashab al-Yamin" -- orang kanan!

8:45 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

haha..tu penerima kitab amalan dengan tangan kanan. penerima kitab amalan dengan tangan kiri pulak..ashabul syimal kan?

kalau jalan tengah??

9:00 PM  

Post a Comment

<< Home