Wednesday, June 14, 2006

Negara Kota 3

"Kegelapan tidak boleh dipadamkan dengan kegelapan juga melainkan cahaya. Begitu juga kebencian, hanya cinta dan kasih sayang yang dapat menghilangkan kebencian" Martin Luther King Jr.

Athens pada abad ke 5 pernah menjadi kota perdagangan kerana sebagai laluan pedagang, ia ikut serta maju hingga lahir masyarakat perdagangan. Proses perdagangan dengan cara tukar barang atau kita kenal sebagai sistem barter ini berlaku serentak dengan saling pengaruh antara budaya.

Khusus pada masa Perichles, dikatakan Athens berkembang menjadi negara demokrasi yang kuat armada tenteranya. Masyarakatnya terdiri daripada warganegara, imigran dan hamba. Pada masa Yunani klasik, kehidupan hamba tidak terlalu buruk kerana pada masa tertentu mereka boleh menjadi soldadu tentera dan pegawai dengan pengecualian tertentu. Mereka yang menjadi hamba kerana tahanan perang yang dikalahkan mungkin lebih malang berbanding hamba warga.

Inilah yang mungkin perlu dipecahkan oleh kita. Bagaimana dalam sebuah negara yang kita kenal sebagai watak contoh demokrasi boleh menghalalkan perhambaan? Ia malah diterima sebagai satu kenyataan sosial! Bukan saja pada orang awam tetapi juga pada pemikir besar seperti Aristotle! Dia membenarkan budak dengan dalih hukum alam dan juga menurut pandangannya bersifat fungsional - diperlukan untuk melakukan kerja bersifat fizikal dan kasar. Dengan demikian, para warga memiliki masa yang cukup untuk duduk memikirkan persoalan sosial dan kenegaraan tanpa harus membuang masa membuat kerja-kerja yang dibebankan kepada hamba tersebut. Aristotle berpendapat hamba tidak mungkin menjadi aritokrat!

Relevankan pemikiran pemikir Yunani ini?

2 Comments:

Blogger Khalid Jaafar said...

Citelah fasal Jepun dulu. Ni terus masuk politik dan selam zaman Yunani kuno. Tak apalah. Asalkan hidup. Hidup Jerman!

6:37 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..ok! Sebenarnya dah ditulis tentang negara kota 2 dan 3 tu sebelum ni dalam laptop. Publish dulu. Petang nanti sebelum balik ke hutan saya tulis tentang Jepun, insyaAllah.

10:28 AM  

Post a Comment

<< Home