Sunday, July 23, 2006

Orang Muda?

"Kita buat pengorbanan besar untuk mendapatkan hak keistimewaan melayu" kata Dr. Marzuki, UIAM seolah-olah bertentangan pendapat dengan hujah aku ketika menyatakan masalah perkauman di Malaysia.

Semalam di UIAM, aku dijemput sebagai panel berlima tentang isu Mahasiswa dan Politik. Sebagai panel terakhir, jenuh juga la sebab aku cuba memberi kelainan daripada apa yang telah diungkap oleh semua panel. Panel lain adalah Dr. Marzuki Pensyarah Sains Politik dari UIAM, Saudara Wan Mohd Firdaus, Presiden UKEC, Saudara Radziq, Presiden MPPUIAM dan saudara Akmal Presiden Persatuan Pelajar Sains Politik UIAM.

Pembentangan aku agak berterabur juga, semata-mata nak gunakan masa yang ada untuk sentuh perkara yang tak disentuh oleh panel lain. Maksud aku kalau isu sama pun cuba bagi perspektif berbeza. Sebaik saja aku berdiri aku pun mengomel la..kataku terima kasih kepada penganjur sebab sudi jemput aku yang kontroversi ni. Bersama seorang pensyarah dan Presiden-presiden terkini, aku kata aku tak kekok sebab sekarang ni orang lebih suka dengar suara mantan-mantan...haha.

Pastu aku sentuh isu Mahasiswa dan Politik sebagaimana biasa..tak banyak beza dengan sikap aku dalam banyak tulisan aku 1) Debat di Idealis Mahasiswa 2) Pembentangan aku di BTN semasa berkursus sebelum Pilihan Raya Kampus dulu 3) Forum UmmahOnline 4) Siri diskusi di UBU dan beberapa program IKD.

Cuma aku fokus kepada Pembangunan Modal Insan dalam konteks kehidupan realiti Malaysia. Maksud aku bagaimana aktivis atau pemimpin pelajar harus bersedia dengan zeitgeist atau semangat zaman yang mencabar ini. Aku gariskan kelemahan kita terutama dalam aspek ekonomi. Mahasiswa hari ini memang aku lihat pada diri aku sendiri gagal menguasai isu ekonomi sedangkan isu ini boleh dikatakan tulang belakang kepada politik. Kerana kegagalan memahami zeitgiest, bahawa perkembangan negara telah banyak berubah dan pendekatan harus berbeza daripada nostalgia 60-70an dengan sikap yang jelas telah menyebabkan mahasiswa tersorok ke ceruk yang tidak dipeduli. Aku tidak mengatakan bahawa demonstrasi tak perlu tapi aku katakan bahawa pemimpin hari ini rata-rata adalah siswa zaman lalu yang kita katakan zaman kemuncak itu. Justeru, kebijaksanaan harus ditingkatkan. Penguasaan isu harus digerakkan.

Semua isu di atas ini aku ingat isu asas sahaja. Aku mahu lebih bertumpu kepada masalah perkauman. Kata Perdana Menteri semasa menarik balik buku Hubungan Etnik di UPM ialah masyarakat kita belum keluar daripada masalah perkauman. Lebih parah ialah kita tidak berbuat apa-apa untuk itu tetapi terus menerus menanam ideologi benci dalam diri anak muda Melayu tentang kebangkitan Cina dan bagaimana Ketuanan Melayu perlu diselamatkan. Jawab aku pada Dr. Marzuki ialah "..memang kita berkorban untuk mendapatkan hak istimewa Melayu, tetapi adakah kita mahu berkorban lagi semata-mata kerana berkubu di sebalik apa yang kita sebut hak istimewa Melayu ini!". Kita sedia menjadi zalim hanya kerana Melayu..dan kita sebut Melayu itu Islam. Kita seolah mengasosiasikan zalim dengan Islam. Sampai kiamat orang akan melihat Islam itu bukan alternatif!

Sebab itu aku percaya persoalan Melayu ini harus jelas. Melayu bagaimana harus kita bantu. Sabda Rasul s.a.w. bila ditanya sahabat tentang makna Assobiyah ialah 'kamu tolong saudara kamu dalam masa yang sama kamu zalim kepada yang lain'. Adakah Rasul s.a.w. tidak benarkan kita tolong saudara kita? Tidak..malah digesa..namun tidak dihalalkan zalim untuk itu!

Di mana sikap siswa??

Video yang tersebar di internet tentang perlakuan siswa UPM amat memeritkan hati kerana aku rasa terbeban juga. Maklumlah misi ke arah memuliakan insan sebagaimana Allah s.w.t. memuliakan Bani Adam nampak tercabar dan tidak dipedulikan. Malah mereka yang terpekik agenda Hadhari, agenda Nasionalisme dan agenda Bangsa sendiri tidak jelas duduknya.

Aku sebut dalam forum berkenaan tentang revolusi gelombang ketiga yang mencabar makna individu dan kolektif dalam hidup bernegara. Kita tidak boleh lagi selesa dengan pandangan lama kerana manusia mula bertanyakan hak bila mereka mulai sedar dan celik kerana perkembangan ini.

Dan kami bersetuju bahawa siswa harus ke depan kerana kita tidak mahu dipimpin oleh si bodoh yang membahlolkan mahasiswa. Penguasaan ilmu yang sering dilaungkan oleh aktivis tidak harus hanya jadi tema gempak tanpa isi kerana pada hari ini aktivis sendiri tidak bersedia untuk duduk dan mendengar (tidak dipaksa bersetuju pun!). Dan aku ulang kepada aktivis Islam yang ada di dalam dewa..bahawa Islam tidak pernah dipersetujui oleh umatnya jika dituduh tertegak dengan mata pedang. Konon kata kita Islam tertegak dengan hujah, apakah kita sedia untuk itu? Dan aku katakan pada satu waktu bila Rasul s.a.w. didatangi 5 pemuka agama untuk mengajak Baginda bersama mereka, kata Baginda "Apakah kamu mahu mengajak aku tanpa hujah?"

Dan aku tinggalkan sidang dengan penuh tanda tanya dan provokasi bahawa perjuangan dan agenda siswa di Malaysia praktisnya GAGAL.

p/s : bila aku katakan gagal, aku tak pernah kecualikan diriku...

8 Comments:

Blogger irman_rahs said...

desakan
tekanan
kekangan

mungkin ini antara jawapan kepada kegagalan siswa ataupun pelajar di Malaysia ni...

post kau kali ni, aku terpaksa baca berulang kali untuk dihadam...
tapi tetap nda paham2 juga....

1:11 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..nda faham ka man? Aku rasa akar masalah kat malaysia ialah pemikiran perkauman. Masalah ni adalah bom jangka yg akan meletup bila2. Ala man..ko pernah baca interview aku kan?

5:11 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

min,

apa persaan ko bila ada orang cakap buat malu ajer belajar kat UPM --> dah jadi universiti samseng!? hehehe :-)

2:23 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Kita dan kawan-kawan di Telawi kan biasa menolak generalisasi..itu kan satu lagi pandangan yang sempit. Hehe..tapi secara politiknya pandangan itu perlu untuk memaksa tenaga perihatin memikir dan menggerak perubahan.

Mungkin orang itu tak jumpa aku lagi..orang yang penuh kasih sayang jika didekati..haha..

"..aku ingin menjadi mimpi indah..dalam tidurmu.." :)=

1:38 PM  
Blogger Zinnia Rum said...

aku tengok video tu dan terserlah sikap perkaumannya. si melayu jock head terjerit-jerit tunjuk otai. amenda ahhh dude?. sikap perkauman ada dalam diri masing-masing. tipu la kalau takde. tapi kot ye pon nak menjerit tu selidik la dulu siapa orang cina tu. ape menda diorang perjuangkan. amenda aaa universiti kau ni Amin.

oh ye. aku grad isnin ni. hahahah.

4:57 PM  
Blogger irman_rahs said...

aku setuju tu...
aku belum tengok lagi video tu...
tapi, apala univ ko ni min....
nasib baik aku bukan bdk upm lagi....ahaks!

10:24 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

haha..nizam..bukan di uni. tapi masyarakat kita nun..di luar pagar kampus sebenarnya lebih dalam dan tajam sikap perkaumannya..

kau ujilah..sekurang-kurangnya aku pernah mempertikaikan 'melayu' di pentas BTN sendiri..tanpa berdolak-dalik..

aku tak sayang melayu? hmm..

3:07 AM  
Blogger irman_rahs said...

kau ni memang nda sayang melayu....hehehehehe
klu sayang,ko sokong ja apa durang kata....hehehehe

9:35 PM  

Post a Comment

<< Home