Thursday, August 03, 2006

Aduh!

"Maka pelajar yang beban dan bebal disogokkan dengan keburukan dan kejahatan Amin" dari blog Nota Suara Aku.

Sudah lama aku tak update blog ni. Terbeban dengan masalah yang bertimpa-timpa.

Tadi jengok blog seorang teman, terkejut baca satu posting yang didakwanya ditulis selepas dia menjengok blog aku. Irman, seorang teman semasa jadi MPP, bekas pendebat terbaik debat diraja..dia, yang dicurigai kerana sering seiring fikir dengan aku.

Ada sesuatu yang memeritkan..bila kita cakap tentang Tun Mahathir vs Perdana Menteri, diselang dengan tinjauan ruang Anwar Ibrahim serta kegemparan pembangkang, diasak lagi dengan isu murtad, IFC..terus lagi dihambat krisis Israel dan Amerika terhadap Lubnan dan Palestin..ada lagi, isu demonstrasi Khairy..lagi? banyak lagi yang boleh..isu 'beruk-beruk' di UPM? Hmm..sampai yang tempias lagi..soal kawalan blog..aku tertanya, bagaimana harus aku bangga? Mungkin Jabdin, Che Mad Dollah atau Azrinizam di BTN boleh bantu aku jawab masalah ni. Maklumlah..orang besar la katakan.

Dalam penghujahan masing-masing, aku rasa tak ramai yang sedar bahawa kita selalu kehilangan gambaran umum (big picture yang aku maksudkan). Kita sangka dengan demonstrasi sudah cukup kita melawan..mujur Perdana Menteri ingatkan bahawa jangan cakap besar..isu Tun dengan PM..kita hilang gambaran tentang isu kebebasan bersuara dan demokrasi, sampai di Idealis Mahasiswa pun sunyi sepi cerita bughah (cit, poodah!). Di IM juga ada yang berkata seolah tak penting buku isu-isu semasa yang diedarkan semasa orientasi dapat kebenaran atau tidak, tetapi kandungannya..dan aku tergelak lagi bila di IM tu masih ada yang kagum dengan sikap bodoh sombong tukang kipas yang ada.

Aku ingat, bila aku duduki kursus Kemahiran Berfikir di kampus dulu..sebaik sahaja tamat kursus, aku ada hubungi pensyarah aku..kataku "Harap kursus akan datang akan diajar kepada siswa tentang falasi..kerana ia penting". Falasi atau kesalahan dalam berfikir ini cukup penting..aku juga selalu, bukan lagi sering terperangkap dalam falasi. Tapi aku tidak pernah diajar..cuma berguru pada buku..

Waktu ini hanya seorang sahaja akan popular..iaitu mereka yang cuba menjawab semua soalan yang ada semudah memetik jari. Dia popular bukan kerana bijak..tetapi kerana lambat laun orang akan kata dia bangang!

Ah, aku malas bercerita tentang semua itu..ada masalah lain yang aku mahu selesaikan kerana ia mungkin jadi sebab kepada perubahan dunia, siapa tahu?

7 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

min, falasi = rancu --> guna bahasa melayu yang betul. kalau tak, DBP mau tangkap! hahaha

1:55 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Ops! Nampaknya Puan Ainon kena la edit betul-betul buku keluaran PTS!

Ah, Aqil, kau terlalu terpesona dengan Indonesia..jaga-jaga nanti kamu dituduh agen Pak Karno!

Ganyang Malaysia!(?)..Huh, dunia ini memang suka sekali berperangan ya? Maka, Darwin jadi betul pada satu sisi..kerana yang kuat jadi taruhan..

7:25 PM  
Blogger irman_rahs said...

betul, daripada kita cuba jadi hero dlm hal yg mustahil utk kita menjadi heronya,
baik kita cari benda lain yg mungkin akan tercatat dlm sejarah dunia, kita sebagai pencetusnya!
teruskan min....

tapi hati2, blog anda sedang diperhatikan!

8:44 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..Man, kalau kita yakin pada Allah s.w.t., kita sentiasa diperhatikan. Tapi kalau kita yakin pada Ilah..tengok la pulak..mesti pendekatan kita berbeza..Ilah ni ramai..boleh jadi namanya Li, Zi, Lah, Thir, Pa..huhu, macam-macam beb..Boleh jadi Din, Zam..huhu..kerana kuasa, harta..dan ...jawab la..bosan!

10:29 PM  
Blogger maziah said...

rindu ngan upm...tak sangka, tak abih2 lagi ngan kontrolbasi..huhuhuhu

3:11 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

hi maziah. salam. terima kasih krn sudi jengok.

nama familiar..mcm kenal. kita pasti pernah jumpa..tapi mungkin tak dpt kenal..

maklumlah.. ;)=

12:11 AM  
Blogger maziah said...

wallahu'alam...kalau kata kenai tu, mustahil gak..

sesaja nginggah kat blog yg ada kaitan ngan my previouse beloved campus...hhuuhuh

1:13 PM  

Post a Comment

<< Home