Saturday, August 19, 2006

Liberal? Plural? Apa 'ral' lagi ada?

"Aku Islam sejak lahir, tapi..." Bisik hati yang tak terungkap..

Sejak seorang teman, Aqil bertanya respon aku tentang kenyataan Sharifah Amani, di mana-mana banyak respon hadir. Rata-rata lebih banyak menghentam sedang aku lebih kepada 'tidak rasa apa-apa'..seperti yang aku nyatakan kepada Aqil.

Rasa tidak apa bukan kerana tidak peduli, tetapi aku cuba merealitikan teori. Lama juga aku faham bahawa teori datang selepas aksi. Manusia mengkaji dan membuat teori. Tapi kenapa sering berlaku juga aksi menyalahi teori?
________________

Waktu ini hati aku tak senang. Lepas kisah Amani, kisah surat terbuka saudara Hanif Baderun kepada Siti Nurhaliza yang dijawab dengan surat terbuka saudara Faisal Tehrani. Aku lantas meninggalkan pesan kepada saudara Faisal Tehrani tentang apa hanya jalan yang ada ialah 'perang'? Jawab beliau bahawa 'Kami di pihak defensif maka halakan soalan itu pada yang lain' cukup membuat aku bingung lantas menyoal diri.
________________

Adakah antara kita yang minta jadi Islam dan bukan Islam? Adakah antara kita yang melihat ta'aruf itu sebagai usaha SALING berkenalan? Banyak lagi. Soal serang menyerang antara fahaman untuk aku satu bentuk bagaimana kita tidak cukup terbuka meski dalam masa yang sama kita mengaku kita terbuka.

Antara teks dan konteks. Antara ruang awam dan ruang individu. Kita terperangkap dan lemas?

3 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

untuk (1):
wacana teoritikal sebenarnya lebih tajam dari menghunus pedang (aksi) - Ali Shari'ati

untuk (2):
pertempuran tujuh puluh dua bangsa,
menerima dalihnya, dan memberi dalih untuknya;
bukan kerana melihat kebenaran,
tetapi mereka ingin berkelana di jalan impian - Hafiz, Ghazal

untuk (3):
yang tidak berjuang menentang kelaparan adalah mereka yang telah murtad - ali shari'ati (lagi!)

4:36 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Wah, padat!

Aqil, bila ana renung-renung semula. Alhamdulillah, ana rasa ana pasti tentang apa yang ana mahu lakukan.

Moga Allah S.W.T. memelihara ana.

Ana akan terus mendengar - menjadi plural dan liberal dalam erti kata itu.

Ingat jawab seorang kepada TNC ana dulu "Saya nak jadi apa yang saya nak jadi, bukan apa yang Dr.nak saya jadi" (tentu sekali teman yang mengaku aktivis Islam akan mempertikaikan bahawa kita kena jadi apa yang Allah s.w.t. nak kita jadi..tanpa mahu bertanya dulu bahawa apa yang aku nak jadi tu adalah seperti apa yang Allah s.w.t. nak aku jadi..faham tak?)

6:54 PM  
Blogger rastom said...

"ral" yang satu lagi ialah Tirukkural

1:09 PM  

Post a Comment

<< Home