Thursday, August 17, 2006

Rasis

"Mereka ini pengkhianat bangsa" tuduh seorang penulis kepada sebilangan aktivis mahasiswa berbangsa Melayu yang bersama sebahagian aktivis mahasiswa berbangsa Cina dalam siri perjuangan mereka.

Saya kesal.

Dua kata itu bagi saya sudah cukup untuk menggambarkan perasaan saya. Bukan kesal kepada aktivis mahasiswa Melayu tersebut, tetapi kepada si penghasut yang memainkan isu perkauman. Dalam masa yang sama ada hati nak cakap soal isu hubungan etnik..lagi la nak pertahankan AUKU.

Kita, rakyat Malaysia perlu terus berjuang. Jika Amerika mengambil masa 100 tahun untuk berdepan dengan isu ini, kita harus bersedia untuk memastikan generasi akan datang turut sama mewarisi perjuangan memecah tembok perkauman ini.

Mungkin sang penulis terlupa bahawa Melayu ini bukan hanya ada di Malaysia. Dan dia mungkin lupa bahawa Melayu dari kajian sejarah juga dicatatkan berasal dari China (yang ni kena rujuk balik kat Metro bulan lepas, huhu).

Apapun, aku jemu..bila isu kemanusiaan lebih rendah dari batas perkauman dan agama. Ya, mungkin ada yang bersetuju soal kaum harus lebih rendah dari kemanusiaan dan aku pasti ada yang ragu tentang kenyataan soal agama harus di bawah faktor kemanusiaan.

Ya, aku punya keyakinan tentang itu. Bukan kerana agama itu tidak penting, tetapi agamalah yang mengangkat kemanusiaan itu lebih tinggi. Dah jadi macam soalan falsafah pula, yang mana datang dulu?

6 Comments:

Blogger nora khalid said...

assalamualaikum,
Saya sekrng ni tgh busy sikit dengan final preparation nak hantar thesis. Saya jawap soalan apa yang saya termampu, nanti insyaAllah saya follow up later.
1. Kenapa saya refer Tun M,punya achievement pada angka.
1.Saya accouting and finance student. Pernah keje di bank selama few years. So background saya memang angka. Saya boleh pandagan saya dari sudut yang saya tahulah.Mungkin orng lain yang bagus dari segi politics akan bagi komen yang berbeza.
2. Kalau u dibandingkan Msia dengan Singapore, definitely Msia jauh ketinggalan. Singapore dia orng punya money market seangkatan dengan Dow Jones, S&P 500...So kalau u nak buat comaprison dengan Singapore memang tak compatible. I rase itu yang Mahathir tried too achieve mase zaman pemerintahan dia. MYR against GBP pernah naik sampai GBP1/ MYR5 around 1991. Tun M berjaya restore investors confidence dengan improve the currency GBP1/MYR 3.9 around 1993-96. Ths before the aftermath of Asian Financial Crisis 1997-98. Sesebuah negara yang duit dia dah depreciate susah sanagt nak appreciate balik. Apa yang Tun M mampu buat masa zaman pemerintan dia sangat mengagum kan esp student yang buat research psl financial crisis mcm saya nilah. Russia pernah teruk duit depreciate. Struggle Russia nak naikkan balik ekonomi dia orng.Russia is among the biggest power in the world sekrng.Tapi still struggle...Inikan msia yang baru nak membangun..

2. Pada saya I dont need a nice guy to be a leader of my country. I need somebody with the reputation. Yang tak takut speak out their mind. Yang boleh buat negara lain hormat kita. Malaysia tergolong dalam miracle region pada zaman Tun M.What happen to Malaysia now??????

Salam dari saya.

7:15 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

terima kasih sdri kerana masih sudi berkongsi pandangan..

sy rasa perbandingan dgn singapura ada justification tersendiri sbb sy nyatakan dgn jelas bahawa sebelum era tun kita hanya terpisah sekali ganda shj..
mmg peningkatan ada berlaku dan sy puji tentang itu, tapi sy masih tertanya soal tadi..dan tak keterlaluan sy katakan 1993-1996 masa tu DSAI adalah Menteri Kewangan dan dia menerima anugerah antara Menteri Kewangan terbaik di dunia kan? Sila semak fakta ni. Betulkan jika saya silap.

Ya, saya setuju bahawa reputasi tu penting. Sebab itu sy menganggap saingan Tun sbnrnya adalah Anwar dan bukan Pak Lah. Dan krisis Tun dengan Pak Lah bagi saya sbnrnya adalah kerana Pak Lah adalah nice leader yang telah 'membenarkan' Anwar bebas.

Saya tak fikir Pak Lah terlalu lemah..tu kalau kita percaya kepada Kabinet la. Menyalahkan Pak Lah seorang bagi saya satu sikap yang tak wajar meski saya akui Pak Lah harus memikul beban terbesar.

7:54 PM  
Blogger taufiq said...

Setuju dengan pandangan Amin. Takkanlah kalau jalan berlubang di depan rumah kita kata Pak Lah tak buat kerja. Tanggungjawab bukan di bahu seorang pemimpin sahaja. Bagi saya, kalau diberi ruang Pak Lah utk buat kerja dengan gaya sendiri, akan ada hasilnya yang akan disukai. Bagi saya, saya nampak Tun Dr. M kini sebagai seorang yang tidak percaya pada kebolehan orang lain. Tak boleh begitu.

Amboi Amin berspekulasi Dr M marah Pak Lah sebab bagi Anwar bebas ya. ;) Bagaimanapun, saya suka idea tu! Mungkin api kemarahan dah mencapai takat didih yang melampau tingginya. Tak boleh ditahan lagi.

Bagi saya, Dr M ialah pemimpin yang hebat. Pak Lah pun hebat juga dan tidak kurang (malah mungkin lebih lagi) Anwar pun pun hebat juga. Ingat apa Saidina Ali kata bila ditanya kenapa zamannya huru-hara?

2:35 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Salam Echopena,

terima kasih sudi berkunjung.
awak maresmart batch mana ya?

saya punya kenalan di sana.
adlee, juita, husni, aernie all from class of 99. adlee dpt 10A1 that time..aernie pun 10A tapi x silap 2A2

most of them pegi minnesota dan juita di newcastle rite now.

mana dpt url saya? sudi-sudilah selalu bertukar pandangan.
________________________________

bagi sy faktor DSAI ini real. ini dr pengalaman sy dlm politik kampus. bg sy pokoknya mmg kita sbg generasi muda x mahu terperangkap dgn perbalahan gajah2 ni..tp kita tetap kena ada sikap kepada isu memandangkan kita mahu warisi yg terbaik dr apa yg ada.

sudah tentu sy bygkan bahawa kita mungkin kurang fakta, pengalaman dan mungkin idea, tp ia tidak harus jadi sbb utk kita tidak bersuara dlm erti kata bertanya dan sbgnya. mereka yg konon punya fakta harus tampil.

kebebasan bersuara (malah berfikir!) yg diikat ini adalah, bagi saya, tanda korup paling nyata!

12:51 PM  
Blogger nora khalid said...

I dont really bother who rules Malaysia as long as these ppl know wat they are doing, responsible with their actions....At least Tun M still commit himself with UMNO...Satu benda yang I tertanya2 kalau Paklah is a good PM, apa yang si KJ tu buat in UMNO..

5:22 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Jawapan paling tepat sudah tentu ada pada KJ dan ahli UMNO.

Saya dengan bangganya ingin menyatakan bahawa walaupun saya membesar dalam keluarga UMNO, saya tidak dihalang untuk punya fikiran merdeka.

Saya tidak berparti! Cuma saya mahu peka kepada soal kerajaan kerana ia berkhidmat untuk rakyat bukan untuk UMNO (sebagaimana UMNO mahukan).

9:49 PM  

Post a Comment

<< Home