Tuesday, August 08, 2006

Realiti Fikiran Umat

"Islam ditegak dengan hujah, bukan rumours" kataku semasa menegur seorang junior di Fakulti.

Tengah hari tadi dapat sms dari seorang junior menyebarkan tentang kematian pelukis karikartur yang kontroversi itu. Katanya dia mati terbakar hidup-hidup. Dia minta saya sebarkan. Lalu aku jawab "Jangan sebar jika tidak pasti". Lalu dijawabnya "Ye tahu tapi apa salahnya bukan merugikan pun biar orang takut sikit nak mempersendakan Islam. Niat saya baik. Nama pun khabar angin".

Bagi aku ini satu lagi masalah dalam fikiran umat Islam. Aku jawab bahawa niat yang baik itu aku puji cuma aku ingatkan bahawa aku pernah dan biasa bergaul dengan pelbagai tahap perbincangan yang aku sifatkan intelektual. Aku katakan padanya bahawa jangan ingat orang bukan Islam tidak membaca tentang Islam. Malah sebahagian mereka lebih tahu berbanding kita. Malah atas rasa superior, kita yang tak mahu ambil tahu tentang mereka. Sedang seingat aku, Za'aba sendiri pernah, sebagai satu inisiatif, menafsirkan Bible! Apa ingat Za'aba bengap? Aku hanya tinggalkan jawapan padanya seperti yang aku catat di atas.."Islam ditegak dengan hujah bukan rumours".

Dulu, semasa menjawat jawatan dalam MPP, aku obses ingin mengadakan Dialog Antara Agama. Aku telah rangkakan bentuk perbincangan yang merangkum sudut sensitif dalam perbincangan. Seorang rakan baik - di dalam dan di luar MPP - Amir, aktivis PMI ada menzahirkan kerisauan beliau pada usaha itu (yang akhirnya terbengkalai atas sebab-sebab tertentu). Kata aku "Umat Islam tidak harus takut dan reserved dalam dialog jika kita percaya agama kita benar". Persoalan yang Amir letak pada aku juga tidak kurang penting.."Siapa boleh mewakili suara Islam?". Ia tak ubah sebagaimana usaha kerajaan dalam satu seminar "Siapa mewakili suara Islam, siapa mewakili suara Barat". Ia pada satu titik menentukan, meski aku percaya semua orang harus bebas berwacana di ruang awam. Usaha menafikan hak ini atas nama 'tidak cukup ilmu' bukan cukup baik jika kita mahu menjadikan kenyataan cita-cita besar seperti 'Negara Islam', 'Malaysian Malaysia', 'Masyarakat Bermaruah', Masyarakat Madani' dan 'Wawasan 2020' (sekadar memetik sebahagian.

Bagi aku ini satu titik penting dalam kemajuan hidup bernegara. Bukan adanya bangunan tertinggi atau bandar yang sofistikated, tetapi masyarakat berfikiran tinggi dan sofiskated! Jelas kita kurang bersedia..dan atas sebab itu kita sentiasa biarkan umat ini dalam ketandusan akal fikir melalui kongkongan dalam pelbagai rupa, kita biarkan rumours berjalan terus..dan pelbagai lagi yang aku sifatkan realiti pemikiran umat Islam yang perlu dibaiki (tanpa menafikan bahawa aku juga perlukannya).

Sebab itu dulu, bila aku bermatian mempertahankan istilah Islam Hadhari sebagai istilah yang perlu dilihat dalam konteks dan bukan permainan bahasa semata-mata, masih ramai yang tidak berpuas hati. Kata mereka "Ah, sejak kau jadi MPP..kau dah jadi penyokong kuat Pak Lah ya?".

Apa sebenarnya yang kita cari? Kemenangan politik atau apa? Dan aku setuju dengan Pak Khalid bahawa mereka yang punya keinginan untuk bebas sentiasa ada yang tidak menyukai..Aku sudah merasainya secara real!

7 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

"manusia dilahirkan untuk hidup bebas" - sartre

9:07 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

bolehkah cara berhujah yang simplistik dan kadang2 bodoh dibiarkan atas nama bebas?

harus diingat, mereka yang mengongkong juga mendakwa itu juga atas nama tidak membiarkan onar berlaku..huhu..

suara siapa?

11:24 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

suara status-quo...

1:21 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

hahaha..

ada lagi Aqil..

kadang-kadang status quo perlu..

hahaha..

politiking?

2:14 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

dan, banyak-banyak (baca dengan gaya P. Ramlee) status quo (terutamanya dalam politik) tidak perlu...

3:30 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

dan, banyak-banyak (baca dengan gaya P. Ramlee) status quo (terutamanya dalam politik) tidak perlu...

3:30 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

"saya telah mengariskan dua asas. salah satunya ialah untuk menjadi seorang mukmin. maka, untuk menjadi mukmin, ini bererti saya harus hidup bebas. produk mukmin sejati tidak mungkin terhasil dari keadaan yang dipaksa dan ditekan." - Abdul Karim Soroush ketika di tanya oleh wartawan Los Angeles Times, Robin Wright

12:34 AM  

Post a Comment

<< Home