Monday, August 14, 2006

Macam Bagus!

"When the judgement's weak, the prejudice is strong" Kane O' Hara

Aku dapat sms dari seorang teman. Katanya dia ikut kursus BTN. Dalam sms itu dia beritahu aku penceramah BTN yang namanya Azminizam (nama sebenarnya bukan ini, kawan aku salah taip kot, kalau masuk laman Idealis Mahasiswa tajaan BTN tu adalah namanya), bekas Presiden MPPUUM, kini mendakwa Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (entah siapa yang lantik tak pasti) ada mengatakan bahawa aku adalah kader IKD dan EXCO Pemuda keADILan. Haha, nasib tak ada bukti, kalau tak seronok juga dapat masuk mahkamah.

Dulu pernah juga aku nak heret mamat ni ke Mahkamah bila ada cubaan meng'Yahudi'kan aku dengan persamaan Matematik mudah - IKD ditaja oleh KAF, KAF Yahudi, Amin agen IKD, Amin agen Yahudi. Lebih kurang macam tu la mantiknya. Haha, nasib baiklah kawan-kawan aku lebih kenal aku. Dalam sms kemudiannya dia tanya aku penceramah ni macam bagus konon tahu semua tapi banyak fakta menyimpang! Aku senyum je, aku tahu kawan aku ni bukan jenis mahasiswa yang duduk terperuk dalam kampus, so, teorinya mudah, bila kita dicerahkan oleh keinginan untuk tahu atau cari kebenaran, kita tahu siapa penipu.

Ini bukan kes pertama nama aku diburukkan dalam siri ceramah BTN. Malah ada TNC yang menyampaikan kepada MPP bahawa jangan rapat dengan aku. Mujur aku ni jenis malas nak berperang sangat. Aku syukur kerana buat kerja REAL ni akan kenalkan aku yang mana kaca dan yang mana manikam.

Kerja BTN ni, kalau tokoh pembangkang kata menyemai rasis, aku kata lebih daripada itu..

Macam Bagus!

* Bila aku tulis BTN, aku tak memaksudkan semuanya, siapa makan cili dia terasa pedas

13 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

min,

boleh aku tahu, apa sikap ko atas kontroversi "bahasa melayu" dalam ucapan Amani baru2 ini?

ko setuju dengan Amani?

1:00 PM  
Blogger nora khalid said...

thanks for stopping by kat my blog. dah lama terbelangkai my blog tu. Mahathir memang my idol.Sebab saya ni membesar era Mahathir, bnyk baca buku psl dia.Ayah saya pulak ex student political science.so, memang kat rumah bnyklah buku abt him.dapat2 saya ni memang minat ikut psl perkembangan ekonomi negara so, saya rase he's among the best.Just my 2 cents opinion.

4:32 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Sdra Aqil,

Baca jawapan Amani di mstar..saya fikir dia sudah menjawabnya.

Amani dalam kenyataan membela dirinya berkata, “Apa yang saya maksudkan ialah, jika saya berbahasa Melayu, ia akan terselit pelat utara dan ramai yang tidak akan faham.

"Saya amat gembira apabila memenangi anugerah itu memandangkan ia satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya cuma ambil jalan selamat dan bercakap dalam bahasa Inggeris kerana keluarga saya adalah bilingual," kata adik kepada Sharifah Aleya ini.

Dan mengenai komennya "kalau bikin filem itu mencemarkan budaya, kita harus bikin banyak lagi filem," Amani menjelaskan dia sebenarnya memuji pihak berkuasa kerana dapat menerima babak-babak dan dialog tertentu dan tidak memotongnya.

"Mari kita buat lebih banyak filem seperti ini kerana secara realitinya ia tidak merosakkan imej kita. Jika benar filem tersebut merosakkan imej kita, pihak berkuasa tentunya tidak akan meluluskannya tanpa potongan.

"Maksudnya, selepas bertahun-tahun penapisan, pihak-pihak berkuasa termasuklah Datuk Seri Rais sudah berfikiran terbuka untuk membenarkan kreativiti dalam industri perfileman Malaysia.

"Sebagai contoh, filem Gubra, Pontianak Harum Sundal Malam 2 dan Remp-it telah diluluskan dan turut memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Filem-filem ini menonjolkan kisah yang benar dan ini membenarkan kita memahami diri kita sendiri sebagai rakyat Malaysia," tambahnya.

jawapan saya?

Kita dah lama jadi pseudo melayu yang konon mengangungkan budaya dan bahasa Melayu. Saya tidak akan terasa apa-apa jika Amani berniat mahu memperli malah bersungguh sekalipun. Realiti dengan teori sering tidak sama..apa sebabnya ya?
Bukankah sering teori lahir selepas aksi? Masakan ia terbeza?

12:56 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

Min, cuba respons lebih objektif sket. Apa yang menyebabkan ko tak terasa apa2? :-) :-)

12:41 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

cuba ko tengok gaya pak khalid jawab dalam blognya --> tampak lebih smart, bukan? <-- nanti aku tanya Anwar plak, dan nanti kita boleh buat perbandingan antara ko, pak khalid dan anwar ibrahim (idola ko)...

12:43 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Aqil,

Aku kira Amani jujur. Aku selalu sanjungi kejujuran kerana hanya dengan berlaku jujur kita dapat mengenal baik buruk dan ambil langkah yang patut. Dalam politik hal ni agak susah ditemui kerana banyak sebab.

Bagi aku soal Amani bodoh bukan soal yang patut kita besarkan kerana ia mungkin akan cenderung pembunuhan karakter. Sekurang-kurangnya Amani tidak malu mengaku 'bodoh' dan sedar diri.

Ya, sudah tentu bagi aku filem-filem kita harus berani mencabar makna diri sendiri. Kita kan sering terbuai dengan keindahan kata dan cerita tapi sering cuba menyapu sampah di bawah permaidani demi mengatakan kita hebat.

Ya, aku memang tidak terasa apa-apa kerana bagi aku Amani hanya menjentik kita yang tidur. Bukan kerana aku tidak sayangkan Bahasa Melayu atau tidak percayakan Bahasa Melayu, tetapi kerana aku mahu lebih rasional. Haha, entah itu boleh diterima atau tidak.

Kita generasi muda, terutama aku, harus lebih bersungguh membela Bahasa Melayu! Moga aku sedar..

1:03 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Dan sudah tentu aku maksudkan bersama adalah soal budaya.

1:05 PM  
Blogger Khalid Jaafar said...

Amin, wah selebritilah kau disebut-sebut dalam kursus BTN. Ada seorang anak buah aku yang pergi. Dia kata gambar aku terpampang besar dalam kursus tersebut. Padanlah baru-baru ini banyak order untuk Tumit Achilles. Bengap betul mangkok-mangkok BTN ni!

4:09 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..Pak Khalid, tak sangka ya kita sama-sama jadi popular kat BTN!

Tapi percaya tak bila BA menang nanti staf-staf BTN ni tak akan offer untuk berhenti kerja atas nama perjuangan..haha

11:07 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Lupa lak..

Pak Khalid, saya tak cuba menjadikan taraf kita sama. Haha, saya harus akui desakan untuk 'to be is to know' ni banyak berlaku selepas saya kenal IKD. Dulu kan kami aktivis pelajar (jika saya layak digelar begitu) lebih percaya 'to be is to act'..hehe

Terima kasih kepada IKD, terutama Pak Khalid yang selalu argue pandangan kami orang muda tentang apa saja..rasanya Pak Khalid lagi muda (jiwa) dari saya! Hehe

Ini bukan bodek, ini betul-betul. Bukan cubaan.

11:12 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam~

jangan caya Pak Khalid, Amin nak bodek2 tu... konon bila baik dgn Pak Khalid dapatlah bergambar dgn AI... hehehe... kacau Amin sket...

12:17 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam~

jangan caya Pak Khalid, Amin nak bodek2 tu... konon bila baik dgn Pak Khalid dapatlah bergambar dgn AI... hehehe... kacau Amin sket...

12:17 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Haha..Aqil,

Alamak, macam mana kau tahu ni?

Aku teringat satu waktu dulu selepas Anwar balik dari Munich. Kebetulan aku terserempak dengan Helme. Tahu apa katanya?

"Orang semua berebut nak salam dan bergambar dengan Anwar, kita tak pun sebab dah biasa jumpa dia".

Helme cakap kita tu macam aku pun senang..hampeh!

11:04 AM  

Post a Comment

<< Home