Thursday, August 17, 2006

Rasuah dan Orang Muda

"Bayangkan jika 30 peratus daripada golongan remaja tadi memimpin negara dan menjadi pentadbir ataupun pengurus sesebuah institusi, apa akan terjadi kepada negara jika mereka ini diberi kuasa," kata Isahak, Pengarah Institut Integriti Malaysia

Sebenarnya berita tentang 30% daripada golongan remaja sangup terima rasuah ini aku dengar telah lama. Waktu itu aku mewakili delegasi UPM semasa memegang jawatan dalam kabinet MPPUPM. Tapi waktu itu seingat aku ialah 30% ini dapatan kajian di kalangan mahasiswa! Memang agak tercabar..

Cuma yang aku kesal ialah sesi soal jawab yang aku bangkitkan dah jadi cerita lain. Waktu itu aku bangun dan perkenalkan diri sambil memberitahu bahawa aku punya 3 perkara untuk dinyatakan :-

1) Psikologi perasuah ialah mereka yang punya kuasa, sama ada dia Perdana Menteri atau Polis trafik..pendek kata dia ada kuasa. Maka, persoalannya jika yang berkuasa melakukan hal ini, sudah tentu yang lebih berkuasa sahaja yang mampu menanganinya dengan lebih berkesan. Logik mengatakan begitu. Justeru, bagaimana jika yang paling berkuasa dalam negara terlibat dalam rasuah? Atau misalnya kabinet?

2) Aku petik ungkapan sinis Prof Diraja Ungku Aziz (waktu itu aku bahasakan Pak Ungku Aziz saja), kebetulan masa tu UMNO sebut Politik Wang maka Pak Ungku respon "Kenapa panggil Politik Wang? Kenapa tidak sebut saja Rasuah? Aku sebut ini sebagai ingatan bagaimana orang politik yang mengawal kuasa tidak cukup menunjukkan political will dalam hal ini.

3) Aku sentuh tentang kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat yang terhad dalam negara ini yang tidak membantu kepada usaha memerangi rasuah. Bayangkan dalam banyak hal si perasuah dibela, whistle blower yang kena! Bukan sikit isu ini dalam negara! Cuba semak laporan polis oleh pihak pembangkang dan NGO malah individu tertentu.

Isu akhir-akhir ini yang dibangkitkan oleh Tun Dr M bahawa dia tahu dan ada bukti rasuah dan penyelewengan juga penting untuk kita lihat. Kenapa, dalam situasi Tun yang kononnya seorang negarawan tidak punya kekuatan untuk melaporkan kepada pihak polis? Malah sepanjang pemerintahannya dia sendiri tidak menunjukkan secara jelas kesungguhannya tentang hal ini. Siapa yang peka sudah tentu tahu kenyataan mahkamah oleh bekas Ketua Pengarah BPR bahawa Tun menghalangnya mengambil tindakan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan (tak silap aku la nama ni) yang ditemui wang bersamanya sebanyak ratusan ribu!

Dalam hal ini, aku puji Rustam Sani. Rustam tidak lekas menyalahkan budaya yang pelik dalam negara dan dia lebih cenderung kesal kerana generasinya tidak mewariskan sesuatu yang baik untuk generasi baru dalam banyak hal. Pendek kata di sini, aku hanya mahu katakan bahawa beban perjalanan sejarah dan masa depan ini kita harus kongsi bersama. Maka, jadilah liberal! Jadilah plural! Kenapa mesti lekas takut pada istilah?

Sebenarnya bangsa kita korup bukan bila kita melakukan hal yang korup. Tetapi kita telah mula korup bila kita fikir korup itu tidak apa. Contoh hal ini aku dengar sendiri daripada seorang pendokong kuat Aspirasi Universiti yang dah bergraduat dan pernah bekerja dengan Ahli Parlimen serta beberapa orang politik yang lain. Katanya "Apa salahnya Mahathir tolong anak dia, itu normal la!". Entah dia akan kata yang sama jika benar Perdana Menteri menolong Khairy dan Kamaluddin tak pastilah.

Semua telah jadi gila. Ada seorang TNC yang mencantas Pengetua-pengetua yang tidak ngam dengannya. Alih-alih seorang Pengetua tu telah diangkat menjadi Pengerusi Sekretariat TNC di KPT. Maka sering TNC pencantas ni tidak hadir dalam mesyuarat TNC-TNC yang diadakan oleh KPT.

Ada lagi? Baaaanyak lagi! Dan kita masih mahu cakap soal Hadhari tanpa rasa malu?

4 Comments:

Blogger me,myself n all around da world said...

DS anwar pun begitu, bila sudah ditendang keluar barulah melalak ke sana ke mari ttg rasuah, walaupon beliau bersungguh2 mengatakan sewaktu beliau di dlm BARISAN itu beliau sudah cuba membersihkan rasuah ini namun semua org boleh nampak apa yg berjaya beliau lakukan...

9:25 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya..ya..itu harus dibangkitkan. saya setuju jika DSAI nak dipersoalkan, itu tak jadi masalah.malah dalam pertemuan dengannya tak lama dulu, saya tak bagi chance pun..sebaik duduk berdepan terus saya tanya tentang AUKU dan sebagainya. dan pendirian saya terhadap kebebasan mahasiswa dari terikat dengan parti ini bagi saya sudah teruji..baik kepada UMNO dan keADILan..saya tidak fikir PAS mahukan saya ;)= sebab saya kurang alim dan warak barangkali

cuma saya boleh bagi kredit pada DSAI kerana dia berani juga sebut hal perwaja dalam parlimen..dan dalam hal lain, DSAI bagi orang semak harta dia. TDM? Menteri lain?
Hal yang sama ditunjukkan oleh TG Nik Aziz, cuma TG Nik Aziz kurang reputasi la.

dan paling malang TDM disapina tapi tak datang..itu dah kira above law..hebat la macam mana pun, he don't gain respect from me in certain things..and of course i must say he gain from a few things.

9:55 PM  
Blogger Jong said...

salam saudara Amin,
Alhamdulillah saya mengalu-alukan saudara jika mahu bersama dalam barisan ini, barisan 'kami'.
Saya kira sesiapa pun dalam waktu 'perang' mesti menunjukkan watak yang jelas, kerana tidak mahu diandaikan berada di seberang.
Tidak perlu bersedih, la tahzan, sesungguhnya Allah bersama kita. Selagi kita jelas dengan prinsip-prinsip-Nya.
Moga kehadiran saudara dengan wadah dan bakat yang saudara ada akan memantapkan barisan ini dan menyediakan kekuatan baru buat kita semua.

12:43 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Ada sisi pengalaman hidup yang jadikan saya benar-benar cuba mahu menyantuni semua masyarakat. Saya mungkin tidak membesar seperti saudara, tapi saya percaya ada sesuatu yang saya mahu sumbangkan untuk agama Islam yang saya cintai.

1:10 AM  

Post a Comment

<< Home