Saturday, September 09, 2006

Kecilnya Dunia..

"Kita jumpa di Darul Ehsan"

"Hah? Kat mana tu"

"Restoran bawah ni jer, bukan Kelab Darul Ehsan!"

Babak perbualan aku dan Amir satu waktu dulu..


Aku belum tidur. Tidak dapat tidur sebenarnya. Usai Subuh, aku terkenang jalan yang bawa aku ke sini. Muncul satu nama - Munirah Hayati. Lantas aku mencari di ruangan Yahoo! Search..

..Bangsar memang tempat baru bagi aku waktu itu, 2000. Aku siswa baru, yang masuk ke Universiti dalam bidang yang tak pernah aku impi (sebelumnya). Tapi aku gagahi, kerana satu maksud lain yang beriring. Kerana ia di kota Kuala Lumpur, aku tahu di situ aku akan banyak belajar lebih dari sekadar teks. Kata aku pada emak dan ayah waktu bulat tekad menerima masuk dalam jurusan Perhutanan "Amin hendak jadi aktivis pelajar, cuma satu yang Amin harap..tak ada sesiapa datang jumpa Amin menangis jika Amin ditangkap".

Waktu itu ribut Reformasi 1998 belum reda. Belum terperuk lagi mereka yang 6 di dalam ISA. Ibu mana, bapa mana yang tak gundah gulana mendengar tekad anaknya begitu. Aku sambut lagi "InsyaAllah Amin tak sebodoh itu. Dalam usaha yang ada, Amin cakap begini kerana mungkin berdepan dengan mereka yang tidak waras!", Titik.

Jujur sepanjang 2000 hingga 2003, aku tak jemu dengan sikap tebal bahawa reformasi perlu. Ada nilai sentimental tentang reformasi dan diri aku. Dari seorang kutu kepada pencinta buku. Dari seorang yang pelajarannya mengundang tangis ibu bapa kerana kecewa kepada tangis yang sebaliknya. Reformasi diri aku, mungkin hanya mereka yang rapat dengan aku saja yang bisa bercerita.

Bangsar bukan tempat biasa untuk aku. Tapi memang zaman hangat kesan ledak Reformasi 1998 membawa aku ke sana. Di situ aku kenal seorang kakak, yang entah dari mana punya akses pada email dan nombor telefonku.

Kak Nirah, dia lulusan luar negara. Katanya dia aktivis Hizbi semasa belajar di UK. Berminat untuk kenal aku kerana sikap aku dalam mempertahankan hujah dalam Debat Negara Hasrat di UBU waktu itu. Entah dari mana datang keberanian..waktu itu aku tidak kenal, tidak mahu kenal sebenarnya figura-figura yang ada dalam sepak terajang politik. Setelah lama, baru aku tahu bahawa yang aku tentang habis-habisan tadi namanya Latheefa Koya, peguam lantang dan berani yang juga aktivis PRM pada waktu itu. Haha, aku tertawa sendiri..dan aku tahu..hujah aku hujah tipikal aktivis Islam yang mungkin pada hari ini aku akan pandang sebagai pengalaman cetek anak muda.

Dari Bangsar Utama aku terheret ke Jalan Telawi..dan di situ aku kenal Khalid Jaafar. Masih aku ingat perkenalan pertama. Aku fikir entah betul ke dia ni tiba-tiba ajak aku buka syarikat. Dia ajak aku minum di restoran bawah (rupanya itulah Darul Ehsan!). Di situ kehendak reformasi aku tercabar. Dia, seorang yang aku tahu dulunya Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mencabar pandangan aku tentang reformasi. Hingga akhirnya aku sedar, bahawa reformasi tidak cukup sekadar mengancung tangan ke udara dan berteriak (meski itu sebahagiannya).

Waktu itu borak di Bangsar cukup sukar untuk aku temui borak kosong. Jika ada ia hanya selingan yang tidak diambil serius. Dari satu babak ke satu babak, masa berganti..saat tadi, aku temui blog Kak Nirah..sengaja belek-belek apa yang ada. Aku kira sudah lama, sangat lama kami tak berhubung..ada sebab lain yang memisahkan, mungkin..

Dan akhirnya aku temui dalam ruangan komen lewat petikan tulisan Hasmi di JalanTelawi.Com - Puisi kepada seorang ibu, bunyinya begini..

But the Jalan Telawi guys seems alike JIL.

Comment by imran — April 22, 2006 @ 8:03 pm

yes, that’s what they appear like. i’m fundamentalist, bukanliberal.org
but i have a weakness, i melt at beautifully crafted words

Comment by munirah — April 24, 2006 @ 8:50 am


Banyak mata rantai kisah yang bermain di kepalaku. Terlihat laman bukanliberal.org, aku terbayang Menj, kami pernah sekali bertemu dan berbual bersama Nik Nazmi dan Shin di Jelan Telawi..projek Bancuh Kopi..kemudiannya dari situ, aku tahu Menj cukup aktif menyerang Rosina Kamis yang membuat pengakuan terbuka bahawa dia telah murtad. Dalam perang Menj dengan Rosina, aku tidak fikir ia menguntungkan Islam secara 'big picture' (jika kita bercakap tentang perjalanan hidup yang berbaki ini), jika Menj mahu mendakwa tindakannya hanya untuk redha Allah, hanya di akhirat ia akan terjawab sama ada itu tindakan yang wajar. Kebetulan Rosina Kamis aku kenal secara tidak langsung!

Oh kecilnya dunia..

9 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

If you look at zero you see nothing; but look through it and you will see the world - Robert Kaplan

11:24 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Aqil,

Agaknya fundamentalis tu macam mana ya? TDM pun claim dia fundamentalis juga!

1:18 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

This comment has been removed by a blog administrator.

7:32 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam~

min, elok kita belajar dari sejarah. kita mulakan dari situ. itu barangkali lebih adil. jadi, fundamentalis itukan pertama kali respons agama puak2 kristian di amerika pada abad ke-19 terhadap kebimbangan liberalisme.

dalam Islam, yang mereka ini suka dipanggil sebagai ushuliyyah, dan tidak gemar dengan permainan terminologi barat. mereka sesekali tidak mahu dipanggil sebagai fundamentalis. ironiknya, mereka pula kemudiannya memanggil puak2 yang yang mengutip ide2 barat sebagai liberalisme.

jadi, siapa yang mulakan dulu serangan terminologi? seperti jelas ali shari'ati ketika membicarakan konsep intizhar --> ummah sebenarnya terhimpit dengan dua dinding <-- antara akhund yang jumud dan kalangan ultra-modernis.

justeru, marilah kita lari dari dua dinding tersebut... tetapi, persoalan baru yang timbul, mahu lari ke mana?

7:33 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Hmm, terima kasih atas penjelasan mudah (untuk difaham) tersebut.

Pertamanya, kita harus fikirkan apa keperluan lari dari dua dinding ini. Kedua baru kita bicara soal lari ke mana.

Soal siapa menyerang dulu bukan titik soal. Aliran liberal lebih yakin dengan dialog, kerana liberal membuka pintu fikir. Hanya mereka yang tidak percaya kepada hujah sahaja, bagi ana, yang menolak liberal.

Mereka mungkin lupa bahawa Rasulullah s.a.w. dalam menangani pemuka-pemuka agama yang mengajaknya meninggalkan Islam ada menjawab "Adakah kamu datang tanpa hujah?"

Saat itu, pemuka-pemuka agama ini mempertikaikan Islam, dan tidak wujud pula soal Rasulullah s.a.w. berdemo untuk membantah dialog ini malah Baginda sendiri menjawabnya.

Mungkin kita fikir hanya Baginda sahaja yang layak menjawabnya. Maka, zaman ini dialog tidak perlu..lawan saja..

Haha, serba mungkin..Aqil, ana liberal! Haha (Walaupun ana percaya bahawa pandangan ana banyak yang konservatif).

Liberal kan tidak rigid?

12:43 AM  
Blogger fird said...

salam,

tuan, kalau mengikut Koran Islam itu yang macam mana ya? yang adjektifnya liberal, fundamental atau hadhari?

4:48 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Sdr Fird,

Saya kira ia ditentukan pada waktu gunanya..

7:49 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Ya, saya quote di sini. Tak tahu la pula kalau ada hak cipta..hehe

Ya, saya setuju dengan pandangan sdr, tidak mestinya yang konservatif dan liberal itu baik dan buruk. Dua belahan syiling..

Tapi bisakah dialog wujud dengan argumentum ed hominem? Dan saya kira dialog sering tidak lancar bila masing-masing telah datang dengan jawapan masing-masing. Ia tidak jadi salah, tapi sering dialog telah disempitkan sebelum sempat mendengar..

11:23 PM  
Blogger Malaysian Canadian said...

Indeed you do not know me. I am making a website and I can show it to you if you want once it is finished. It is for you to know the whole truth. That MENJ even attacks me when I am trying to catch Tarek Fatah who frames innocent Muslims and gets them into trouble. He is a Munafiq! Tarek Fatah and his media friend go as so far as to say pakai tudung is a national threat!

Rosina Kamis
rosinakamis@yahoo.com

8:31 AM  

Post a Comment

<< Home