Thursday, September 21, 2006

Mengundi

"Apa pandangan anda tentang e-undi, anda juga menang dari sistem ini bukan?" Lebih kurang pertanyaan seorang bekas MPP Aspirasi kepadaku.

Umum kenal aku sebagai seorang 'fighter' di kampus. Aku tidak pasti ada atau tidak, tapi aku rasa aku bukan seorang politikus atau 'fighter' yang sebilangan kenali. Masakan tidak, di celah kesuraman mahasiswa dan tekanan yang bertalu pada 2003 (kali pertama Aspirasi mengambil alih pimpinan kampus), aku buat demonstrasi di kampus. Di mana-mana aku meletakkan 'penunaian hak' lebih daripada 'menuntut hak' dalam berkhidmat - kolej, fakulti atau universiti. Hampir tidak ada dialog yang aku tidak bangun bertanya, cuma aku bertanya dengan gaya pertanyaan yang tidak menghentam tetapi sinis. Paling parah, seingat aku ialah aku mencabar doktrin Melayu di satu kursus BTN itu sendiri.

Bukan! Bukan! Aku bukan mahu berpolitik atau mengangkat nama. Aku hanya mahu cuba jadi seorang negarawan. Bukan dikenang kerana ada bangunan tinggi melangit sedang tidak sampai 10 km drnya ada mereka yang merempat kerana setinggannya diroboh. Bukan! Bukan! Negarawan untuk aku ialah kombinasi sederhananya hidup Tuan Guru Nik Aziz dengan reputasi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mungkinkah seperti Ahmadinejad?

Ringkasnya, aku tahu jalannya tidak semudah kata.

Aku ikut bertanding dan menang majoriti terbesar dan kekal jadi sejarah setakat ini dengan 10500 undi setelah saban tahun melihat dan memberi pandangan serta galakan kepada mereka yang ikut terlibat dalam Pilihan Raya Kampus.

Hanya tinggal beberapa jam. Ramai yang bertanya pendirianku..dan jawab aku..

"BOIKOT!"

Bukan soal tidak merayakan demokrasi..tetapi tidak merayakan demokrasi pincang ;)=


..surat tunjuk sebab tidak turun mengundi tahun lalu entah di mana aku campakkan tanpa menjawabnya.

5 Comments:

Blogger Aqil Fithri said...

salaam~
mcm masuk bakul angkat sendiri ajer :-) huhuhu

12:59 PM  
Blogger Sapere Avde said...

Amin, salam...saya tunggu pendedahan penuh anda. Dari Pro-aspirasi ke Pro- pembangkang..
bagaimana anda boleh jadi begini..siapa anda?..huhuhu..

3:01 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Aqil,

Tanpa apa-apa maksud peribadi.. ;)=

Zarul,

Bukan semua perlu dijawab..

3:21 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

It's ok Sdri Elza,

Saya sendiri tidak malu mengaku bertanding sebagai calon aspirasi. Saya tidak punya masalah tentang itu, kerana saya telah huraikan apa maksud 'Aspirasi Universiti' yang saya perjuangkan..

4:14 PM  
Blogger Unknown said...

e-undi pada saya, sistemnya software yang dibangunkan menggunakan opensource (php,mysql,apache) membolehkan mana-mana pihak jika nak tengok script dia bila-bila masa sahaja boleh dilihat jika mahu dan asalkan memahami pasal programming. Malahan data bagi calon-calon yang menggundi pihak mana, telah di encrypted dengan MD5. Gambar2 disimpan di dalam pc supaya load gambar dilakukan secara local dan tidak didownload dari server untuk tujuan kelajuan.

Sistem eundi 2004 menjadikan belanja pilihanraya dapat dijimatkan hampir separuh dari belanja sebelumnya. (Boleh rujuk kepada yang berkenaan - boleh tahan banyak).

Sistem eundi 2004 telah melibatkan ramai programmer yang terdiri daripada SA-SA dari PTJ yang mempunyai potensi-potensi terserlah berbanding kat PTJ itu sendiri. Di mana sebelum nie hanya hanya 2 dan 3 orang sahaja yang terlibat. (Sebelum nie develop pakai oracle developer). Pengalaman ini juga membolehkan opensource boleh berkembang walaupun masih perlahan dan secara tidak langsung membawa perubahan dari segi knowledge, kos operasi server di PTJ, serangan dari anti-microsoft(dah pakai opensource) dan lain-lain

Namun begitu, jika anda perhatikan dari sudut psycology ada 2 perkara yang mungkin boleh menjadikan seseorang calon itu menang atau kalah.

1. Susunan gambar-gambar. Perhatikan bahawa calon-calon dari susunan pertama hingga susunan tertentu.... sapa calon2nya. pilihanraya menggunakan eundi 2004 menyaksikan calon pada susunan pertama mendapat angka yang luar biasa

2. Surat tunjuk sebab menjadikan pelajar yang menggundi hanya pandai klik dan pilih tanpa memikirkan sapa wakil mereka. Janji tiada surat tunjuk sebab. Ini kerana sistem pendaftaran akan listkan mereka yang tidak mendaftar mengundi.

Itu adalah pengalaman saya yang boleh dikongsikan dan knowledge yang saya ada. Jika ada perkara lain cuba-cubalah dapatkan dari mereka yang mengentahui

9:33 AM  

Post a Comment

<< Home