Saturday, September 16, 2006

Pilihan Raya Kampus dan Nikmat Hidup Bernegara

"Kenapa mereka mainkan isu kaum?" tanya seorang rakan bukan muslim kepada saya.

Pilihan Raya Kampus (PRK) datang lagi. Ini adalah kali ke-7 sempat aku melihat suasananya dari dekat. Entah kenapa, setiap Pilihan Raya, selepas tahun 2001, aku sentiasa dirujuk oleh sebilangan teman dari kem-kem berlainan tentang ia.

Sejujurnya aku hanya betul-betul terlibat dengan PRK hanya pada tahun aku masuk bertanding, 2004. Alhamdulillah menang dengan undi majoriti dan masih jadi rekod di UPM dengan 10500 undi. PRK yang lain, aku hanya memerhati, menyumbang idea kepada mereka yang bertanya - calon, wakil calon atau siswa biasa.

PRK di UPM untuk aku semakin tahun semakin hambar, ikut sama perkembangan persatuan, kelab dan aktiviti pelajar seluruhnya. Pengalaman aku sebagai pimpinan di kolej, persatuan, fakulti dan universiti buat aku punya jawab untuk semua itu.

Semalam seorang rakan bukan muslim bertanya aku tentang isu kaum yang ditiup di UPM. Memang ada rakan muslim yang berpendapat strategi meniup isu kaum ini telah salah. Pandangan aku pelbagai. 1) Kerana isu yang ribut di UPM sebelum ini - tentang isu kaum di Kolej 12, 14, 15 dan 16 (huh, punya banyak kolej kongsi satu cafe!), maka cubaan isu kaum adalah potensi. Dikatakan silap memainkan isu ini ialah khabarnya GMM meneruskan boikot terhadap PRK kali ini.

2) Ini lebih aku yakini, ini percubaan untuk 'test market' sama ada isu perkauman masih boleh subur dalam iklim politik negara memandangkan dalam Pilihan Raya Umum akan datang, kelompok di kampus sekarang adalah sebilangan pengundi.

Umum, yang terbiasa dengan budaya politik popular di Malaysia akan hanya melihat isu kaum dan agama sebagai syarat khusus untuk menang. Kata mereka sebab itu UMNO dan PAS boleh terus hidup (UMNO dan PAS hanyalah contoh kerana perbualan kami berkisar tentang isu Melayu).

Aku percaya tembok ini perlu dirobohkan. Telah tiba masanya kita melangkau sempadan agama dan kaum dalam memberi erti hidup bernegara. Bila Zaid Ibrahim mengatakan isu Lina Joy bukan isu yang mengancam umat Islam, aku bersetuju dalam konteks tersendiri. Secara idealnya, ya, kita bimbang..tetapi jika kita sebagai penggerak sistem, kita akan temui kerumitannya. Sebab itu dalam banyak isu, aku akui umat Islam tersepit. Tersepit kerana kita berada dalam sistem yang separuh dualisme. Antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil, ya, sudah tentu umat Islam mahukan bicara di mahkamah syariah, tetapi sebagai contoh, isu Moorthy, hak isterinya untuk memohon bicara dalam mahkamah sivil perlu dipenuhi.

Aku dulu pernah mengadu, dalam sibuk kita bicara soal Negara Islam, Islam Hadhari dan Masyarakat Madani, kita langsung tidak bersungguh mahu menyebarkan apa hak mereka yang bukan Islam dalam sebuah negara yang ditadbir berdasarkan sistem Islam. Ya, bunyinya macam aku melebih-lebih membantu bukan Islam. Tapi jika ini tidak dilihat sebagai satu agenda ketiga-tiga gagasan tadi, aku fikir lebih baik kita lupakan saja gagasan-gagasan tersebut kerana ia jelas kontang makna! Ia nyata gagal memenuhi aspek syumul yang sering didakwa!

Kita bisa bertanya untuk apa? Sedang isu sesama muslim belum selesai! Huh, itu bukan syarat berdalih..dan ia hanya lebih jelas menunjukkan ketidakadilan! Metod Socrates dalam berfikir mungkin dapat kita telah - kerana ia adil maka ia Islam, atau kerana ia Islam, maka ia adil?

Kita harus menimbang pandangan Syeikh Amir Syakib Arsalan bila beliau mendakwa bahawa Barat 'lebih Islam' dalam amalan mereka..

4 Comments:

Blogger afna-z said...

salam..
ehmmm...Tempat aku tak terikat dengan AUKU..tapi tak sapa yang bersemangat nak bersuara..semuanya sibuk nak jadi artis..

4:40 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Terima kasih atas kunjungan.

Jadi artis bukan hina. Ia akan jadi hina bila.... ;)=

6:38 PM  
Blogger Orang Biasa said...

PRK adalah aktiviti paling menyampah dalam hidup aku sebagai mahasiswa (err..pelajar menurut Tuan Azali). Tapi masih juga terhibur dengan kepelbagaian gelagat.

Agak-agaknyalah berapa peratus drpd calon2 PRK merupakan orang yang benar2 'CALON BEBAS'? Pada hemat aku, tak sampai 10%..

3:17 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Sdr,

Saya kira saya beruntung kerana sejak 2001, tidak putus pelbagai pihak bertemu saya soal menjadi calon, strategi dan sebagainya.

Jika tahun lalu saya pasti setuju bahawa tidak sampai 10%, tetapi kini saya berani katakan tidak sampai 1% (merujuk UPM)

9:14 PM  

Post a Comment

<< Home