Sunday, October 01, 2006

Penangguhan Pemilihan UMNO

"Justice delayed is justice denied" antara slogan popular yang sering diulang dalam pandangan kritis terhadap penghakiman.

Pengumuman telah dibuat. Sekali lagi penangguhan pemilihan UMNO diumumkan. Ini bukan kali pertama, malah dinyatakan juga bahawa ia memberi kelebihan kepada UMNO.

Pemilihan UMNO adalah antara 'acara tahunan' yang sering jadi perhatian. Banyak sebab kita boleh senaraikan. Pandangan aku, pemilihan UMNO jadi penting kerana telah sekian lama UMNO memerintah Malaysia melalui pakatan BN. UMNO sebagai parti induk mewakili Melayu, di mana Presidennya secara automatik akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apa yang terjadi kepada UMNO sedikit sebanyak, suka atau tidak boleh menentukan corak perjalanan politik negara.

Itu senario sebelum ini.

Penangguhan pemilihan UMNO, lazimnya integral dengan krisis UMNO. Pemilihan 3 tahun sekali itu nyata perlu dipertimbangkan sama ada perlu dijalankan atau tidak kerana ia tidak lama sebelum Pilihan Raya seterusnya. Malah ini diakui dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.

Umum maklum UMNO sedang bergolak. Bermula dengan kritikan Tun Dr. M, satu demi satu kelemahan pentadbiran BN di bawah pimpinan PM sekarang mula diperkatakan bagi menjustifikasikan keperluan PM berundur. Dan ini membuka spekulasi politik yang sangat luas. Jika sebelum berlaku kritikan-kritikan tajam TDM, rakyat telah mula rasa tidak selesa dengan beberapa perkembangan contohnya kenaikan harga minyak, kini ketidakselesaan itu semakin bertambah dan menjurus kepada satu keputusan - Perdana Menteri mesti diturunkan!

Dalam suasana setempat di mana Thaksin digulingkan melalui kudeta, maka agenda menurunkan PM nampak semakin disuntik.

Sebenarnya berita Pilihan Raya lebih awal dan penangguhan pemilihan UMNO bukanlah baru. Ia mula rancak dikatakan sejak mahkamah membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh aktif politik hingga 2008. Maka, ia bukanlah satu kejutan sangat.

Apa yang membuatkannya semakin penting ialah spekulasi politik yang kian tajam, terbuka dan sangat menuntut jawapan atau penyelesaian segera. Justeru, tidak hairanlah banyak spekulasi timbul antaranya :-

1) Team Najib Tun Razak@TPM kita sedang meneroka peluang untuk mengambil alih pimpinan sekarang. Regunya sudah tentu Hishamuddin Tun Hussein.

2) Anwar Ibrahim akan memainkan peranan - secara langsung atau tidak dalam proses penggantian kepimpinan yang ada di samping memastikan kelompok TDM tidak kembali menguasai kepimpinan negara. Ramalan bahawa PM sekarang berkuasa sementara sebelum Anwar kembali menjadi PM telah diramal oleh seorang teman ketika kami berborak panjang pada hujung tahun 2000.

3) Isu Melayu-Islam akan jadi propaganda paling ampuh malah mungkin sampai menjadi sebab dikuatkuasakan perintah darurat jika UMNO tidak dapat bertahan dengannya.

dan banyak lagi tentunya.

3 perkara di atas aku senaraikan sebagai sebab-sebab yang begitu mendesak bermain di kepala aku. Jelas di sini ada beberapa fraksi.

1) PM yang tentunya antara percaya dan curiga dengan sebahagian kabinetnya yang diwarisi dari zaman TDM.
2) TDM yang sudah tentu masih punya sokongan dari dalam, tetapi adakah perlu membawanya kembali sebagai PM? atau fraksinya di dalam sedia menggantinya?
3) TPM, sama ada dia gopoh atau tidak. Dia boleh jadi fraksi TDM, atau mengambil jalan sendiri membentuk regu baru. Atau terus menerus memilih bersama PM yang sudah tentu disedarinya bahawa agak berisiko sementara ini.
4) DSAI, dia sudah tentu tidak bersama TDM (hampir mustahil). Bersama PM juga bukan satu idea yang bagus untuknya, meski ia adalah satu sikap terbuka untuk menyatakan dia tidak menyetujui TDM. Jalan terbaik baginya sebenarnya ialah terus memperkuatkan barisan alternatif@BA dan
ke-5) Barisan Alternatif sendiri. Adakah DAP mahu jadi pembangkang seumur hidup? Adakah mampu mereka bekerjasama dengan PAS yang keliru lagi mengelirukan? PAS - adakah mereka mampu kembali dalam pakatan besar BA bersama DAP dan keADILan mewujudkan sistem 2 parti?

Pokoknya anak muda akan jadi alat penting. Sama ada anak muda jadi penyokong membawa rebah atau jadi teras keupayaan.

Waktu ini rakyat berkuasa. Waktu ini kita sepatutnya menjadikan semua 'samseng' dalam politik sedar tentang amanah..atau kita pilih untuk jadi hamba makhluk?

8 Comments:

Blogger abiumar said...

Assalamualaikum.... salam Ramadhan al mubarak.. moga ramdhan terbaik untuk kita.

Amin

12:20 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

Wa'alaikumsalam..jemput masuk :)=
Sama-samalah kita meraih nikmat Ramadhan..

12:42 AM  
Blogger Orang Biasa said...

pemilihan dulu atau PRU dulu..kedua2nya akan menimbulkan spekulasi. yang nyata pak lah memang tak senang duduk skarang. he still needs to remind others that he's in control. org yang berkuasa tak perlu menghebahkan yang dia sedang berkuasa.

8:44 AM  
Blogger fird said...

salam tuan

barangkali tuan terlalu menyanjung peranan orang muda kerana tuan dikelilingi oleh orang-orang muda yang terang hati dan cerdik pula akal fikirnya. Tetapi sekalian yang ramai-ramai dikalangan tuan itu belum mampu (melainkan dengan izin Tuhan tentunya) merubah sesuatu mengikut apa yang tuan fikirkan lantaran yang tidak mahu berfikir dan langsung kelibat tidak berperanan dalam politik itu lebih ramai dari yang tuan rasai. Tambah lagi kalau mat-mat cemerlang mahu mengundi dacing kerana boleh memperoleh sekartun rokok dan boleh pula menukar tiub tayar motor dengan percuma.

apa pandangan tuan?

12:44 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Salam,

Di waktu era yang kita namakan kebangkitan pelajar zaman 60an dan 70an, sdr fikir berapa peratus siswa terlibat?

Dalam apa yang saya namakan perjuangan ini, tidak banyak sedikit pun kita perlu berdikit berusaha..

Selalu jadi ingatan (sebagai seorang muslim) bahawa yang ditanaya itu proses, bukan hasil..

5:55 PM  
Blogger MDM FARAH FAIZURA said...

saje,

aku ingin merasa hijau sebentar,
lama ini aku di dalam coklat

hihihi

9:54 PM  
Blogger Tyrion85 said...

salam,
selamat menyambut ramadan.
suka dengan rambut saya? hehe

7:23 AM  
Blogger irman_rahs said...

amin semakin berat utk mengkritik hal2 yg berat....tapi menarik utk diri sendiri...

9:08 PM  

Post a Comment

<< Home