Wednesday, January 24, 2007

Januari

"Apa azam kau tahun ni?" soalan tipikal..

Huh, hari ini dah 24 Januari 2007. Cukup lewat untuk mengucapkan tahun baru. Aku rasa batasan untuk menulis blog semakin menghimpit. Rindu tak pernah padam. Blog mungkin menjadi pendengar yang setia, tanpa menjawab, sekadar membenarkan..apa yang aku fikir untuk ditulis..dan blog adalah ruang ideal yang aku impikan, orang bebas mengkritik hasil tulisan aku. Not to prove anything, but to improve something. Itu yang aku percaya.

Entahlah..aku tak mahu mengaku kalah. Biar macam mana pun aku akan terus menulis blog sekadar kemampuan aku. Biar satu posting sebulan pun tak apa.

Berita Sdr. Jeff Ooi dan Rocky yang diheret ke mahkamah dan spontan mewujudkan tabung dana untuk melindungi bloggers cukup menggembirakan aku. Ditambah dengan penglibatan Dato' A. Kadir Jasin dan Dato' Marina Mahathir. Tadi sempat jengok tajuk berita di TV bahawa PM memberi jaminan untuk tidak mengenakan tindakan tapisan terhadap blog tapi menggesa bloggers bertanggungjawab. Haha..seruan tanggungjawab oleh PM?

Aku harap sdr Jeff dan Rocky akan terus berjuang.

Al-Fatihah untuk arwah Prof Syed Hussein Al-Attas. Aku masih ingat saat bertemu beliau semasa forum First World Parliament anjuran DAP pada tahun 2004. Wajah bersih itu akan aku selalu ingat. Karya Intelektual Masyarakat Membangun dan jawab balas kepada tuduhan penganut Marxis oleh sebilangan orang kepadanya sentiasa aku ingat hingga hari ini.

Kita yang hidup jangan mati dulu!

6 Comments:

Blogger me,myself n all around da world said...

jika Iran berbangga dgn Ali Syari'ati, kita juga boleh berbangga dgn Prof Syed hussein Alatas..=)

2:10 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya,kita SEPATUTNYA berbangga.

cuma saya harap kita benar2 berfikir sama ada CARA kita berbangga..jauh sekali bagaimana Ali Syari'ati sebagai rujukan intelek Revolusi Iran

12:22 PM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam me, myself...

iya benar sekali! seperti saudara, saya turut memikirkan begitu. salah satunya kita dapat lihat persamaan gagasan intelektual Alatas dengan rausyanfikr Shari'ati.

Tataplah buku "Intelektual Masyarakat Membangun" dan "What Is To Be Done", pasti kita bertemu nada yang persis dari dua2 sosiolog ini belahan dunia muslim ini!

tetapi sayang, saya hanya mula lebih menghargai Syed Hussein Alatas setelah pemergiannya. sebelum ini, hanya sempat berkunjung ke pejabatnya semata-mata menanyakan bukunya sahaja... tidak lebih dari itu.

nah, pengajarannya untuk saya sendiri selepas ini, janganlah segan2 untuk mendekati orang tua, meski dia punya nama besar! kerana jika tidak, kita bakal menyesal tak sudah2!

aduh, bolehkah kita memusingkan waktu kembali?

3:41 PM  
Blogger Najwan Halimi said...

aqil,

anda bertuah.

saya hanya mampu memuja dan mengagumi beliau menerusi makalah-makalah dan akhbar-akhbar saja.

1:16 AM  
Blogger Aqil Fithri said...

salaam,
min, awat hang tak kemaskini lagi ni? kan jadi tumpangtua pulak nanti :-)

7:22 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

haha..aqil,

minta maaf. skrg ni mood agak kucar-kacir.

insyaAllah blog ni tak mati tapi updetnya akan jadi sangat sedikit..mungkin 1 sebulan.

sebulan ni kerja outdoor jer!
kerja research method pun dah kucar kacir..aduh!

10:48 AM  

Post a Comment

<< Home