Monday, November 13, 2006

Hadhari

"Jawapannya ialah sukar walaupun tidak mustahil. Kalau Dr Mahathir berjaya memesatkan persaraan Tunku dengan "restu Abdul Razak, dia hanya mampu mengulangi proses itu jika "disokong" oleh anak Abdul Razak bernama Mohd Najib," tulis Dato' A Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press (NSTP) dalam blognya.

Berita dewasa ini memang berita yang mesti ditonton.

Cerita 1

Selain kes Altantuya yang tentunya belum selesai nyata bukan sekadar cerita pembunuhan biasa. Ia seakan imaginasi penulis novel yang dirasuk penderitaan. Tapi ia realiti! Dan ia melibatkan VIP, beberapa anggota polis dengan jawatan yang tidak kecil, hubungan luar negara dan untuk aku yang tentunya menarik ialah penggunaan letupan!

Cerita 2

Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa dia bukan Perdana Menteri satu penggal. Spekulasi bertiup..sebahagian daripadanya ialah kenyataan Dato' A Kadir Jasin bahawa hanya Dato' Najib Tun Razak yang boleh mempercepatkan persaraan Perdana Menteri.

Aku masih menunggu sama ada ramalan seorang kenalan pada tahun 2001 dulu menjadi kenyataan. Katanya "Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sebelum Anwar kembali".

Cerita 3

Tun Dr Mahathir tidak jadi hadir Perhimpunan Agung UMNO dengan alasan ingin rehat selepas diserang sakit jantung dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Cerita 4

"Lupakan dia" lebih kurang kata Rafidah Aziz, mengulas sikap Tun Dr Mahathir dewasa ini.

Cerita 5

"Rasuah politik di dalam Umno adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Disiplin dan Umno sendiri," begitu kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai satu sekatan kepada BPR untuk menyiasat rasuah yang berlaku di dalam Umno.

Cerita 6

"Saya tidak benarkan. Saya langsung tidak bersetuju perkara macam itu berlaku. Kita kena ambil tindakan mengikut undang-undang," kata Mufti Dato' Harussani sambil mendakwa beliau kesal terhadap tindakan sekumpulan orang Islam daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul di perkarangan gereja terbabit untuk mendapatkan kepastian mengenai upacara yang disebut dalam SMS itu sehingga hampir mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama.

Aku pun nak berkata "Hadharinya negeriku.." (rasa macam sedap pulak nak bersajak!)

22 Comments:

Blogger Najwan Halimi said...

saya menunggu berita untuk lusa..agaknya apalah pula yang bakal dihunus oleh datuk hishamuddin dalam ucapan dasarnya esok..?hehe

esok mesti ulasan ulasan ucapan perasmian datuk seri najib tadi.."memacu minda melayu"..

lagi satu..tadi saya tersesat di blog pak khalid sekejap,sekadar nak bertanya..apa makna istilah "argumentum ed hominem" tu?

1:34 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

argumentum ed hominem ni mcm character assasination..

kita membunuh idea dengan mengkritik peribadi penulis bukan beradu hujah..

argumentum ed hominem ni istilah latin dan sebahagian daripada falasi-falasi yang wujud dalam diri manusia. falasi maksudnya kesalahan berfikir.

4:09 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

amin, istilah ini hanya sesuai utk gol. pemikir...

utk jadi ahli politik,mana mungkin istilah ini dicernakan...

adakah gol. pemikir(cendiakawan) tak boleh menjadi ahli politik yg baik??sekadar pertanyaan...

12:09 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya, mungkin golongan pemikir yg sering menggunakan istilah yang bersifat eksklusif.

cuma sy berfikir bahawa tugas pemikir juga bukan sekadar berfikir dan syok sendiri sebaliknya lontaran pemikirannya harus seiring dengan bahasa rakyat.

caranya ialah dengan spoonfeeding atau suapkan apa saja dan rakyat angguk..ataupun buat satu polemik di mana orang ikut terlibat berbincang..di situ bolehlah sang pemikir mendidik dengan cara berbincang. cara dr azly rahman seperti mana kolumnya di malaysia-today.net adalah cara yang sangat saya suka..

hampir sama dengan jawapan saya dalam konflik golongan tua dan muda dalam wawancara di ummahonline dulu..bahawa sang pemikir atau ahli politik malah siapa saja boleh jadi baik dalam bidang di luar pendidikan wajib yang mereka ikuti dalam sistem akademik. dengan syarat mereka harus sedia memikul beban tanggungjawabnya. contohnya bila ada ahli sosiologi atau siapa saja nak cakap soal hukum agama..dan begitu juga ahli agama nak cakap soal teknikal ekonomi dan sbgnya.

wallahu'alam

7:46 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

lupa pula nak tanya. adakah sdr telah jelas dengan jawapan sy dalam tulisan ruangan komen di tajuk universiti islam?

7:47 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

sdr,
yg sy maksudkan bkn penggunaan istilah kerana istilah hanyalah wasilah kpd maksud.

maksud sy,argumentum ed hominem hanya boleh diaplikasi utk gol. pemikir. dlm politik mana mungkin dpt diimplementasikan istilah ini.

jadi di situ timbulnya pertentangan. mana mungkin pemikir dpt menjadi ahli politik yg baik...kerana naluri seorg pemikir berlainan dgn naluri seorg politikus.

11:39 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

aplikasi yang bagaimana ya? terhad utk golongan pemikir pulak tu..

ermm

11:46 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

ini cerita lain,

spoon-feeding bknlah cara yg baik utk mana2 negara.rakyat tidak patut disuapkan dgn mana2 idea.ini menyebabkan rakyat sesuatu negara itu berfikir secara literal dan selanjar. maka,mungkin shj gol. pemikir boleh menjadi diktator, diktator pemikiran.

11:52 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

sy masih tidak faham ttg aplikasi yg sdr maksudkan..

12:08 AM  
Blogger me,myself n all around da world said...

minta maaf sy menyampaikan secara terbalik maksud sy trsbut.kerana sy tgh menaip proposal,hehe~

argumentum ed hominem ini hanya sesuai diimplementasikan utk tujuan politik. manakala bg pemikir ini adalah haram sama sekali.

jd brbalik kpd persoalan cbg, mana mungkin pemikir menjadi akan politikus yg baik jika duduk di atas kerusi yg sama.

12:35 AM  
Blogger Amin Ahmad said...

sdr,

jika yg baik pada pemikir itu tidak ada pada politikus..

maka kita harus wujudkan sejumlah negarawan dan mengajar politikus yang ada untuk tidak bermain politik..

tentang falasi..ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja..bahkan kepada pemikir yang jujur.

soalnya, bila telah disedari apakah mereka sanggup membetulkannya?

ruang inilah vakum dalam politik..kerana politik terlalu banyak bicara soal kuasa..dan jangan tidak tahu..bahawa politikus juga punya sejumlah pemikir di belakangnya..yang diguna untuk tujuan muluk..saat tangan bersalam, kaki menerajang!

12:51 AM  
Blogger Najwan Halimi said...

pemikir yang jadi politikus saya iktiraf dua orang je...Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5:12 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

Najwan, itu mungkin konteks lokal..

Sebenarnya ramai lagi yang bagus seperti Rustam Sani, Syed Husin Ali, Dr Zamri Kadir dan lain-lain..kita boleh bersetuju bahawa Tun dan DSAI adalah dua contoh pemikir-politikus yang menonjol dengan reputasi hebat serta disegani kawan dan lawan..

Tapi jangan sampai persetujuan kita menafikan bahawa kita punya pilihan yang banyak dan mesti digilap..

7:25 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

sy sebenarnya masih sangsi pemikir yg jujur dpt menjadi ahli politik yg bagus(dlm konteks:berjaya)...

*****

mengenai pertanyaan saudara sama ada sy berpuas hati jawapan pd tajuk universiti islam. sy ada mencoret secara kasar mengenai budaya dan bahasa di blog sy.

p/s:TM dan DSAI-pemikir sekaligus politikus yg baik,mungkin perlu diperhalusi lg tu....

9:18 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

ya, sudah tentu boleh diperhalusi..

dalam realiti kini, kita sukar untuk tidak berkata setiap dari kita punya sisi yang baik dan kurang baik (jika tidak buruk sekalipun!)

saya kata pemikir dan politikus yang baik dalam konteks mereka telah berjaya menyusun reputasi antarabangsa..tapi selagi mereka hidup, mereka akan tetap dihakimi..
bila mereka sudah tiada, lazimnya kita akan lebih senang cakap yang baik2 sahaja..

sdr berhak sangsi..kerana realiti kita hampir tidak memungkinkan kejujuran ditonjolkan sebagai satu fenomena..semacam ada satu pakatan utk diamkan saja ketidakjujuran masing2..

10:09 PM  
Blogger Amin Ahmad said...

komentar sy pd tulisan sdr..

sedikit pun sy tidak menolak kepentingan bahasa..

yg sy tekankan dlm 'universiti islam' adalah soal makna yg tentunya tidak adil utk kita katakan wujud krn 1 faktor (kecuali ada kajian khusus tentangnya).

bg sy bahasa adalah subset budaya.

10:25 PM  
Blogger rastom said...

istilah ini hanya sesuai utk gol. pemikir.........

Istilah, dalam konteks ini (argumentum ed hominem) seperti mana mana istilah gunanya sebagai alat mencerakin makna dan menilai kata atau jika dalam berbahas -debat, meneroponghalus logika. Pengetahuan tentang istilah bukan monopoli pemikir. Setiap insan diberi tugas ini jika dilihat dari episod dalam al Quran tatkala manusia di ajari "nama-nama". Maknanya tidak kira politikus atau pemikir - selagi ia manusia, pengetahuan "nama-nama" termasuklah istilah sangat dibutuhkan (perhatikan istilah butuh, jika terhad penguiasaan "nama-nama" saya akan dicap sebagai tukang carut). Mengenai Tun M sebagai pemikir, saya kira itu agak boleh dipakai dalam skop atau ertikata yang longgar, yakni saya setuju kalau Tun Ghaffar juga pemikir, tetapi dalam ruang istilah khusus orang yang pemikir itu juga berfikir apa yang telah difikiri oleh orang lain lalu dia membina buah fikiran dari sumbangan orang lain.

Soalnya adakah Tun M pemikir yang membina buah fikirnya dari sumbangan buah fikir orang lain? Jawabnya boleh anda temui dalam sejarah 22 tahun pemerintahannya. Apakah menara gading (markaz pemikir) Malaysia semakin lestari iklim menjana fikrah?

11:40 PM  
Blogger me,myself n all around da world said...

pak rostam...ibn rush sendiri mengkelaskan manusia ini kpd 3, filusuf,teologi dan org awam...sy(org awam) lebih membutuhkan makna drpd istilah.istilah hanya penyampai kpd makna.makna ini yg menjadi "fardhu ain" utk org awam.

ttp sy tidak menolak penggunaan istilah adalah mengikut tahap mana kelestarian sesuatu rakyat negara itu berfikir.

ttg Dr.M, pandangan sy beliau berfikir dlm ruang lingkup yg sgt kecil ttp beliau lebih byk berpraktikal.

dan oleh kerana terlampau praktikal ranking IPTA di Malaysia jatuh thn demi tahun.

12:06 AM  
Blogger abiumar said...

Assalamualaikum...

Dengar sekali lalu ke perhimpunan tu hehe... Bukan tak minat tapi entah..

12:44 AM  
Blogger Elhakim said...

dear amin ahmad.

TQ sebab lawati Blog kiter...

-Aween

1:27 AM  
Blogger Orang Biasa said...

Min, ko tanak guna ke Hadhari Mobile yang dilancarkan smlm tu..? hehe. Pastu ko belila sepasu Orkid (arwah) Endon.. Limited Edition tau.

2:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

Min..tak cukup duit nak beli wa tambah sikit duit...wa offer ajer...tak nak takper...

1:57 AM  

Post a Comment

<< Home