Konichiwa 3
Hari kedua, 22 Mei. Aku bangun pukul 5 pagi. Solat Subuh. Haha..rupanya di Jepun pukul 5 pagi itu sudah Subuh Gajah! Di sana 3.30 pagi sudah mula terbit matahari! Tapi aku tengok aktiviti harian mereka tetap bermula sekitar pukul 8 pagi. Maksudnya aku kena bangun dan tidur semula..wah, tolak rezeki ni. Tidur malam pukul 12, bangun pukul 3..mabuk tak payah minum pun.
Kami ke College of Bioresources Science, Shonan Campus, Nihon University. Kira macam UPM di Malaysia la. College ni fokus kepada Pertanian, Perhutanan dan lain-lain. Nama pun Bioresources. Disambut meriah dengan diberi pen Pilot dan Jam Citizen khas. Duduk mendengar kuliah dari Prof-prof (bukan Prof. Madya atau Dr!), kami didedahkan dengan pelbagai hal berkaitan pengurusan alam sekitar di Jepun dan hal-hal berkaitan. Memang menarik. Kami di sana selama 2 hari, berulang-alik dari hotel.
____________________________________
Maaf aku tak dapat sambung tulisan tentang Jepun buat masa ini kerana perlu bergegas ke hutan untuk urusan pengumpulan data projek tahun akhir aku. Akan datang aku akan sambung..ada lagi hal-hal yang menarik!
9 Comments:
Di Jepun ada pengikut Hizb al-Tahrir tak?
pengikut PAS adalah, kan Min? PAS global aper :-) hahaha :-)
pengikut PAS adalah, kan Min? PAS global aper :-) hahaha :-)
Macam tu jalan telawi lantik kau jadi duta global Islam Tanwirilah!
haha..Tuhan dah lantik kita jadi khalifah..tak payah sesiapa nak lantik. Amacam? Kenyataan tu ada bunyi macam anti demokrasi tak?
terus-terusan aja kamu bicar menegnai jepun
hingga aku fikir
aku udah berada di chiba untuk mencuba wasabi
terus menaiki shinseken ke osaka..
heheh
maaf aku buntu
gembira tahu kalian masih terus ke sini. maaf aku punya ruang suntuk untuk terus bicara hingga kembali semula ke kampus..
harap dipanjangkan usia dalam taat..agar dapat terus bicara
Assalamualaikum, tuan rumah!
Wa'alaikumsalam
Baru balik daripada sebulan bermain dengan alam di hutan dan laut.
Jangan risau, ada banyak lagi yang akan ditulis, insyaAllah.
Post a Comment
<< Home