Lesu
"Alhamdulillah.." kata-kataku sebaik tiba di Kuala Tahan 4 pagi, 30hb Jun 2007.
Sedar tak sedar sebulan blog ini lesu. Lesu dalam erti kata tidak ada posting dibuat oleh aku. Jun pada aku bermula titik tolak (turning point) baru (atau mungkin hanya penyegaran semula?)
Akhir Mei aku sibuk dengan persediaan MASUM. Persediaan yang mungkin tak seberapa berbanding dengan pengalaman aku dulu. Permainan catur di UPM masih mencari tapak..yang kekal setia bersemangat nyata pencinta sejati permainan ini. Masih aku ingat tahun 2000 aku pernah menyoal sikap acuh tak acuh pegawai sukan UPM masa tu kerana melayan permainan catur sebagai sukan kelas kedua. 7 tahun bermain untuk negeri di peringkat kebangsaan dan sekali pernah menghadiri pemilihan bawah 15 kebangsaan, aku waktu itu memang fanatik.
Selesai MASUM di USM dengan pencapaian kumpulan yang agak kurang memberangsangkan, yang aku temui ialah semangat untuk terus bermain catur. Tidak banyak perubahan berbanding dulu dari pemerhatian aku, cuma mungkin aku perlu banyakkan fokus. Selesai MASUM aku pulang ke kampung seminggu mahu menghirup udara lain selain pastinya berjumpa keluarga.
Pulang ke UPM awal Jun aku naik Gunung Nuang bersama 6 orang rakan dan kenalan. Saat ini aku dapat sedikit kecederaan, aku sedar mungkin kerana persediaan fizikal aku tidak cukup.
Jun adalah bulan penuh makna, hari lahir adik2 aku, teman2 yg istimewa. Sengaja aku layangkan sms kepada seorang rakan yang sudah lama tidak bersua dan berborak. Kebetulan 20 Jun aku ingat sebagai hari lahir Putera William, begitu kami selalu mengusik dia. Dan nyata dia sangat terharu aku masih mengingatinya sedangkan selesai sekolah 7 tahun lalu kami tidak pernah berutus khabar.
Dan akhir Jun aku mendaki Gunung Tahan untuk sekian kalinya. Merentas dari Merapoh pada 23 Jun 2007 hingga Kuala Tahan pada 30 Jun 2007..
Dan aku kembali lesu..selepas 1 minggu mengharungi ekspedisi - tempat aku bermuhasabah. Aku akan kembali menulis lagi..seusai aku dari menghadapi demam, batuk dan selesema ini.
Sudah tentu ulasan politik dan cerita2 negara kota akan kembali menghias blog ini lagi..