Wednesday, January 24, 2007

Januari

"Apa azam kau tahun ni?" soalan tipikal..

Huh, hari ini dah 24 Januari 2007. Cukup lewat untuk mengucapkan tahun baru. Aku rasa batasan untuk menulis blog semakin menghimpit. Rindu tak pernah padam. Blog mungkin menjadi pendengar yang setia, tanpa menjawab, sekadar membenarkan..apa yang aku fikir untuk ditulis..dan blog adalah ruang ideal yang aku impikan, orang bebas mengkritik hasil tulisan aku. Not to prove anything, but to improve something. Itu yang aku percaya.

Entahlah..aku tak mahu mengaku kalah. Biar macam mana pun aku akan terus menulis blog sekadar kemampuan aku. Biar satu posting sebulan pun tak apa.

Berita Sdr. Jeff Ooi dan Rocky yang diheret ke mahkamah dan spontan mewujudkan tabung dana untuk melindungi bloggers cukup menggembirakan aku. Ditambah dengan penglibatan Dato' A. Kadir Jasin dan Dato' Marina Mahathir. Tadi sempat jengok tajuk berita di TV bahawa PM memberi jaminan untuk tidak mengenakan tindakan tapisan terhadap blog tapi menggesa bloggers bertanggungjawab. Haha..seruan tanggungjawab oleh PM?

Aku harap sdr Jeff dan Rocky akan terus berjuang.

Al-Fatihah untuk arwah Prof Syed Hussein Al-Attas. Aku masih ingat saat bertemu beliau semasa forum First World Parliament anjuran DAP pada tahun 2004. Wajah bersih itu akan aku selalu ingat. Karya Intelektual Masyarakat Membangun dan jawab balas kepada tuduhan penganut Marxis oleh sebilangan orang kepadanya sentiasa aku ingat hingga hari ini.

Kita yang hidup jangan mati dulu!